CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Saman Istana Buckingham, Lelaki Dakwa Dirinya Pewaris Takhta Yang Sah

17-10-2019 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7031| Komen: 43

Seorang lelaki nekad memfailkan saman terhadap Istana Buckingham selepas mendakwa dirinya adalah pewaris takhta yang sah keluarga Diraja Britain.


Francois Graftieaux

Kredit foto: Mirror

Memetik Mirror, lelaki itu mendakwa neneknya menjalin hubungan sulit dengan Raja Edward VIII.

Francois Graftieaux, 73, dikatakan pernah memohon sampel DNA daripada Ratu Elizabeth II sebanyak dua kali, tetapi permintaannya itu tidak dilayan.


Kredit foto: Vanity Fair

Kata Graftieaux, keluarganya digugurkan daripada susur galur keturunan Diraja pada awal 1900-an berikutan perhubungan terlarang itu.


Dakwanya, bapanya, Pierre-Edouard merupakan anak hasil hubungan neneknya, Marie-Leonie Graftieaux, seorang tukang jahit Perancis dengan Prince of Wales ketika itu.

Bagaimanapun, Graftieaux mendakwa Pierre-Edouard tidak pernah menaiki takhta selepas Raja ketika itu melepaskan kuasanya kerana mendapat tekanan hebat daripada keluarga Diraja dan Kerajaan British.


King Edward VIII
Kredit foto: Mirror

Marie-Leonie Graftieaux
Kredit foto: Mirror

Keadaan itu menyebabkan keluarganya hilang tanah, gelaran dan kekayaan membuat dia nekad memaksa keluarga Diraja memasukkan nama neneknya ke dalam buku sejarah.

Di bawah undang-undang negara itu, keluarga Diraja tidak boleh didakwa di bawah undang-undang jenayah dan tidak disaman melalui mahkamah sivil.

Graftieaux bagaimanapun yakin istana Buckingham boleh dikenakan tindakan sivil.

Namun, lelaki itu menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berminat jika ditawarkan pampasan ganti rugi.


Ibu bapa Francois Graftieaux, Pierre-Edouard Graftieaux dan Marie-Rose Graftieaux
 Kredit foto: Mirror

Sebaliknya, dia hanya mahu sejarah keluarga Diraja itu diubah bagi mencerminkan kedudukan keluarganya dalam keturunan keluarga diraja Britain.

Katanya, dia dan bapanya sekurang-kurangnya diiktiraf sebagai bangsawan.

"Sebagai waris terakhir keluarga Graftieauxs, saya akan melakukan apa sahaja tindakan yang boleh dan perlu diambil untuk melindungi warisan kami selain memberi kesedaran tentang salah satu skandal seks Diraja," ujarnya.

Difahamkan, Graftieaux yang kini tinggal di Portugal menulis surat kepada Istana Buckingham buat kali ketiga pada minggu ini.


Kredit foto: Mirror

Jika permintaan terakhir ini diabaikan juga, dia mungkin mengambil tindakan undang-undang untuk memaksa siasatan  di bawah peruntukan Akta Hak Asasi Manusia. - CARI
2

Bagus
2

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 17-10-2019 12:37 PM
percayalah, benda yg sama akan terjadi untuk takhta Kelantan dimasa akan datang..
Quote sarah82 17-10-2019 12:39 PM
Wakakaka.. Kejadah.. Edward III sendiri tak pernah iktiraf.. Mmg ada kes anak luar nikah jadi Raja kat england.. Tp lama doh punya cerita.
Quote sarah82 17-10-2019 12:39 PM
Mfzg89 replied at 17-10-2019 12:37 PM
percayalah, benda yg sama akan terjadi untuk takhta Kelantan dimasa akan datang..

Tak yah Kelantan.. Perak pun ada klaim.

Kelantan lain sikit.. Sah2 anak selar russia tu kalau mmg berDNA ex suami tetap takkan dpt takhta
Quote Mfzg89 17-10-2019 12:40 PM
sarah82 replied at 17-10-2019 12:39 PM
Wakakaka.. Kejadah.. Edward III sendiri tak pernah iktiraf.. Mmg ada kes anak luar nikah jadi Raja k ...

30-50 tahun akan datang benda sama akan jadi kat kelantan..
Quote sarah82 17-10-2019 12:44 PM
Mfzg89 replied at 17-10-2019 12:40 PM
30-50 tahun akan datang benda sama akan jadi kat kelantan..

Kelantan ni lain sikit setiap 3-4 sultan dari keluarga yg sama akan beralih kuasa pada keluarga lain walaupun dlm keturunan sama sbb perebutan kuasa.. Even hat la ni pun bukan dari keturunan pewaris yg sepatutnya memerintah Kelantan.

Plus dgn undang-undang tubuh negeri depa yg menjaga tahta dari diwarisi oleh sultan yg bukan berdarah melayu dari kedua2 belah parents.. Maka akan invalid dia punya claim
Quote Mfzg89 17-10-2019 12:48 PM
sarah82 replied at 17-10-2019 12:44 PM
Kelantan ni lain sikit setiap 3-4 sultan dari keluarga yg sama akan beralih kuasa pada keluarga la ...

lain skit pn ada 1001 cara depa boleh buat kalau nak claim. tapi mmg yakin benda ni akan jadi gak.lagi2 bila sultan tu sendiri xnak sbuat DNA bila exbini suruh..lagi mudah depa nk cari jln claim tahkta.

Quote sarah82 17-10-2019 12:51 PM
Mfzg89 replied at 17-10-2019 12:48 PM
lain skit pn ada 1001 cara depa boleh buat kalau nak claim. tapi mmg yakin benda ni akan jadi gak. ...

Sebenarnya bini tu nak malukan sultan saja.. Hahahahaaha.. Dia pun tak yakin.. Kalau dia yakin why pi mahkamah russia.. Bawa ke mahkamah malaysia la..
Quote sharlenetexas 17-10-2019 12:54 PM
Mfzg89 replied at 17-10-2019 12:40 PM
30-50 tahun akan datang benda sama akan jadi kat kelantan..

Waris2 yg sah kerabat akibat pertikaian perlantikan zaman dulu boleh je nak tuntut takhta. Tak payah tunggu leon 20 tahun lagi.
Quote Mfzg89 17-10-2019 12:59 PM
sarah82 replied at 17-10-2019 12:51 PM
Sebenarnya bini tu nak malukan sultan saja.. Hahahahaaha.. Dia pun tak yakin.. Kalau dia yakin why ...

Tapi rasanya cara terbaik sultan x boleh terus berdiam diri gak.buat je DNA, jgn sampai si budak tu dah besar beranak pinak satgi lgi parah bila semua keturunan dia claim ada link dgn sultan kelantan.. kang x pasal huru hara masa depan kelantan..  
Quote sarah82 17-10-2019 01:00 PM
Mfzg89 replied at 17-10-2019 12:59 PM
Tapi rasanya cara terbaik sultan x boleh terus berdiam diri gak.buat je DNA, jgn sampai si budak t ...

Rasa2 dah buat atau belum bila Peguam Sultan keluarkan kenyataan ttg DNA tu? Hahahaha
Quote cmf_premierleag 17-10-2019 01:16 PM
tajuk Malaysia news lagi 50 tahun akan datang :

Tengku Leon Petra Nak Saman Istana Telipot Kota Bharu kelantan, Dakwa Dirinya Pewaris Takhta Yang Sah

antara petikan berita
"menurut bondanya Rihanna Oksana Vivodina, bekas ratu moscow, beliau berkawen dgn abe gong dgn kemeriahan majlis yang terdapat acara sarkis di sebuah dewan di moscow ............................
Quote CiliPadiSedap 17-10-2019 02:07 PM
cmf_premierleag replied at 17-10-2019 01:16 PM
tajuk Malaysia news lagi 50 tahun akan datang :

Tengku Leon Petra Nak Saman Istana Telipot Kota B ...

tajuk 20 tahun lagi, tengku leon suka make budu, sedak boh
Quote TravellingBear 17-10-2019 02:09 PM
Muka ada iras2 Abe James kihkihkih
Quote jalfa 17-10-2019 02:17 PM
Lawak seh perihal abe gong..tp edward III  tu hensemnya lahai...agaknya leon akan jadi kegilaan anak dara la 20 tahun akan datang...so acik porem patut beranak la dari skrg untuk cakar yestana kelatam...hahah
Quote batmana 17-10-2019 02:25 PM
move on ajala
sultan melaka dah byk kali try
Quote aechae 17-10-2019 02:30 PM
jalfa replied at 17-10-2019 02:17 PM
Lawak seh perihal abe gong..tp edward III  tu hensemnya lahai...agaknya leon akan jadi kegilaan anak ...

Jauhhh ko pikir kak
Klu leon tu x blk mesia, nk kna hntar ank kite study kt rusia nun pulak..
Quote damian_lee 17-10-2019 02:37 PM
tapi kalau baca history raja2 england ni ... penuh dengan skandal ....
menarik sangat baca ...

macam menonton drama2 korea ... yang permaisuri2 ... puteri2 .. gundik2 ... rampas takhta ....

Quote TravellingBear 17-10-2019 02:46 PM
Muka acik Francis Ada iras2 Abe James
Quote AbukRokok 17-10-2019 03:04 PM
sultan melaka versi England

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.042226 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top