Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun didakwa atas lima tuduhan membunuh selepas membakar sebuah rumah treler. Daily Mail melaporkan, kejadian itu menyebabkan lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak terbunuh. Peguam Daerah Woodford, Greg Minger berkata pada Selasa, suspek turut didakwa atas tiga tuduhan membakar dengan sengaja. Kejadian jam 11 malam pada 6 April lalu membunuh Ariel Wall, 1, abangnya, Daemeon Wall dan sepupu Rose Alwood, masing-masing berusia dua tahun, bapa Daemeon, Jason Wall, 34, dan nenek kanak-kanak terbabit, Kathryn Murray, 69. Kesemua mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat menghidu asap. Manakala, tunang Jason Wall, Katrina Wall, 27, dan anak lelakinya hasil perhubungan terdahulu, Kyle Alwood, 8, berjaya menyelamatkan diri dari kebakaran itu. Identiti dan perhubungan suspek dengan mangsa bagaimanapun terpaksa dirahsiakan. Jiran mangsa, AnnaMarie Siebert memaklumkan kepada Journal Star bahawa dia terdengar jeritan dari arah rumah yang sedang dijilat api itu. Namun, saksi di lokasi kejadian tidak mampu berbuat apa-apa kerana api terlalu marak. Minger berkata, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan pemantauan sekurang-kurangnya lima tahun dan diberi kauseling. Bagaimanapun, suspek kanak-kanak itu tidak akan dihukum penjara walaupun didapati bersalah akhir perbicaraan. - CARI
|
7th replied at 9-10-2019 11:54 AM
jenis budak yang suka api. dulu masa kecik aku ada gak perangai ni. terbakor kebun tebu kena piap de ...
fliphair8: ape kesah bebudak bakar tahfiz tu?
7th: jenis budak yang suka api. dulu masa kecik aku ada gak perangai ni. terbakor kebun tebu kena piap dengan getah paip.
prettyuglybabe replied at 9-10-2019 12:54 PM
kata acik forum, jangan dikecam..
budakkkk.. apa la yang dorang tau
ADVERTISEMENT