|
Umum mengetahui yang sahabat yang telah rapat selama beberapa tahun iaitu Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa telah pun berkahwin setelah sekian lamanya. Kebanyakan peminat mereka yang mengikuti kisah mereka sejak daripada mereka mula berkawan lagi berasa gembira apabila kedua-duanya akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Mungkin rezeki berumah tangga, Ardell dan Nadzmi kelihatan rajin menghadiri ceramah jemputan di beberapa universiti tempatan. Kalau sebelum ini si suami telah dijemput untuk memberikan 'talk' di UiTM Merbok, kini si isteri pula dilihat bakal memberikan ceramah di UUM. Yang menarik perhatian ialah tajuk ceramah itu ialah mengenai topik 'Friendzone' dan dikhabarkan bakal berlangsung pada 20 November nanti. Walau bagaimanapun, rata-rata netizen telah memerli pelakon wanita tersebut dan tajuk ceramah anjuran UUM itu. Bagi mereka, banyak lagi isu lebih penting yang boleh disampaikan kepada pelajar universiti dan bukannya cerita pasal hal percintaan dan kahwin sahaja. Netizen juga hairan apa kredibiliti dan pencapaian yang dipunyai oleh Ardell untuk memberi ceramah kepada ratusan pelajar universiti. |


pasal friendzone pun kena ada talk ke...kena bayar plak tu...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.089207 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.