CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Comel Sangat Ni, Budak Bawa Anak Ayam Ke Klinik

9-10-2019 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6432| Komen: 25

Semakin banyak kes penderaan yang melibatkan haiwan terjadi sehingga kita terfikir di manakah sifat kemanusiaan seseorang individu tersebut. 

Namun, berbeza pula dengan kisah yang satu ini. Dikatakan seorang kanak-kanak lelaki berasa begitu bersalah kerana terlanggar anak ayam ketika menaiki basikal.

Kredit foto: Twitter

Dipetik dari hantaran Twitter, seorang pengguna internet berkongsi bagaimana kanak-kanak ini membawa anak ayam ke klinik untuk sesi rawatan. 

“Budak ni tak sengaja langgar anak ayam (basikallah kot) pastu bawa ayam tu pergi klinik dengan duit yang dia ada,” kata pengguna Twitter dikenali dengan nama Anis Suhailah. 

“Dia (kanak-kanak) nak suruh doktor yang ubat. Dia bayar. Tengoklah muka bersalah dia tu,” katanya lagi.


Anis turut memuji tindakan adik ini kerana mempunyai sikap belas kasihan terhadap haiwan, tidak seperti sesetengah orang dewasa yang berhati kering sehingga sanggup mendera haiwan. 

Terdahulu, pada 7 Oktober lalu, ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendedahkan statistik peningkatan sebanyak 30 peratus kes dera haiwan di negara ini berbanding tahun lalu. - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 9-10-2019 07:04 PM
Comel nye engko ni dek. Semoga membesar dengan sifat belas pada haiwan sentiasa...
Quote Andyscenes 9-10-2019 07:41 PM
Bukan ke citer ni da lama?
Quote RatuDunia94 9-10-2019 07:49 PM
Boleh eh amik gambo anak orang pastu viralkan? Budak bwh umur plak tu..
Quote noor2 9-10-2019 07:56 PM
Kisah ni bukan dah berzaman lama ka. .....
Quote Rainrein 9-10-2019 08:30 PM
Cite lama tapi still cute la that kid.
Tingat masa adik ipar i kekecik dulu, dok galak sangat bergurau ngan abangnye terus terpijak anak ayam lalu mati, pucat muka dia. Masuk umah xde wudhuk xde ape semayang taubat sebab sedih bunuh ayam. Sampai dia besar skang ni jadi bahan ngusik.
Quote anastasia7 9-10-2019 09:05 PM
Rainrein replied at 9-10-2019 08:30 PM
Cite lama tapi still cute la that kid.
Tingat masa adik ipar i kekecik dulu, dok galak ...

Hui boleh trauma. Hrtu tersepak kucing tengah tdo time hujan pun rasa bersalah. Terbayang2
Quote MsKathryn 9-10-2019 09:37 PM
Comelnya ko dek..
Quote thetimes 9-10-2019 10:15 PM
Alololo...so cute la adik {:love
Quote moonbug 9-10-2019 10:25 PM
Mati ke hidup anak ayam tu?
Quote Perawankota 9-10-2019 10:47 PM
Kenapa comel Sgt nih
Quote Jentayupink 9-10-2019 11:04 PM
citer lama ni kan...teringt ms aku sekolah rendah dolu g vacum anak aym sekor2 x ingtla brapa ekor, vacum electrolux br beli..aku g rasmi vacum anak aym tu tp mak aku nmpk cecepat g korek bg klua balik seb baik x mati..lps tu mendapat la aku dgn getah paip
Quote MissCarcosa9753 9-10-2019 11:27 PM
Dah berkurun ni
Quote MissCarcosa9753 9-10-2019 11:27 PM
Dah berkurun ni
Quote kawankau 10-10-2019 12:52 AM
Edited by kawankau at 10-10-2019 12:57 AM

Kalau recycle balik cerita-cerita lain yg macam-macam yg lepas, banyak oooooo boleh ulang.


Budak ni dah dapat hadiah pun dari PETA India, dekat India sana tuh



Derek C Lalchhanhima, the six-year-old boy from Mizoram, who recently restored our fledgeling faith in humanity by rushing to the hospital a chicken he had accidentally run over with his cycle.


Quote nono86 10-10-2019 02:06 AM
Banyak duit adik tu
Quote joy_ah 10-10-2019 02:08 AM
Lama da cite ni agaknya budak ni dah skolah menengah agaknya
Quote krustykrab 10-10-2019 07:46 AM
kawankau replied at 10-10-2019 12:52 AM
Kalau recycle balik cerita-cerita lain yg macam-macam yg lepas, banyak oooooo boleh ulang.



Lahhh anak yindia rupanya...muka cam melayu
Quote imransulaiman 10-10-2019 08:09 AM
Rainrein: Cite lama tapi still cute la that kid. Tingat masa adik ipar i kekecik dulu, dok galak sangat bergurau ngan abangnye terus terpijak anak a ...

Aku pun pernah terpijak anak ayam masa kecik dulu. Arwah terus... Rasa bersalah tu sampai minta maaf kat ibu ayam {:cryrun
Quote chinta89 10-10-2019 08:22 AM
ni berapa kali nk recycle cte lama weyh???

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.198350 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top