Pakailah baju apa pun, pasti ada sahaja yang tak kena di mata orang lain. Ardell Aryana pun terkena benda yang sama bila diminta tampil lebih kemas, lebih-lebih lagi selepas bergelar isteri.
Di Intagram, aktres ini memuat naik gambarnya memakai kemeja T dengan seluar kain pelekat.
Antara salah satu komen adalah, "Pelik benar pakaiannya. Jadi isteri kena pakai la molek-molek sikit. Serabut tengoknya." Tak berdiam diri, Ardell ada membalas komen tersebut: Sementara itu, pelakon Ramona Zamzam pula memuji penampilan Ardel yang sentiasa nampak cantik walaupun hanya memakai pakaian biasa-biasa saja. Isteri kepada Nadzmi Adhwa ini sebelumnya mengakui mengalami masalah kebimbangan melampau (anxiety) serta kemurungan yang terus. Bagaimanapun, dia kini dikatakan masih dalam rawatan. Hiraukan sahajalah kata-kata negatif orang, asalkan Ardell bahagia sudahlah. Tak begitu? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|