CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Sempat Makan, Lepas Lelah Di Stor Makanan" - Kisah Keperitan Cef Didedahkan

9-10-2019 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8211| Komen: 49

Mungkin kadang kala sebagai pengguna, kita terlupa tentang jerit perih dan cabaran dilalui oleh tukang masak atau pun cef di mana-mana restoran atau hotel.

Sehingga menyebabkan pengguna hanya tahu memberikan komen negatif dan juga merungut banyak perkara.

Kredit foto: FB
Baru-baru ini, satu halaman Facebook mendedahkan keadaan sebenar tukang masak atau cef yang terpaksa berkorban di dapur bagi memberikan hidangan terbaik buat pengguna. 

“Dalam kepayahan mencari rezeki yang halal, tidak ada orang nak ambil tahu susah senang mereka,” tulis status di Facebook Viral Malaysia. 

Ia sekaligus mengingatkan para majikan agar tidak terus atau sebarangan memaki hamun pekerja mereka jika mendapat rungutan daripada pelanggan. 


Kredit foto: FB

“Managelah (uruslah) dengan humaniti (kemanusiaan) bukan dengan authoriti,” tulis status itu lagi.

Menerusi hantaran itu dapat dilihat pekerja di dapur terpaksa makan tanpa meja dan kerusi, selain melepaskan lelah di stor makanan kering. - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 9-10-2019 07:04 PM
X mcm chef pun..mcm staff banquet je
Quote RatuDunia94 9-10-2019 07:48 PM
Mana2 kerja yg kena serve kat org sama je susah nya..
Quote umbut 9-10-2019 08:02 PM
Biasa je.. Aku dulu pas sekolah pernah kerja   hotel part time.. Lepas habis semua org berbuka, baru buka kat dapur.. Jamah sikit.. Ok jek
Quote shernazz 9-10-2019 08:02 PM
Biasa la tu
Dah nama pon keja
Laki iols keje bidang ni pung kekadang balik.umah nak makan
Sebab kat hotel x sempat makan..
Quote eLiaD 9-10-2019 08:20 PM
aq kje f&b line dh biasa cm ni bongok mne la up citer ni kahkahkah
Quote crazybeach 9-10-2019 08:22 PM
memang lah kau tak makan kat kerusi meja mahal. tapi environment keliling kau tu ruang kerja semua serba mewah selesa semua benda cukup nak kerja pun senang. kau tengok yang niaga tepi jalan tepi longkang panas terik masak kawah besar kena bahang takde ekon kena debu asap kete lagi susah nok
Quote Gingerly 9-10-2019 08:57 PM
Toksahlah nak mengada- ngada sangat..
Quote Perawankota 9-10-2019 10:43 PM
Mende ni normal lah.. Aku front desk pon sama.. Dgn makan pon terkejar, dgn kena stayback LG bila bz, double shift bila budak mc.. Last2 makan x menentu, tido tunggang panggang, dapat lah anemia.. Korg yg keje 9-5 aman2, tghari blh break dgn aman, jumaat dpt break lama patut rasa bertuah dn bersyukur..
Quote dua_chzy 9-10-2019 10:48 PM
Sedangkan acik kantin pon takda rehat memasak sepanjang masa sampai abes waktu makan tengahari hampir nak balik? Ko fikir?
Quote mohdcrow 9-10-2019 11:21 PM
Berbaloi la dengan gaji kan...kalau tak takkan ko tunggu lagi kerja situ
Quote Laceyx 9-10-2019 11:27 PM
At least dpt la jugak makan
Quote sarah82 9-10-2019 11:35 PM
Aku pernah tlg jiran niaga kat gerai pun x sempat makan.. Benda biasa org kerja dgn bidang f&b
Quote salmon-suki 9-10-2019 11:38 PM
Biasa laa tu kalau kje f&b..kt luar negara lagi teruk kot nak2 y baru nak mula..tp kalau ada passion for cooking,dorg tak kisah pun..
Quote aderaderker 9-10-2019 11:49 PM
Lagi kesian yg kena keja outdoor dik.
Berpanas berhujan berembun.

Semua orang ada kesusahan masing2.
Bertabahlah.
Quote epuepy 9-10-2019 11:53 PM
Gigih la nk up cerita demi sesuap viral n like. Puii sgt. Zaman org kemaruk like {:laugh
Quote nono86 10-10-2019 02:05 AM
Dah tu, berenti kerja la kalau nak releks 24 sehari. Join aku jadi penganggur.
Quote pukulrata 10-10-2019 02:49 AM
Toksah dok wat terok la.keje apa yg x barai.
Quote nafham 10-10-2019 04:06 AM
Sedeh tgk komen2 semua kt sini sepertinya semua mmg mesti hidup susah. Klu tak susah persisnya bertentangan sgt dgn norma kehidupan. Sian lah hidup korang.
Quote noraidil_06 10-10-2019 07:48 AM
nafham replied at 10-10-2019 04:06 AM
Sedeh tgk komen2 semua kt sini sepertinya semua mmg mesti hidup susah. Klu tak susah persisnya berte ...

Exactly. X de empathy dah.

Utk adik2 tu tabahlah adik2. N i feel bless sbb blh masuk ofis ikut suka n i can work from home. My own office staff jaga.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.236316 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top