CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah, Jamal Abdillah Timang 'Bayi Azura' Di Usia 60 Tahun

11-10-2019 10:28 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4334| Komen: 11|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Tahniah kepada penyanyi veteran, Datuk Jamal Abdillah, 60, yang menyambut kelahiran bayinya semalam apabila isterinya Datin Zai Izzati Khairuddin, 25, dilaporkan selamat bersalin di sebuah hospital swasta di ibu negara.



Kredit foto: Carian Google

Menurut laporan Harian Metro, bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan kira-kira jam 5.35 petang semalam secara pembedahan.

'Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi kami hari ini. Kulitnya putih melepak dan wajahnya seiras saya,' kata Jamal lagi.

Jamal turut berkongsikan sekeping gambar anaknya yang baru lahir itu.


Kredit foto: Carian Google


Menurut Jamal lagi, bayi itu dinamakan Nur Azura Yamani dan berada dalam keadaan sihat. Bagaimanapun, isterinya akan ditahan di hospital beberapa hari kerana proses kelahiran adalah melalui pembedahan.

Susulan itu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Jamal dan isterinya. Sebelum ini, beliau sudah mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulunya. 

Ramai juga yang tertanya-tanya adakah nama bayi Azura itu diambil sempena salah satu filem lakonan popular beliau suatu ketika dahulu.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Jamal Abdillah dan isteri. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 11-10-2019 10:31 AM
Tahniah, masa baby tu masuk sekolah rendah, Datuk Jamal dah 67 tahun macam atuk dan cucu dah
Quote Boomibulat 11-10-2019 10:39 AM
Sang_Pencinta replied at 11-10-2019 10:31 AM
Tahniah, masa baby tu masuk sekolah rendah, Datuk Jamal dah 67 tahun macam atuk dan cucu dah

I dh buka tred ni..
Quote Sang_Pencinta 11-10-2019 10:41 AM

Thread ni thread Cari Warrior, dah dihantar sehari lebih awal tapi baru publish hari ini oleh Editor Cari (lihat tanda CARI di hujung artikel)
Quote aleesyasofia 11-10-2019 11:47 AM
tahniah.. comel babynya..
Quote mizzmimi 11-10-2019 03:06 PM
Cane la ek pempuan umur 25 kawin lelaki umur 60..
Quote Mejami 11-10-2019 08:01 PM
Boomibulat: I dh buka tred ni..

Sis..tlg bg link
Quote LadyCarefree 12-10-2019 08:46 PM
Kesian baby ni. Harap jamal sediakan secukupnya untuk baby ni dari segi financial andaikata belum sempat baby habis belajar dan kerja, apaknya meninggal.
Quote sinalegna 12-10-2019 10:58 PM
Kalau orang tak kenai heolls mesti jenuh nak menjawap soalan lazim ni

1. Sapa ni.. anak ke? Dak aih.. bini
2. Sapa ni.. cucu ke? Dak aih.. anak
Quote Mizlyn 12-10-2019 11:08 PM
Huuuhaiii... terletak betul hidung baby azura..tahniah tokmal n wife.. comeiii
Quote evlinne 13-10-2019 08:14 AM
Sebijik muka jamal.
Quote Cekla 14-10-2019 10:24 PM
Power jugak ekk.. Selalunya lelaki umur baya2 ni dah mati pucuk bnyak penyakit

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.041589 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top