Lelaki didakwa merogol seorang bintang pop Jepun setelah sekian lama mengintip gambar-gambar swafoto mangsa. Memetik The Sun, suspek mengetahui tempat tinggal wanita itu melalui bayangan yang dipantulkan pada anak mata mangsa.
Hanya dengan melihat pantulan dalam anak mata mangsa yang dimuat naik ke media sosial, Hibiki Sato, 26, dapat mengenal pasti perhentian bas dan pemandangan sekeliling bagi menjejaki tempat tinggal Ena Matsuoka, 21. Peminat fanatik Ena itu didakwa melakukan serangan seksual terhadap ahli kumpulan pop Jepun Tenshitsukinukeniyomi berkenaan di luar rumah mangsa di Tokyo, Jepun. Suspek dikatakan menarik mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah ke kawasan gelap sebelum merogolnya pada 1 September lalu. Difahamkan, sebaik Ena tiba berhampiran kawasan perumahannya, suspek yang menunggunya di tempat kejadian mengekori mangsa sebelum menekup mulutnya dengan sehelai kain. Sato yang ditahan polis didakwa melakukan serangan seksual terhadap mangsa hingga mengakibatkan kecederaan. Suspek memberitahu polis bahawa dia menggunakan Google Maps bagi mengesahkan lokasi perhentian bas berhampiran tempat tinggal penyanyi itu. Untuk mengukuhkan lagi 'hasil penemuannya', suspek turut meneliti kedudukan langsir dan arah cahaya matahari yang masuk melalui tingkap untuk menentukan mangsa tinggal di tingkat berapa. Sehingga kini, kes masih dalam siasatan polis. - CARI
|
CiliPadiSedap: muka cm cina bukit ada hati nak rogol orang? cuba jadi cm kurex, humble je
eLiaD replied at 16-10-2019 06:08 PM
detective Conan versi perogol
ADVERTISEMENT