CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Pat Pat Siku Lipat Syoknya Kalau Dapat!"- Samsung Perkenal Telefon Lipat

9-10-2019 02:16 PM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 4264| Komen: 24|Original author: VanillaThunder



Setelah Samsung melancarkan peranti flagship mereka Galaxy Note 10 baru-baru ini, syarikat elektronik gergasi dari Korea itu  nampaknya tidak berlengah lagi untuk memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar yang mendahului zaman iaitu Samsung Galaxy Fold. 


Ini merupakan pelancaran semula model telefon unik ini selepas telefon pintar  tersebut diperkenalkan pertengahan tahun ini sebelum Samsung bertindak menariknya semula dari pasaran  untuk memperbaiki segala kekurangan.




Dua keping skrin yang dicantum dan dihubungkan dengan engsel yang telah menjalani ujian buka-tutup  sebanyak 200 ribu  kali bagi menguji ketahanannya. Sumber Foto-Tech radar


Selaras sengan nama peranti tersebut, inovasi dan ciri utama yang terdapat pada telefon pintar tersebut adalah keupayaannya untuk berubah bentuk menjadi sebuah peranti menyerupai sebuah tablet dengan skrin gergasi  bersaiz 7.3 inci apabila lipatannya dibuka.


skrin gergasi yang terhasil setelah lipatan dibuka Sumber Foto-Future

Ketika dilipat, peranti tersebut akan menyerupai sebuah telefon pintar yang biasa dengan paparan skrin AMOLED 4.6 inci. Kelebihan skrin gergasi 7.3 inci yang terhasil apabila lipatan telefon tersebut dibuka tentunya akan memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkkan ketika melayari internet, bermain games, dan menonton video.


setelah dilipat Galaxy Fold kelihatan seperti smartphone yang mempunyai rupa paras yang kurus  dan tinggi Sumber Foto-Techradar


Ternyata inilah peranti yang anda perlukan untuk membuatkan orang ramai terpana dan melopong setiap kali anda keluarkannya dari poket dek kerana rupanya yang luar biasa. Peranti ini  dikuasakan oleh Qualcomm SDM855 Snapdragon 855 (7 nm) CPU processor dengan RAM sebesar 12 GB. 

Bagi memberikan sumber kuasa yang mencukupi untuk beroperasi, peranti ini turut didatangkan dengan konfigurasi dua bateri dengan kuasa sebesar 4380mAH. Samsung Galaxy Fold beroperasi menggunakan sistem operasi Android 9.0(Pie).


Paparan peta dapat dilihat dengan ebih jelas disebabkan saiz skrin yang berganda Sumber Foto-Techradar


Nampaknya Huawei juga tidak mahu kalah  dan bakal melancarkan peranti dengan konsep serupa pada hujung tahun ini yang dikenali sebagai Hawei Mate X.


Persaingan semakin hangat apabila dikhabarkan Huawei bakal melancarkan Huawei Mate X dalam masa terdekat Sumber Foto-Techradar


Adakah persaingan antara syarikat-syarikat elektronik dalam menghasilkan telefon pintar engan konfigurasi seperti ini akan mencetuskan suatu revolusi dalam reka bentuk peranti pintar di masa hadapan?


Samsung Galaxy Fold kini boleh didapati di Malaysia melalui preorder di laman web Samsung pada harga RM8388 bermula 9 Oktober 2019 ini.- CARI 


Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 9-10-2019 02:49 PM
Maaf hp ni akan monopause sesendu nya hp lumia windows. Bodoh lumia buat smartphone dah xboleh support apa2
Quote fliphair8 9-10-2019 02:51 PM
diberi pilihan untuk spend 8k of my choice, hakak pilih mulberry.....pejam mata dek...IF ONLY
Quote Mfzg89 9-10-2019 02:52 PM
jatuh sekali  babai jela...
Quote dubuk 9-10-2019 03:00 PM
samsung eww
Quote tagas 9-10-2019 03:11 PM
bg org yg tak taw duit nak buat ape  tu bleh la beli
Quote inspiro92 9-10-2019 03:21 PM
CiliPadiSedap replied at 9-10-2019 06:49 AM
Maaf hp ni akan monopause sesendu nya hp lumia windows. Bodoh lumia buat smartphone dah xboleh suppo ...

Yup. Gadget is not a good investment. Device ni probably akan jd novelty item mcm nokia e90 communicator.
Quote miemiecha 9-10-2019 03:27 PM
tepuk dahi tgk rege hp la nih...
Quote anony-mous 9-10-2019 03:33 PM
Kalau ko bukan apple, jgn berangan letak hrga 8k. Samsung sendiri yg downgradekan brand sendiri. Xde nilai ekslusivity tu. samsung? Euww
Quote lurve82 9-10-2019 03:38 PM
xmampu...pki je la ipong ni xs max ni smpi lebam..baru ku beli baru...
Quote awanysss 9-10-2019 03:59 PM
lurve82 replied at 9-10-2019 03:38 PM
xmampu...pki je la ipong ni xs max ni smpi lebam..baru ku beli baru...

latest la tepon uols tu.. iols iphone 6 dari 2015.. tahun depan dah 5 tahun, dah boleh daftar tadika dah
Quote lurve82 9-10-2019 07:02 PM
awanysss replied at 9-10-2019 03:59 PM
latest la tepon uols tu.. iols iphone 6 dari 2015.. tahun depan dah 5 tahun, dah boleh daftar tadi ...

Latest ipong 11. Iols mmg pki smpi jahanam bru beli baru. Rata2 hp iols plg kurg 3 thn. Ni ipong pun 1st time pki. Sblm2 ni iols pki samsung. Tp samsung lipat ni. Hmmmmm. Klu duit xtau nak buat apa blh la beli.
Quote gigahertz 9-10-2019 09:30 PM
CiliPadiSedap replied at 9-10-2019 06:49 AM
Maaf hp ni akan monopause sesendu nya hp lumia windows. Bodoh lumia buat smartphone dah xboleh suppo ...

Lumia is back la sis. tapi lahirkan anaak luar nikaah yang di kenali surface neo dan duo
Quote gigahertz 9-10-2019 09:31 PM
fliphair8 replied at 9-10-2019 06:51 AM
diberi pilihan untuk spend 8k of my choice, hakak pilih mulberry.....pejam mata dek...IF ONLY

rilek. tunggu 6 bulan. nanti ada ap set / imported set dari singapore. bende2 mcm ni kita nampak 8k tapi di singapore celah gigi je. pasal SGD vs USD tak begitu ketara
Quote Eric.n9 9-10-2019 09:37 PM
Dah ok ke, semua masalah pada phone ni?
Aritu masa tester test, byk isu ada.
Quote MissCarcosa9753 9-10-2019 09:41 PM
Macam nokia lipat 12 tahun dulu ye
Quote inspiro92 9-10-2019 10:01 PM
Eric.n9 replied at 9-10-2019 01:37 PM
Dah ok ke, semua masalah pada phone ni?
Aritu masa tester test, byk isu ada.

Tgh review youtubers nampak mcm dah ok.hinge nampak kukuh.rasa geram tgk.kalau aku kaya!
Quote inspiro92 9-10-2019 10:03 PM
gigahertz replied at 9-10-2019 01:31 PM
rilek. tunggu 6 bulan. nanti ada ap set / imported set dari singapore. bende2 mcm ni kita nampak 8 ...

Dgr khabar x lama lg akan keluar galaxy fold 2 plak.
Quote inspiro92 9-10-2019 10:05 PM
anony-mous replied at 9-10-2019 07:33 AM
Kalau ko bukan apple, jgn berangan letak hrga 8k. Samsung sendiri yg downgradekan brand sendiri. Xde ...

Rasanye harga 8k tu justify dgn innovation & feature phone ni. Phone jenis ni more towards design concept je kot. Samsung pun not bad as a smartphone.
Quote Eric.n9 9-10-2019 10:07 PM
inspiro92 replied at 9-10-2019 10:01 PM
Tgh review youtubers nampak mcm dah ok.hinge nampak kukuh.rasa geram tgk.kalau aku kaya!

haha, klu ok baguslah...
dulu tester complen pasal engsel dia.
pastu hujung screen.
Tu mana yang aku ingatlah. haaha

Cuma rega dia tu, mak datuk...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.043754 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top