CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kedai Teh Di Filipina Perkenal Kentang Goreng Boba, Tak Kembang Tekak Ke?

16-10-2019 10:28 AM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 4571| Komen: 14|Original author: Oleh: ramossterritory

Baru-baru ini, umum maklum mengetahui kebangkitan trend Boba Hunting semakin menular dalam kalangan masyarakat. 

Kedai-kedai ternama teh buih atau Boba seperti Tiger Sugar, The Alley, Gong Cha dan Tealive masing-masing diserang pelanggan yang mengikuti trend semasa dan ia bukan satu perkara asing untuk kita lihat kedai-kedai ini mempunyai barisan pelanggan yang lebih panjang dari kaunter di panggung wayang.

Namun, sebuah perniagaan teh buih di Filipina telah mencipta sebuah lagi menu berkaitan Boba yang mungkin kedengaran agak aneh. Perkenalkan, kentang goreng boba!


Kredit Foto: Facebook The Pearl Fajardo

The Pearl Fajardo, perniagaan yang mencipta snek ini menggelarkannya Triple Treats. Ketika kedai-kedai lain menjamu pelanggan mereka dengan kentang yang disertakan sos, mayonis atau sos keju di atasnya, The Pearl Fajardo secara yakinnya menyertakan boba di atas kentang goreng mereka. 


Seperti dijangka, respons yang diterima oleh warganet pada ruangan komen pastinya mengecam sekeras-kerasnya kombinasi ganjil ini.


Antara Respon Warganet di Facebook The Pearl Fajardo

Namun, The Pearl Fajardo turut menyediakan pelbagai lagi menu yang lebih diterima akal seperti Twister Fries dan Teh Susu Avokado, juga akan datang; ayam goreng. 

Ada juga pihak yang mengatakan Kentang Goreng Boba ini cuma sebahagian dari gimik pemasaran mereka.


Kredit Foto: Facebook The Pearl Fajardo

Jadi, yang mana merancang untuk melancong ke Filipina tu, agaknya korang akan singgah dan cuba Kentang Goreng Boba ke tak? - CARI
15

Bagus
15

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
17

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote thetimes 16-10-2019 10:39 AM
Tak lalu
Quote fliphair8 16-10-2019 10:50 AM
pelik2 nya lahai tekak bebudak jaman ni
Quote niena90 16-10-2019 11:40 AM
Wekkk Wekkkkk! Kentang goreng kena la makan panas2 sudahnya kena tuang dgn boba euwwww. Mati selera terus
Quote Artemesiaa 16-10-2019 11:45 AM
Macam tak berapa nak kena jer combinasinya tu rasa pun mau jadi pelik
Quote Eric.n9 16-10-2019 12:13 PM
ni mesti kawan aku suka menu ni.
Dia suka makan kentang goreng cecah dlm pepsi
Quote RatuDunia94 16-10-2019 01:04 PM
Makanan mcm ni sejenis org akan makan sekali sbb nk try or begambar jah.. pastu xde makna nak repeat lg..
Quote MsKathryn 16-10-2019 02:01 PM
Mcm x sesuai je..
Quote ikanmasin 16-10-2019 02:41 PM
memacam lah..yg batak like sangguplah tuu..
Quote noorhairiahma 16-10-2019 03:17 PM
tak semua makanan boleh dibobakan.

aiyooooo...

Quote cik.peah 16-10-2019 04:10 PM
tak garing la fries dah kena air. tak best tak best.
Quote shark_eow7 16-10-2019 04:33 PM
kentang makan ais krim aku okey lagi dari kentang makan dengan boba.
Quote Psfzi 16-10-2019 11:37 PM
Mcm x kena jek. Geli weh... sedap ke?
Quote tuttt 17-10-2019 10:19 AM
Boba ni mcm taik kambing pun ado tengok
Quote tuberoses 17-10-2019 10:25 AM

segala benda nak di bobba kan nye

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.128460 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top