CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

4 Perkara Yang Anda Tak Tahu Kapur Tulis Boleh Buat

9-10-2019 03:15 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4815| Komen: 20|Original author: Oleh: LilRose

Kegunaan kapur tulis rupa-rupanya tidak terhad hanya kepada menulis di papan hitam saja. Sebenarnya, ia boleh membersihkan banyak barang yang 'rosak' di dalam rumah kita.

Macam mana tu?


1. Kotoran degil pada baju

Kredit foto: Bright Side

Selain sabun, peluntur, baking soda dan lemon, kapur juga boleh menghapuskan kesan  minyak pada baju.

Cuba gosokkan kapur pada tempat yang kotor dan biarkan selama 10 minit. Sapu bersih kapur tadi dan basuh pakaian seperti biasa.

Menurut Bright Side, kapur menyerap dan menghapuskan kesan minyak dengan mudah.


Foto: Bright Side


Oh, pakaian putih yang menguning juga boleh 'dipulihkan' dengan cara sama!


2. Mengilatkan barang-barang perak

Kredit foto: Bright Side

Bukan sudu garpu saja, rantai atau gelang perak anda juga boleh diselamatkan daripada kusam.

Caranya sangat mudah, hanya perlu meletakkan beberapa batang kapur dalam bekas sama perkakasan dan perhiasan anda disimpan.

Perak rosak kerana keadaan lembap dan kapur berfungsi untuk menyerap kelembapan.


3. Singkirkan bau hapak dalam almari

Kredit foto: Tips and Tricks

Hanya letak beberapa batang kapur di dalam almari, kotak, beg atau bakul cucian, ia akan menyerap kelembapan, sekali gus tiada lagi bau hapak!


4. Tiada lagi barang berkarat

Kredit foto: Bright Side

Elakkan gunting pisau dan sebagainya daripada berkarat dengan meletakkan kapur di dalam bekas sama perkakas anda disimpan.


Kalau ada kasut yang sudah berbau tu, mungkin boleh cuba cara ini. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 9-10-2019 03:35 PM
Dulu zaman sekolah rendah merasa cikgu ngajar guna kapur ni.. bila time nk padam tu yg x tahan.. sape yg duk meja depan2 mmg berdebu beb hidu kapur ni..
Quote URUHA 9-10-2019 03:50 PM
Meols & the gang dulu selalu guna kapur ni utk putihkan balik kasut sekolah yg da almost kotor. Hasilnya mmg ploless kasut sekolah sepanjang seminggu tu

Nasib la 3 tahun je pakai kasut putih. Lepas tu terus pakai kasut hitam sampai ke sekolah menengah. Selamat la kapur tulis kt kelas meols
Quote chinta89 9-10-2019 04:06 PM
Edited by chinta89 at 9-10-2019 04:07 PM

rindunya zmn sekolah berkapur2 nih.. hehe
Quote ahlisihircute 9-10-2019 04:06 PM
Zaman sekolah dolu...cikgu jadikan Kapur nie peluru...duk baling  Kat be budak2 yg x abis2 bersembang ..to kapur nie mmg gunanya tuk putihkan kasut sekolahla...
Quote Artemesiaa 9-10-2019 04:11 PM
Banyak kegunaan lain rupanya info berguna
Quote antidote 9-10-2019 05:01 PM
Tak boleh dengar chalk kena kat blackboard rasa ngilu ya amat.
Pegang chalk pun sama tak tau la knp rasa ngilu
Quote Boomibulat 9-10-2019 05:02 PM
Artemesiaa replied at 9-10-2019 04:11 PM
Banyak kegunaan lain rupanya info berguna

Conteng kat kerusi kawan pastu melekat kapur bila dia duduk..
Quote MFR_IN 9-10-2019 05:03 PM
antidote replied at 9-10-2019 05:01 PM
Tak boleh dengar chalk kena kat blackboard rasa ngilu ya amat.
Pegang chalk pun sama tak tau la knp ...

baca pun dah rasa ngilu.
Quote johan-adx 9-10-2019 05:09 PM
murid dlu bkn takut dgn kapur ni..
tp paling takut dgn pemadan kapur..dia bole dtg secara terbang tiba2
Quote ahlisihircute 9-10-2019 05:24 PM
johan-adx replied at 9-10-2019 05:09 PM
murid dlu bkn takut dgn kapur ni..
tp paling takut dgn pemadan kapur..dia bole dtg secara terbang t ...

Mmg senjata utama pemadam papan hitam le duk tetiba melayang...tp lepas Satu case ada budak lebam dahi n pening kepalanya ...smp apaknya dtg sekolah...terus diharamkan...so Kapur naik taraf la jd peluru tegar dibaling dek cikgu...hahaha
Quote tri-max 9-10-2019 05:26 PM
MFR_IN replied at 9-10-2019 05:03 PM
baca pun dah rasa ngilu.

hihi.. yg ngilu kat telinga aku bila kuku garit kat board tu,
chalk garit ok lagi
Quote grizz 9-10-2019 05:35 PM
byk kegunaan kapo ni rupenye..
mmg mengimbau kenangan btol..dolu2 time skolah cikgu soh padam papan itam msti aku xpayah sbb pendek..
Quote boboyot123 10-10-2019 12:00 AM
Nnt acik cuba betui ke idok tipsnye
Quote meisapoya 10-10-2019 07:24 AM
Boleh try since thirsty hippo pon mahal nak beli... kalau pakai arang, risiko hitam pulak...
Quote Intanterpilih09 10-10-2019 07:50 AM
Intan pun masa sek slalu sapu kapur tulis Kat kasut Bila kotor.mls nak basuh takut cikgu tegur kasut kotor n kena denda.dlm kelas slalu kami budk  pompuan yg kena padam papan hitam.
Quote johan-adx 10-10-2019 07:56 AM
ahlisihircute replied at 9-10-2019 05:24 PM
Mmg senjata utama pemadam papan hitam le duk tetiba melayang...tp lepas Satu case ada budak lebam  ...

yg jd mangsa budak dok area blkg dan tidor..mmg hingap kt kepala la jawabnya
Quote johan-adx 10-10-2019 07:57 AM
Intanterpilih09 replied at 10-10-2019 07:50 AM
Intan pun masa sek slalu sapu kapur tulis Kat kasut Bila kotor.mls nak basuh takut cikgu tegur kasut ...

bebudak dlu kreatip kan..asal mencapai matlamat..buat aje.hehe
Quote Biabetik 10-10-2019 08:26 AM
Dulu2 budak2 pompuan suka gosok kapur kat kuku. Nti jd berkilat
Quote MsKoreanfanatic 10-10-2019 11:33 AM
bila malas basuh kasut sekolah.. apa lagi.. conteng dgn kapur tutup kotoran

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.073066 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top