CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kejap Macam Perempuan, Kejap Macam Lelaki" - Kenyataan Seksis Hanipa Terhadap Azalina

9-10-2019 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8062| Komen: 47

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat petang ini apabila mengeluarkan kenyataan berunsur seksis terhadap Datuk Seri Azalina Othman Said.


Memetik Astro AWANI, ia susulan Ahli Parlimen Pengerang itu mengajukan soalan kepada Hanipa pada perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019.

“Saya tengah pasang cermin mata nak tengok YB Timbalan Menteri (Hanipa) dengan begitu jelas yang kadang-kadang nampak kecil kadang-kadang nampak besar," ujarnya ketika memulakan soalan.


Foto: Borneo Post/Malay Mail

Bagaimanapun, ketika menjawab soalan daripada Azalina, Hanipa mencetuskan provokasi apabila ayatnya berbaur seksis.

“Pengerang (Azalina) kata saya kadang nampak gemuk, kadang nampak kurus, kan?

"Macam Pengerang juga la. Kejap nampak macam perempuan, kejap nampak macam lelaki. Minta maaf, minta maaf,” ujar Hanipa.


Sebaik kenyataan itu terpacul dari mulut Hanipa, dewan menjadi gamat apabila Ahli-ahli Parlimen di blok pembangkang berdiri dan membidas tindakannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong memetik Peraturan Mesyuarat.

“Pada penggal lalu, saya dalam Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat. Kenapa kita pinda peraturan masyuarat? Supaya tidak ada kenyataan berunsur seksis.

“Timbalan Menteri (Hanipa) secara jelas telah buat satu kenyataan seksis dan mempersoal jantina seseorang. Memang tidak betul. Ini memang kenyataan seksis dan perlu ditarik balik,” katanya.

Berikutan itu, Hanipa kemudian menarik balik kenyataannya dan memohon maaf selepas diarahkan berbuat demikian oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.

Bagaimanapun, Ahli-ahli Parlimen blok pembangkang masih tidak berpuas hati dan mendesak Hanipa berhenti menggulung dan Dewan Rakyat terus membuat keputusan.

Hampir 30 minit dewan gamat, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mhd Ariff Md Yusof kemudian mengambil alih dan mengarahkan loceng selama dua minit dibunyikan untuk proses pengundian pemansuhan akta itu. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 9-10-2019 06:18 PM
Hahahahahahaha bodowwww
Quote sukacactus 9-10-2019 06:20 PM
Bkn nak sokong mana2 pihak
Tapi seksis xok, yg dia bodyshaming tu ok?
Quote tipuware 9-10-2019 06:48 PM
Seksi in 2019 is. A big no
Quote MenteriWanita 9-10-2019 07:13 PM
Yang dia kejap pandai kejap bebal tak fikir pulak
Quote famri7 9-10-2019 07:15 PM
Ummah mati kutu sekarang sis..kalau sokong sis = sokong budaya nippon????allahu!!!!..tapi tak kan nk sokong munturi ph= kapir pulek...habislah xlalu makan ummah bimbo.
Quote missbigrockstar 9-10-2019 07:24 PM
Teringat dulu awal 2000s, aku rajin beli majalah Wanita. Ada satu edisi Azalina jadi cover. So kena mekap tebal lah. Dia mmg kurang sesuai mekap, ada setengah org tak makan mekap and tak fotogenik. Mcm diri aku sendiri lah haha. Aku rasa hodoh bila mekap, dah serupa muka org lain so bare face lagi best, lagi selesa.
Azalina ni dulu zaman dia aktif jadi lawyer belum masuk politik, dia selalu keluar TV ajar cara seni mempertahankan diri. Dia black belt taekwondo tak silap aku.
Quote RatuDunia94 9-10-2019 07:52 PM
Sorry iols tergelak..
Quote Eric.n9 9-10-2019 09:35 PM
missbigrockstar replied at 9-10-2019 07:24 PM
Teringat dulu awal 2000s, aku rajin beli majalah Wanita. Ada satu edisi Azalina jadi cover. So kena  ...

Haah, dia mmg ada blackbelt taekwando.

Quote jazaa100 9-10-2019 10:44 PM
Dulu dia ni ok lg...nampak gak keperempuannya...dgn baju putih kain merah....skrg dah mcm mat rempit dgn rambut cacak cacak .....   
Quote MissCarcosa9753 9-10-2019 10:45 PM
Dah napa nak keluar kenyataan gini.... Awk tu kerajaan dah leni bukan pembangkang
Quote Perawankota 9-10-2019 10:49 PM
Sama jer dua2 perangai..
Quote thetimes 9-10-2019 11:09 PM
Hahahaha...helok dah korang dua ni
Quote missDollie 9-10-2019 11:10 PM
jazaa100 replied at 9-10-2019 02:44 PM
Dulu dia ni ok lg...nampak gak keperempuannya...dgn baju putih kain merah....skrg dah mcm mat rempit ...

Comel jugak dulu pakai baju kurung dengan rantai Pearl..
Quote buapakperut 10-10-2019 12:58 AM
kalau nak jadi cikgu kene lalui medsi bagai, jadi menteri tak lalui ke semua ni
Quote nono86 10-10-2019 02:07 AM
Adoi.. Menteri kencing berdiri, rakyat kencing berlari..
Quote dani-rox 10-10-2019 02:32 AM
ni bukan seksis kot, the correct term would be  'butchphobia'
Quote Buritan 10-10-2019 07:21 AM
sukacactus replied at 9-10-2019 06:20 PM
Bkn nak sokong mana2 pihak
Tapi seksis xok, yg dia bodyshaming tu ok?

Kannnn pdhl dua dua jahat.. gasak hmpalaa
Quote spy_caridotdot 10-10-2019 07:22 AM
IMG_3307.JPG
Cantik apa gini! Sekarang dah macam papa segala pengkid!
Quote chinta89 10-10-2019 08:24 AM
double standard takpe lak?

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.465583 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top