Bekas anggota kumpulan nasyid In Teem, Suhaimi Saad yang pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu berikutan kenyataannya mengenai bentuk bumi yang rata kembali mengemukakan teori itu di status Facebooknya.
Dalam statusnya pada 1 Oktober lalu, Suhaimi berkata; 'Kalau Allah ciptakan bumi ini seperti bola atau telur burung, mengapa Dia perintahkan umatnya solat menghadap Masjidil Haram,' soalnya. Dia juga menjelaskan, solat menghadap kiblat dari semua arah hanya boleh berlaku jika bumi ini datar.
Umum tahu, persoalan sama pernah dikemukan penyanyi itu dan mencetuskan kontroversi sehingga melibatkan pelbagai pihat termasuk Stesen TV. Malahan, Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muzaffar juga telah membuat kenyataan menyangkal dakwaan Suhaimi. Kini, Suhaimi sekali lagi mencabar pihak yang pernah mematahkan hujahnya. 'Teori NASA itu bukan sahaja bohong, tetapi bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis,' katanya lagi. Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan motif beliau menaikkan semula isu tersebut. Ramai yang membuat spekulasi bahawa penyanyi itu sengaja ingin mencetuskan kembali kontroversi itu untuk menaikkan namanya yang semakin malap. Spekulasi 'mencari populariti' itu dibuktikan dengan salah satu status beliau yang mengajak pengikutnya supaya menubuhkan Kelab Peminat Suhaimi Saad. 'Jum kita buat SS Fan Club, siapa minat sila like, jangan malu-malu,' katanya. Bagaimanapun, status itu dipandang sepi dan hanya mendapat 43 like dan tiga komen. Persoalannya, adakah Suhaimi Saad benar-benar inginkan jawapan mengenai persoalan bumi rata ataupun sengaja ingin mencetuskan kontroversi? - CARI
|
noorhairiahma replied at 9-10-2019 10:31 AM
i rasa dia ni nak naik roket pergi space tengok bumi for free je lah.
sebabnya ramai je rasa gera ...
Boomibulat replied at 9-10-2019 10:34 AM
Sbb SS lah ini register forum ni..tq ss
friedfishsoup replied at 9-10-2019 10:25 AM
Hanya 43 like dan 3 komen? Aimy boleh mati cepat sebelum 2020 lah kalau gitu.
Sang_Pencinta replied at 9-10-2019 10:36 AM
Ohhhh patutlah ID pun bumibulat ya? Nak lawan SS
ADVERTISEMENT