|
Umum tahu anak perempuan Datuk Seri Vida iaitu Cik B merupakan seorang yang sangat 'simple' dan tidak gemar berfesyen, mahupun mengenakan solekan tebal. Gaya pemakaiannya itu sesuai dengan umur remajanya.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini Cik B tampil dengan bergaya dan 'trendy' di kulit muka majalah Remaja. Rata-rata netizen terkejut melihat perubahan rupa gadis itu apabila dipakaikan solekan tebal. Pun begitu, ada sahaja mulut puaka yang memerli rupa Cik B itu. Selepas tweet perlian itu tersebar ke sekitar Twitter, Cik B sendiri tampil dan memberikan reaksi 'padu' dan menyatakan bahawa dia merasakan yang dia nampak elok dengan fesyen dan solekan sedemikian. Netizen lain juga turut 'back-up' gadis ini dan memuji kecantikannya. Mereka turut berbangga melihat Cik B yang yakin dengan penampilan dirinya dan tidak tunduk kepada tohmahan 'haters'. Lagi best, apabila juru mekap terkenal iaitu Syedewa turut memunculkan diri dan mengajak Cik B untuk menjadi model solekan di laman YouTubenya sekiranya dia sudi. Adakah kita bakal lihat 'tangan emas' Syedewa make over Cik B? Sama-sama kita lihat! - CARI |
beta_carotene replied at 13-10-2019 02:25 AM
bagusnya Cik B ni.. so positivity..


otai_g replied at 13-10-2019 10:50 AM
wei dia ni bkn sapa2. Bkn ahli politik, bkn artis, bkn ada bnd best yg dijual. Stop2 la buat story p ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.661709 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.