“Saya harap siasatan polis akan mengambil kira semua sudut, termasuk kemungkinan pembabitan individu lain dalam pembunuhan kejam adik dan anak saudara saya.”
Itulah yang dikatakan oleh Munira Bidin, 29 kakak kepada Norfazera, 27 mangsa bunuh yang dikerat lapan bersama anak lelakinya berusia 11 tahun di Kampung Ladang, Krubong pada 10 Oktober lalu. Semalam, media melaporkan bagaimana ibu mangsa berasa begitu trauma dengan kejadian yang menimpa pada anaknya. Munira yang bakal bersanding pada Ahad ini, nyata berasa tawar hati kerana terlalu sedih dengan kes yang mengejutkan itu. “Sebagai kakak yang sangat rapat dengan arwah, terlalu sukar untuk kami menerima kenyataan itu apatah lagi ia berlaku ketika hampir dengan hari perkahwinan saya Ahad ini.
“Malah, saya sebenarnya sudah tawar hati untuk bersanding, namun terpaksa diteruskan kerana semua tempahan sudah dibuat, kad jemputan juga diedarkan, tetapi majlis hanya dibuat secara sederhana. “Banyak perancangan majlis bersama arwah perlu dibatalkan dan digantikan dengan alunan zikir, bacaan Yasin dan tahlil untuk arwah adik dan anak saudara,” luah Munira kepada Harian Metro. Katanya lagi, dia memohon semua pihak menghentikan andaian dan spekulasi bukan-bukan tentang keluarganya. “Tolonglah hentikan penyebaran maklumat yang tidak sahih, terutama apabila dikaitkan dengan masalah keluarga sedangkan kami, arwah, suami dan keluarga mentuanya sangat baik dan rapat,” katanya. Buat masa ini, keluarga mangsa masih menantikan keputusan DNA dan dalam proses menguruskan pengebumian jenazah adik serta anak saudaranya itu. “Saya merayu dan berharap pihak berkenaan mempercepatkan proses pengesahan supaya kami dapat segera menyempurnakan urusan kedua-dua jenazah," katanya. - CARI
|
dibatalkan dan digantikan dengan alunan zikir, bacaan Yasin
awanearisu replied at 17-10-2019 12:40 AM
Yang suami dakwa mangsa baling hadiah keluarga. Yang kakak pula dakwa hubungan mereka semua baik.
...

ADVERTISEMENT