|
Datuk Siti Nurhaliza, 40, hari ini meluahkan rasa kesal di Instagramnya ke atas pelbagai pihak yang menyalahgunakan nama anaknya dalam perniagaan mereka. Mengulas mengenai perbuatan itu, penyanyi tersebut mengatakan beliau sedar ramai akaun palsu Instagram menggunakan nama anaknya tanpa kebenaran. Akaun-akaun itu berlindung di sebalik nama Aafiyah untuk menjual dan mempromosi pelbagai barangan tanpa izinnya. Menurut Siti lagi, beliau dimaklumkan oleh peminat dan pihak pengurusannya berkenaan tindakan yang tidak bertangunggjawab oleh individu-individu itu.
Kredit foto: Instagram 'Saya menerima aduan dari peminat bahawa banyak akaun Instagram menggunakan nama anak saya untk menjual barangan walaupun bukan produk keluaran syarikat saya' kata Siti lagi. Siasatan Mstar mendapati kebanyakan akaun-akaun itu memiliki pengikut yang ramai sehingga ada yang mencecah 200 ribu. Menurut Siti lagi, beliau berharap peminat tidak terjebak dengan penipuan tersebut dan berharap mereka berhati-hati terhadap penyamar yang menjual barangan di akaun tersebut. Beliau turut menggesa penjual-penjual barangan di Instagram supaya berniaga dengan jujur dan tidak menggunakan akaun palsu. Untuk rekod, Siti Aafiyah adalah nama cahaya mata tunggal Siti Nurhaliza, hasil perkahwinanya dengan usahawan Datuk Seri Khalis Mohammad Jiwa pada tahun 2006.- CARI |
aemon replied at 16-10-2019 11:39 AM
kesian baby piyah..pandai exploitasi populariti ya penjual2 online.siap ada dm review lg.
doubleA replied at 16-10-2019 04:27 PM
Dari piyah lahir sampai sekarang memang potostat dk tol rupa piyah
fliphair8 replied at 16-10-2019 11:34 AM
Aafiyah ni muka tok k sungguh....sekian
doubleA replied at 16-10-2019 04:27 PM
Dari piyah lahir sampai sekarang memang potostat dk tol rupa piyah
dewi_rina replied at 16-10-2019 04:37 PM
Penat ct pakai sedondon, lepas tu pakai kan aafiyah tudung nak bagi nampak rupa dia
Tetap jugak o ...
dewi_rina replied at 16-10-2019 04:35 PM
Bukan mcm abam bocey ke?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.695227 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.