Siapa tidak kenal dengan pelakon Sharifah Amani yang lantang bersuara memperjuangkan kemajuan dan ketelusan industri seni yang kurang diambil perhatian oleh pihak bertanggungjawab. Baru-baru ini, filem Motif lakonan Sharifah Amani dan Datuk Rosyam Nor telah ditarik tayangan selepas empat hari akibat tidak menghasilkan kutipan memberangsangkan.
Dia telah membawa isu ini kepada pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk mendapatkan semula slot tayangan di pawagam terpilih. Bukan itu sahaja, dia juga telah menekankan isu ini kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo. Dia mengakui siapalah dirinya untuk diberikan keistimewaan oleh pihak pawagam dan menyatakan filem yang berbajet kecil seperti sering kali menerima layanan sebegini.
Sebenarnya, sudah lama Amani yang mesra disapa sebagai Nani bersuara isu slot tayangan filem tempatan kerana begitu bimbang dengan masa depan industri perfileman jika tiada sesiapa yang mengambil berat. Dia juga enggan mendedahkan hasil kutipan dan hanya meneruskan tanggungjawabnya sebagai pelakon.
Besar harapan Nani agar pihak yang bertanggungjawab mengambil serius isu ini terutamanya FINAS yang dipengerusikan Datuk Hans Isaac. Apa yang dikatakan Nani memang betul. Filem bajet kecil selalu tidak mendapat tempat dan ini amat merisaukan anak-anak seni. Harap FINAS buat sesuatu untuk memajukan lagi industri perfileman. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|