CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tolonglah, Saya Tak Campur Hal Datin-Datin" - Uqasha Senrose

9-10-2019 10:28 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 13288| Komen: 42|Original author: Oleh: natrahn


Pasti ramai tahu baru-baru ini, kecoh mengenai pergaduhan dua pelakon bergelar datin. Namun, kali ini nama Uqasha Senrose turut terkait sama apabila dia dituduh cuba menggoda suami Datin Rabecca Nur Islam seperti didakwa Datin Paduka Eina Azman.

Pelakon Uqasha Senrose mengakui terkejut dengan dakwaan liar itu dan menganggap tuduhan itu sangat mengarut, malah dia tidak masuk campur hal dua pelakon berstatus VIP itu.



"Tolonglah, saya tak campur lah hal datin-datin. Saya sedar kalau terlalu rapat dengan sesama artis pun, kita tak tahu sejauh mana keikhlasan dan kejujuran mereka dalam bersahabat.


"Saya tengok ramai saja yang suka cakap-cakap belakang." ujarnya lagi memetik laporan Utusan Malaysia.

Uqasha Senrose kini lebih memilih berdiam diri mengunci mulut daripada berkata-kata kerana  tidak mahu kenyataannya akan diputar belit pihak tertentu, sekali gus memakan dirinya.

"Malah, saya juga sering mengingatkan diri supaya tidak masuk campur dalam hal orang lain. Lebih baik saya fokus dengan diri sendiri dan tidak terlibat dengan masalah atau kontroversi," katanya lagi.


Kredit foto - Instagram Uqasha Senrose : Uqasha kini sedang sibuk dengan telefilem baharu lakonannya, Runtun Jiwa bersama aktor Azrel Ismail

Betullah tu Uqasha. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi untuk kekal relevan dalam industri ni. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikja 9-10-2019 10:32 AM
Runtun jiwa datin-datin itewwww lps baca komen 'adik' ni...
Quote RatuDunia94 9-10-2019 10:34 AM
Kannn.. uqasha.. datin 2tu pon asalnya sekadar retis2 sendu dlm industri mengemis job dr produser jah.. dpt tangkap jerung terus rasa upgrade status dgn title datin tu.. koserrrrr
Quote cikja 9-10-2019 10:38 AM
RatuDunia94 replied at 9-10-2019 10:34 AM
Kannn.. uqasha.. datin 2tu pon asalnya sekadar retis2 sendu dlm industri mengemis job dr produser ja ...

Dah dpt jerung...trs krg skt kesenduan dia tu...
Quote thetimes 9-10-2019 10:38 AM
Yeee...bagus tu Sha,buat hal sendiri sudah.Tak payah campur hal datin2 ni{:nose
Quote mieymiey 9-10-2019 10:50 AM
HAHAHAHAHA. Sentap datin-datin segera itchuuuuuu.
Quote MissVixen 9-10-2019 10:53 AM
Artis yang ada bakat untuk dipertaruhkan lagi pandai bercakap dari artis sendu. Sendu pun upgrade bila dapat orang kaya je... Kalau tak memanh takde siapa kenal.
Quote OsHiN_hOnEy 9-10-2019 10:54 AM
sha ada pergi mustaffa center ker kemarin?
Quote fliphair8 9-10-2019 11:44 AM
berlakon jer sha...selagi lom berjaya menangkap jerung...nanti dah dapat jerung, title pun tukar, jangan hilang ingatan...netizen tak pernah lupa...gitchuuu
Quote TabletSusu 9-10-2019 11:48 AM
x campur hal datin2 .
Quote messymimi 9-10-2019 11:50 AM
masih menjadi tanda tanya...kikiki


Quote umbut 9-10-2019 11:57 AM
Datin datin hasil tangkap jerung.. Takpa.. Uqasha cunnnn... Usaha tangkap jerung.. Leh geng sama sama... Datin and co
Quote innocent_me 9-10-2019 11:57 AM
Datin2 sendu masih lagi di takuk lama.
Perangai hauk dan membirah tak berubah dari muda sampai lani.
Allah bagi nikmat dari semekin dah jadi kaya raya pun masih ada lagi peel busuk.
Uqasha dulu mmg sama level jurr dgn datin2 ni. Peel birah pun boleh tahan.
Tapi boleh nampak sheols dah rebrand diri dia, dari tahun ke tahun asah bakat berlakon, upkan level kualiti berlakon dan sheols dah tinggalkan datin2 ni jauh bertiang tiang.
focus pada target je la dik. persetankan benda2 gini.
Quote missDollie 9-10-2019 12:55 PM
You can take a datin out of rempit.. But you can't take a rempit out of Datin.. Betul ke cam tu?
Quote nanies 9-10-2019 01:26 PM
sbb ko tak laku. aritu dgr konon ngan kerabat, pastu senyap. kena tinggal ke? eh? cer kalo dpt jerung jugak, harusssss la buat statement mcm datin2 jugak.
da tu kalo ko tak campur, yg g ngadu kat becca tu apahal? sj nk batu api? supaya dorg lagi bergaduh? biar dorg nampak busuk, ko nampak baik? gitu... cantek ko punya plan ye?
Quote jalfa 9-10-2019 03:03 PM
Kan...datin low kelas je dekkk..apa kata dek sha cakar pintu yestanaa....boleh jadi cik puan
Quote epullipan 9-10-2019 03:15 PM
apa barang datin2 nih..die layan level2 kerabat je kot
Quote Noraniza_Iblis 9-10-2019 03:37 PM
stakat dato Kelly katenyahh...
untung dpt laki helok kaya.. ni dpt pun ..
yg hidup segan mati tak mau...
Quote aleesyasofia 9-10-2019 06:36 PM
bgus ler..
Quote rayray28 9-10-2019 10:15 PM
nanies replied at 9-10-2019 01:26 PM
sbb ko tak laku. aritu dgr konon ngan kerabat, pastu senyap. kena tinggal ke? eh? cer kalo dpt jerun ...

Dia ngadu ke dia tanya hrtu?

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.099551 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top