CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Ingatkan Pendarahan Kena Busung' - Wanita Disangka Mandul Tak Sedar Dah Nak Beranak!

16-10-2019 10:34 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 20295| Komen: 126|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang wanita yang hamil pasti akan mengalami pelbagai tanda-tanda sedari awal kehamilan lagi. Oleh itu, amat jarang bagi seseorang bakal ibu untuk tidak menyedari perubahan pada tubuh badan mereka, apa lagi sehingga ke detik terakhir untuk bersalin.



Kredit foto: Facebook

Tetapi, itulah yang diceritakan seorang netizen bernama Azrie di Facebook Info Ibu Hamil. Menurut beliau yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital, ibu itu tidak tahu langsung mengenai keadaan dirinya sedang hamil.

Kebetulan, ibu berusia 38 tahun itu mengalami pendarahan vagina dan diarahkan ke hospital, bagaimanapun apabila diperiksa doktor, rupa-rupanya sudah ada bukaan dan dia akan melahirkan pada bila-bila masa.



Kredit foto: IG



Kredit foto: IG

Rupa-rupanya, wanita itu menjangkakan dirinya mandul kerana sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan rezeki zuriat. 

Bagaimanapun, selama beberapa bulan kebelakangan ini, perut wanita itu membesar sedikit tetapi wanita itu hanya berurut kampung kerana mengesyaki kena busung. 


Kredit foto: IG / Google

Oleh kerana haidnya juga tidak tetap, wanita itu tidak menyedari yang dirinya hamil dan hampir bersalin. Suaminya juga dikatakan terkejut mendengar berita itu walaupun pasangan itu tidak mempunyai apa-apa persediaan kelahiran bayi.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang skeptikal dengan cerita itu, namun beberapa orang lagi menyatakan mengalami sendiri atau mengenali seseorang yang turut hamil tanpa mengetahui dari awal.


Kredit foto: FB
Kredit foto: FB
Kredit foto: FB

Penamatnya, wanita itu berjaya melahirkan anak yang sihat tanpa sebarang masalah. Tak sangka datang hospital sekadar nak periksa pendarahan, rupanya pulang membawa bayi! - CARI
11

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 16-10-2019 10:44 AM
Syukur alhamdulillah dapat dia Baby Girl. Mudah sungguh process ngandung dan bersalin.
Quote CatMiow 16-10-2019 10:45 AM
Seronoknya....  Terharu pula baca. {:cryrun
Quote sarah82 16-10-2019 10:49 AM
Org tua2 kata bunting harimau
Quote manehnya 16-10-2019 10:52 AM
alhandulilah, baby elok je sihat, x yah prenatal care pun

ini, klu dh start buat buku merah, mula la busy asik p appointment jah, semak perot!
Quote Zona2020 16-10-2019 10:58 AM
Ya allah syukur.. Kekuasanmu..bebesaranmu.. Amin.. Tahniah pada ibu dn ayahnya..
Quote msdummy.2018 16-10-2019 11:04 AM
takkan dia xpelik haid xdtg?erkkk
Quote epysha 16-10-2019 11:06 AM
mungkin ada rasa gerak2..tapi dia ingatkan angin..
Quote palmolive 16-10-2019 11:07 AM
AIK??!!takder unsur hasanah???
takder appointment klinik? tak yah bukak buku kt klinik Ibu dan Anak??
Quote pearl.silver 16-10-2019 11:10 AM
Klu haid x tetap pun, xkn la dah 6 ke 7 bln x period x fikir apa2. Lain la klu umo dah 48 thn. Haid x dtg mungkin dia igt dah menopos.
Quote Beautifulliar. 16-10-2019 11:10 AM
msdummy.2018 replied at 16-10-2019 11:04 AM
takkan dia xpelik haid xdtg?erkkk

Meols lg pelik baby tu gerak2 xkn la smpai 9bulan dh complete jd mnusia seketul dlm perut pn sheols xsedar.Mustahil la baby tu xbgerak xtendang2 lgsung. Lg satu  klongandung kn mesti salu rs nk kencing bila baby dh mkin mbesar. Byk sbnrnye tanda2 tp ntah la. Dh deme ckp kekuasaan Allah, meols pndam sndri jah rasa2 yg xlogik tu
Quote ms.mango 16-10-2019 11:11 AM
Alhamdulillah dua2 ibu n anak sihat.. tahniah...
Quote starbug7 16-10-2019 11:12 AM
Takkan tak rasa baby menendang?
Quote ais_kosong 16-10-2019 11:14 AM
Alhamdulillah.. rezeki sungguh
Quote haryatie 16-10-2019 11:15 AM
pelik nya org ni
kerja sbg Pembantu Perubatan pun x buat check up kat hospital
boleh lak berurut jerk ingat kena busung
ni mesti sejenis yg masih percaya pd dukun/bomoh lg ni
kwn ofis aku yg mcm ni
sikit2 ank nangis sbb hantu setan..
asal pegi mana ada la hantu /setan kacau ank dia
tengok ank x comel pun..berkerak jerk
Quote violetungu 16-10-2019 11:17 AM
Seronoknya camni tak payah susah payah dengan appointment ke klinik,cucuk sana cucuk sini.sedar2 dapat anak.senangnya.
Quote adelea 16-10-2019 11:18 AM
msdummy.2018 replied at 16-10-2019 11:04 AM
takkan dia xpelik haid xdtg?erkkk

haid x teratur
biasanya pompuan gini dia x heran dah
dgn period dia , sbb mmg tak normal
kejap datg kejap tidak

macam my fren , period je cam biasa
tapi tetiba , rasa cam ada bende gerak2 dlm perut

gi check dokter kata dah pregnant 6 bulan
ambikkk kauu , bos pon pening dia tetiba nak maternity leave
Quote prettyuglybabe 16-10-2019 11:21 AM
haryatie replied at 16-10-2019 11:15 AM
pelik nya org ni
kerja sbg Pembantu Perubatan pun x buat check up kat hospital
boleh lak berurut j ...

pompuan beranak tu patient..
yang cerita ni kerja pembantu perubatan..
yang cerita bukan lah perempuan beranak tersebut
Quote haryatie 16-10-2019 11:23 AM
prettyuglybabe replied at 16-10-2019 11:21 AM
pompuan beranak tu patient..
yang cerita ni kerja pembantu perubatan..
yang cerita bukan lah per ...

owhhhh silap faham
maafff........
Quote fliphair8 16-10-2019 11:26 AM
Memang kuasa Allah, hakak tak leh bayangkan suami isteri ni punya kegembiraan...mesti laah suami isteri ni menatang anak bagai minyak yg penuh...ni mmg rezeki yang tak disangka2

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040542 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top