CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Budak 'Mengamuk' Kalah Silat Sampai Diusung Keluar Oleh Wasit, Ada Masalah Kawal Amarah?

9-10-2019 10:23 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 7887| Komen: 45|Original author: Oleh: Myeonir

Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Tambahan jika ia melibatkan seni mempertahankan diri silat yang membutuhkan kekuatan fizikal serta mental jika mahu menguasai pihak lawan.

Kita tak akan sentiasa menang, jadi jika kalah kenalah terima hakikat itu. Tetapi, tidak bagi adik ini yang nampaknya seprti tidak dapat menerima kekalahannya sehingga terpaksa 'diangkat' keluar oleh pengadil kerana dia kelihatan ingin menyerang lawannya yang diumumkan sebagai pemenang.



Jikalau dilihat semasa perlawanan itu berlangsung pun, adik itu kelihatan meluru ke arah pihak lawan kerana mendapat mata atas sepakannya, namun berjaya dihalang oleh wasit pertandingan itu.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Pantai Kijal, Terengganu.


Netizen yang menonton video ini rata-ratanya terhibur melihat 'amukan' adik itu yang seperti tidak dapat menerima kekalahannya.


Kredit foto: Twitter

Pun begitu, ada juga netizen yang risau kerana melihat adik itu yang terlalu beremosi. Risau sekiranya dia mempunyai isu masalah mengawal perasaan marah apabila sudah besar nanti.


Kredit foto: Twitter

Adik ni tak chill lah, apa pula pendapat anda? - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beloomberk 9-10-2019 10:36 AM
Dik..tgu besar skit lagi, bila kaki ko dh pnjg skit..ko sparring smula dgn dia..
Quote RatuDunia94 9-10-2019 10:40 AM
Belajar seni pertahanan diri tp x mampu tahan emosi.. bahaya kalau tak di ajar dr kecik..
Quote sarah82 9-10-2019 10:43 AM
Taj apa adik.. Belajar dulu kawal marah.
Quote cikja 9-10-2019 10:46 AM
Blaja sabar dlu k..pahtu br blaja silat balik... bahaya klu dibiarkan ni...
Quote prettyuglybabe 9-10-2019 10:50 AM
wasit dia comel..
harap kurex tak masuk sini
Quote merrissa 9-10-2019 10:52 AM
takutnya dgn org mcm ni...nanti semua org disilatnya....pantang x kene dgn dia....

tp lawak plak tgk bile dia kene dukung tu....
Quote fofuler 9-10-2019 10:56 AM
Sorry tapi wasit tu apa?
Quote helicornia 9-10-2019 11:02 AM
naik hantu ke dik
Quote batmana 9-10-2019 11:08 AM
sorg pendek, sorg tinggi
mana bole menang?

igt jet li ke ape?
Quote thetimes 9-10-2019 11:10 AM
Bawak2 bersabar ye dik...geram sangat lah tu kan.
Quote iminidin 9-10-2019 11:23 AM
fofuler replied at 9-10-2019 10:56 AM
Sorry tapi wasit tu apa?

pengadil - yg baju putih tu...
Quote paz 9-10-2019 11:37 AM
Marah betul yer. Baik bendung dik, sebelum melarat.
Quote grizz 9-10-2019 11:46 AM
anak aku pon cmni gak..xleh trime kekalahan..tp aku slalu  je bg die kalah..bia die tau klu nk menang wt btol2..xde nye nk bg menang free2..
Quote Chairman 9-10-2019 12:13 PM
semangat tinggi..tp fizikal rendah..confirm la x sampai kaki tu kat pihak lawan.

xpe tunggu beso sket..ajak repeat yer
Quote saviour_09 9-10-2019 12:15 PM
lawan tu pulak boleh sengih gelak2
lagi la panas membaraaa
Quote duri_durians 9-10-2019 12:18 PM
gangster sangat ni dikkk

orang main silat ni relax2 je biasanya, sempoi, selamba..
Quote Artemesiaa 9-10-2019 01:06 PM
Kena gi kelas anger management ni dan faham maksud fair play semangat kesukanan
Quote missDollie 9-10-2019 01:08 PM
Garang adik ni..
Quote cclina2 9-10-2019 01:28 PM
kecik2 dah baran ..hahaha,

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.248729 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top