Susulan isu berkaitan syarikat penghantar makanan Foodpanda, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berkata kenyataan syarikat itu sebagai angkuh.
Dalam kenyataan terbaharu syarikat itu berkata mereka tidak terkesan dengan mogok yang dilakukan oleh penghantar mereka.. Sehubungan itu, Syed Saddiq menganggap sesebuah syarikat korporat boleh dijatuhkan oleh pekerja dan pelanggan mereka. “Sebagai #Yangberkhidmat, saya dipilih oleh rakyat dan boleh dihukum oleh rakyat. Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja atau pengguna, dan boleh dijatuhkan oleh pekerja atau pengguna.
“Keangkuhan bukan penyelesaiannya,” tulisnya dalam hantaran Twitter. Terdahulu, syarikat penghantar makanan itu berkata mereka tidak berdepan masalah dengan isu mogok pekerja. “Jika awak (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka,” kata pengarah urusannya, Sayantan Das seperti dilaporkan Malaysiakini. - CARI
|
ADVERTISEMENT