Bertimpa-timpa pula nasib malang yang menimpa Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red. Sebelum ini kecoh bila isterinya, penyanyi Adira failkan penceraian.
Kali ini anak perempuan Datuk Red, Aziera, 20 juga dalam proses penceraian.
"Mereka (anak dan menantu) pun nak bercerai, Allah duga saya sangat kuat. Anak saya baru 20 tahun dan usia perkahwinannya juga baru masuk setahun. Pada saya, ini semua akibat saya alpa dengan kehidupan dunia??? Inilah balasannya," katanya kepada Gempak. Datuk Red ada memuat naik foto bersama anaknya yang berada di di Mahkamah Syariah Rendah Kuala Selangor. Aziera merupakan anak hasil perkahwinan pertama Datuk Red dengan bekas isteri ketika berusia 20 tahun dan hanya bertahan selama lima tahun sahaja.
Walaupun dirinya sendiri sedang sedih namun Datuk Red lebih bersimpati dengan nasib Aziera. "Dia jenis berahsia, dari dulu dia hidup sendiri. Itu yang saya kasihan dengan nasib dia. Anak saya ini, kalau dia tak susah dia memang tak akan hubungi saya. Namun dia juga rapat dengan Datin Red," tambahnya. Bersabarlah ya Datuk Red. Dugaan, semoga semuanya dipermudahkan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|