Kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang. Fasih berbahasa Mandarin, telatah mak cik ini mengajar kawan-kawannya mencuri perhatian ramai.
Video yang dimuat naik oleh Aina telah ditonton lebih 264 ribu kali, 10.2 ribu kali retweet dan 11.7 ribu suka. Melalui perkongsian anak beliau @azlkhas di Twitter, ibunya mengajar kawan-kawannya dari kelas mengaji berbahasa Mandarin sambil menulis perkara yang diajarnya di papan putih. Kawan-kawannya yang lain juga sepertinya sangat bersemangat untuk mempelajari bahasa Mandarin. Ibu Aina atau dikenali dengan nama Cikgu Ropi'ah ini turut fasih berbahasa Inggeris. Aina turut memuat naik video ibunya yang sedang mengajar bahasa Inggeris kepada seorang budak lelaki berbangsa Cina. Warganet menerima baik usaha mak cik ini untuk mengajar kawan-kawannya. Malah, ramai yang turut berminat untuk belajar bahasa tersebut dengan ibu Aina. Banyak kepentingan akan diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa lain selain bahasa ibunda, tambahan lagi apabila tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain pula. - CARI
|
Megikari replied at 9-10-2019 02:44 PM
Annoying betul la suara tukang rakam tu
ADVERTISEMENT