Tiba-tiba di Instagram, kelihatan gambar-gambar pelakon berbakat, Wan Sharmila yang sedang bercuti di Osaka, Jepun. Apa yang lebih menarik ialah penampilannya yang manis bertudung membuatkan ramai peminat memujinya. Momen bercuti tersebut dikongsikan dengan pelbagai aktiviti di sana. Dengan potongan baju longgar serta tudung berwarna pastel dan bercorak menyerlahkan lagi keayuannya. Apabila diteliti gambar-gambar sebelumnya, rupa-rupanya Wan Sharmila sudah bertudung penuh sejak seminggu yang lalu lagi.
Malahan videonya memakai baju pengantin berwarna putih turut mengundang usikan daripada rakan selebriti seperti Faye Kusairi dan Elly Mazlein. Kata mereka mungkin juga itu adalah bayang-bayang untuk pengumuman yang lebih besar. Bagaimanapun Wan Sharmila sendiri menjelaskan yang itu adalah sebahagian promo perkahwinan di Brunei pada 26 Oktober nanti. Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat mendoakan agar aktres manis ini terus istiqamah dengan penampilannya yang lebih cantik dan manis ini. Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan dibuat oleh empunya badan berkenaan penampilan terkininya itu. Jadi, perkara baik kita doakan ya.- CARI |
tupperwarepink replied at 16-10-2019 10:17 AM
eh faye and elly keee
ADVERTISEMENT