CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dihentam Kerana Berpelukan Dengan Hanbyul, Neeta Tampil 'Back Up' Dirinya

9-10-2019 10:13 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 4782| Komen: 16|Original author: Oleh: Myeonir

Tak habis lagi dengan cerita pertandingan Big Stage 2019! Macam-macam yang berlaku sepanjang program itu bersiaran selama lapan minggu sehingga melabuhkan tirainya pada Ahad lepas.

Seperti dikerahui ramai, peserta dari Korea Selatan iaitu Jang Hanbyul telah merangkul trofi juara selepas mendapat undian tertinggi hasil jumlah markah juri dan undian peminat. Tempat kedua pula disandang oleh Neeta daripada band indie di Malaysia iaitu iamNEETA.


Walaupun ramai yang gembira dengan kemenangan Hanbyul pada itu, ada sahaja yang buat 'spoil'. Ramai yang mempertikaikan adegan pelukan mesra di antara Neeta dan Hanbyul ketika nama pemenang diumumkan.


Kredit foto: Youtube

Segelintir netizen tidak senang duduk apabila melihat babak mesra ini yang bagi mereka tidak manis berkelakuan demikian.


Kredit foto: Blog

Neeta kemudian tampil dan menjelaskan mengenai isu itu. Dia menyatakan bahawa dia dan Hanbyul telah mula rapat sejak awal pertandingan lagi. Tambahnya, dia dan Hanbyul bukan Muslim jadi bukan isu besar padanya.


Kredit foto: Instagram

"Saya ingin jelaskan kalau yang belum tahu, saya bukan Muslim sama seperti Han Byul, benda (berpeluk) tu bukan saya nak cakap salah atau betul.

"Semasa dia peluk itu takkan saya nak tolak pula kan? Lagipun setiap kali berjumpa kami memang akan berpeluk sebagai kawan dan tak lebih daripada itu. Lapan minggu kami bersama, hubungan itu semakin rapat.

"Saya harap tak ada yang tersinggung, mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim dan dalam hal ini saya tak salahkan penonton!" katanya kepada mStar.

Kalau anda nak tahu, gadis yang berasal daripada Kedah ini mempunyai kacukan India, Cina dan juga Siam!

Janganlah main terjah sahaja netizen pun, cuba 'selongkar' dulu sebelum membawang. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msbegawan 9-10-2019 10:26 AM
congrats, Hanbyul & Neeta!

yg netizens punnn *tepuk dahi*
Quote eizarz 9-10-2019 10:32 AM
biol biol netizen ni...haha
Quote thetimes 9-10-2019 10:32 AM
Untung dapat peluk oppa.hehe
Quote cikja 9-10-2019 10:34 AM
Biol dan oppa berpisah tiada...
Quote URUHA 9-10-2019 10:53 AM
Netizen ni pun leh tahan bingai jugak yach. Pelakon yg dah tentu Muslim berpeluk & beramas mesra dlm tv xde lak nak kecam. Yg non Muslim lak jd mangsa kecaman
Quote supermum 9-10-2019 11:03 AM
Cantik Neeta ni.
Quote grizz 9-10-2019 11:38 AM
pe la nk heran dok pelok..cm korg tgk mat saleh peluk cium tu jela..len la klu yg islam harus la dikeji..
Quote Artemesiaa 9-10-2019 01:09 PM
Kesian akibat salah faham ada je yang nak menghentam ke sebenarnya yang menghentam tu jealous sebab dia tak dapat nak peluk si Han Byul tu
Quote voiceup87 9-10-2019 01:48 PM
biaselah org bukan islam berpeluk.. luar biase klo org islam yang buat
Quote Ratutulip 9-10-2019 01:53 PM
hurmm hurmm aduyaiii natizen pun.... terus salah faham
Quote seri_mawr 9-10-2019 02:46 PM
entah apa2 la nitizen .....dengki dgnnya nya neeta dapat peluk oppa....

Quote bakingsoda 9-10-2019 06:36 PM
masalahnya mana satu komen kecam neeta peluk hanbyul? ss pon sebesar zarah nak baca pon aku tak berapa nampak
Quote Perawankota 10-10-2019 02:07 AM
Biarlh dorg
Quote azhardanil 10-10-2019 10:56 AM
Haha..berpeluk atas stage tak boleh. Tapi berpeluk sebagai anak dan ibu, suami dan isteri, adik dan kakak dalam drama boleh sebab berlakon je kan.. Yang ni peluk betul2 kan.. Tak manis dilihat ramai.  

Stupid netizen are always stupid.
Quote Meiizu 10-10-2019 05:26 PM
tahhh korang ni sebok jaaa..biarlaaa dia bepelukk
Quote semahsally 11-10-2019 04:35 PM
hahahahaha hadoih..smpi kena eksplen sy bukan muslim apekah netizen oiii yg pelakon2 drama pukul 7 kau layan berasmaradana tatkala magerib tak apa pulakkkkk

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 1.231687 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top