Mawar Karim kini lebih positif dan memilih untuk tidak membaca komen netizen di media sosial selepas mahligai perkahwinan yang dibina selama enam tahun bersama pelakon dan pengacara Fizo Omar gagal diselamatkan setelah disahkan bercerai pada 10 Julai lalu. Usai perceraian tersebut, Mawar Karim dilihat terus 'move on' menghadapi fasa baru di dalam kehidupannya untuk terus ke hadapan bersama anak perempuan tercinta. "Sejujurnya, saya tidak berani baca komen-komen sebab takut emosi terganggu, tak boleh kerja. Jadi untuk saya move on, saya pilih untuk tidak baca.
"Apa yang saya lalui saya kena positif, bahkan saya ada minta rujukan daripada Prof Muhaya, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Datuk Mashitah. "Macam saya, kekuatan tu saya dapat melalui Allah. Saya kena minta dan mohon dengan Allah. Saya tahu saya ada kelemahan," ujar Mawar kepada Majalah Nona. Akui masih bersedih di atas apa yang berlaku, Mawar selaku usahawan tudung Fareeda berkata dia tidak mahu menunjukkan kesedihan itu pada orang sekelilingnya. "Sebagai orang berniaga, saya tak boleh tunjuk wajah sedih. Kita kena pandai ke hadapan dan hadapi semua ini," katanya. Kasih sayang Mawar dan Fizo sebagai bapa dan mak kepada Maryam tidak pernah berkurang walaupun kini mereka telah berpisah. Kebahagiaan Maryam adalah keutamaan Mawar buat masa ini. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Sama-samalah kita doakan agar Mawar dan Fizo dapat terus mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan anak mereka. - CARI
|
jijilaaa: ex tok laki dia je yang dok up kat ig lagi pasal move on la..dok sebut2 lagi nama ex wife nya..nampak sngat dok gila talak
jijilaaa replied at 15-10-2019 11:22 AM
ex tok laki dia je yang dok up kat ig lagi pasal move on la..dok sebut2 lagi nama ex wife nya..
n ...
ADVERTISEMENT