Mayat seorang bayi baru lahir ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan beberapa kesan tikaman dan goresan pada lehernya. The Sun melaporkan, seorang remaja berusia 16 tahun dari Detroid, Michigan didakwa atas pertuduhan membunuh darjah kedua.
Menurut laporan, remaja itu melahirkan bayi dipercayai hasil hubungan intim dengan teman lelaki di dalam bilik air di sebuah apartment di Agnes Street pada 21 Februari. Hasil pemeriksaan mendapati banyak kesan tikaman pada leher mangsa yang disembunyikan di dalam sebuah beg tangan. Difahamkan, beg itu ditemui di dalam sebuah almari pakaian sehari selepas suspek dibawa ke hospital kerana rebah tidak sedarkan diri. Selepas diperiksa, doktor mendapati remaja itu baru lepas melahirkan sebelum suspek mengakui perbuatannya. Ibu mangsa bagaimanapun dikatakan tidak mengetahui mengenai kehamilan anaknya itu.
Sementara itu, pihak pendakwa mengesahkan teman lelaki suspek tidak terbabit dengan pembunuhan itu. Jurucakap Maria Miller berkata, siasatan mengambil masa dan berlarutan disebabkan beberapa isu yang timbul dalam kes itu. Tambahnya, suspek akan dibicara sebagai pesalah juvenil dan mahkamah akan menentukan bon jaminannya. - CARI
|
ADVERTISEMENT