CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menakutkan! Ini Rupanya Simptom Depression, Jangan Buat Main

18-10-2019 11:33 AM| Diterbitkan: FatinNazu| Dilihat: 10067| Komen: 55|Original author: fnz

Gambar sebagai hiasan

Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan, Sulli atau nama sebenarnya, Choi Jin-ri yang dipercayai berpunca daripada masalah kemurungan yang melampau.

Menurut perkongsian di gempak.com, penyakit kemurungan atau dikenali sebagai depresi dapat dilihat melalui perubahan mood, emosi, kelakuan, kognitif, hubungan intim, rutin tidur serta fizikal seseorang.

Tanda Kemurungan Kalangan Lelaki

Simptom depresi atau kemurungan dalam kalangan lelaki adalah seperti berikut: 
  • Mood: kemarahan, keagresifan, kerengsaan, kebimbangan, keresahan 
  • Emosi: rasa kekosongan, sedih, putus harapan 
  • Kelakuan: hilang minat, tidak lagi berasa seronok dalam aktiviti kegemaran, mudah rasa letih, terfikir untuk bunuh diri, minum secara melampau, penggunaan dadah, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berisiko tinggi
  • Hubungan intim: nasfu menurun, kurang melakukan aktiviti persetubuhan
  • Kognitif: ketidakupayaan untuk fokus, kesukaran menyiapkan tugasan, respon yang lambat ketika berbual
  • Tidur: insomnia, gangguan ketika tidur, rasa mengantuk berlebihan, tidak dapat tidur malam
  • Fizikal: keletihan, kesakitan, sakit kepala, masalah penghadaman

Tanda Kemurungan Kalangan Wanita

Simptom depresi atau kemurungan dalam kalangan wanita adalah seperti berikut:
  • Mood: kerengsaan
  • Emosi: rasa sedih atau kosong, cemas atau putus harapan
  • Kelakuan: hilang minat dalam kegiatan yang dilakukan, menjauhkan diri, terfikir untuk bunuh diri
  • Kognitif: berfikir atau bercakap lebih lambat
  • Tidur: kesukaran tidur malam, terjaga awal, tidur terlalu lama
  • Fizikal: tenaga berkurangan, keletihan melampau, perubahan selera makan, berat badan, sakit-sakit, sakit kepala, meningkatkan kekejangan

Tanda Kemurungan Kalangan Kanak-Kanak

Simptom depresi atau kemurungan dalam kalangan kanak-kanak adalah seperti berikut:
  • Mood: kerengsaan, kemarahan, mood berubah, menangis
  • Emosi: perasaan ketidak cekapan (contohnya; "Saya tidak boleh melakukan sesuatu yang betul") atau berputus asa, menangis, kesedihan melampau
  • Kelakuan: mengalami masalah di sekolah atau tidak mahu ke sekolah, mengasingkan diri daripada rakan atau adik-beradik, fikirkan kematian atau bunuh diri
  • Kognitif: kesukaran untuk fokus, kemerosotan prestasi pembelajaran, perubahan dalam gred
  • Tidur: sukar tiduratau tidur terlalu lama
  • Fizikal: kehilangan tenaga, masalah penghadaman, perubahan selera makan, kehilangan atau penambahan berat badan 

Ambil tahu untuk setiap perubahan yang berlaku pada orang yang anda sayangi. Jika terdapat gejala ini, cuba dekati mereka. Cakap secara baik, bersangka baik dan cuba bantu semampu yang anda boleh. Jika tidak mampu dilakukan secara perbualan depan-depan, kirimkan teks menerusi aplikasi WhatsApp atau mesej ringkas. Jangan sesekali berasa putus asa untuk membantu mereka kerana golongan seperti ini memang akan menjauhkan diri dan tidak mahu dibantu.

Jika anda sudah mencuba dan tidak berdaya, lantik atau hubungi pakar untuk membantu. Jangan biar atau tinggalkan mereka begitu sahaja, bertindak sebelum terlambat.- CARI 
1

Bagus

Marah
3

Terkejut
2

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 18-10-2019 11:50 AM
Kekuatan iman dan kepercayaan kepada tuhan yang kuat ...yang boleh menghalang semua manusia dari penyakit depresi. .....
Quote noor2 18-10-2019 11:52 AM
Untuk anak2. ..pentingnya peranan ibu bapa...hubungan yang rapat dan hubungan yang baik antara ibu bapa dengan anak2 boleh menghalang dari penyakit depresi....

Bagi anak2 yang kehilangan ibu bapa. .peranan masyarakat amat penting ...jangan biarkan mereka terabai dan terasa tersisih. ...
Quote buragazz 18-10-2019 12:31 PM
Ok aku ada sorang kawan perempuan dia ni nak jadi kan cerita bapak yang tinggal dengan dia tu bapak tiri pastu maknya mak kandung.. awal september hari tu Mak kawan aku ni meninggal.. since than kawan aku ni cam kemurungan.. jadi ada kawan aku sorang lagi ni pulak dia kesian kat kawan aku yang kemurungan ni dan tolong dia bagai nak rak uruskan kenduri arwah pastu bawak dia gi keje hantau balik sampai satu tahap kawan aku yang membantu ni dah hilang rasa simpati sebab kawan aku si murung ni tetap takde perubahan malahan jadi tambah teruk..

Kejap2 tak datang keja pastu klu dtg kata ada suara mengatakan macam dalam fikiran dia pastu balik camtu jer..

Aku kiranya jadi orang tgh sebab kawan aku yang membantu ni dok mengadu ngan aku.. aku pulak ada sejarah keluarga iaitu mak cik aku baru je baik kemurungan setelah 5 tahun kot berubat..

So apa harus aku buat ekk.. silap2 kang aku pulak murung...
Quote Artemesiaa 18-10-2019 01:05 PM
Selain dari sokongan kawan dan orang sekeliling dia sendiri kena kuat melawannya sendiri, kalau sekadar berharap orang lain saja untuk bantu belum tentu dia akan berjaya keluar darinya.
Quote kakyungpilah85 18-10-2019 01:10 PM
lagi satu hubungan dengan tuhan pon kena jaga...sampai saat kita rasa macam kita dah putus harapan bergantung haraplah pada tuhan...doa banyak2 semoga kita kuat melalui dugaan ni
Quote Iris. 18-10-2019 03:26 PM
Suruh kawan u heret kawan dia tu ke mana2 klinik kesihatan untuk buat DASS test, lepas tu dia akan refer doc dan keluarkan surat refer ke hospital. Tapi depends pada result daru doktor kkia lah..
Quote misssakura 18-10-2019 06:15 PM
buragazz replied at 18-10-2019 12:31 PM
Ok aku ada sorang kawan perempuan dia ni nak jadi kan cerita bapak yang tinggal dengan dia tu bapak  ...

minta dia gi hospital. nanti akan di refer ke pakar psy. bahaya tu kalo dibiar lama2 mcm tu.
Quote salmon-suki 18-10-2019 08:50 PM
Kalau dah ada symptom2 ni,terus g jmpe doc ye,,mtk doc diagnose betul ke x y korg depressed atau setakat stress...jgn nak post kt socmed plak dan dgn bangganya announce kt the whole world y ko tu depressed..

Aiolzs benci manusia cenggitu..
Quote armin 18-10-2019 11:29 PM
buragazz: Ok aku ada sorang kawan perempuan dia ni nak jadi kan cerita bapak yang tinggal dengan dia tu bapak tiri pastu maknya mak kandung.. awal september har ...

Kalau ada support pun tak membantu, sbb kwn u tu kena makan ubat dan diagnose baru elok sikit.
Quote dua_chzy 18-10-2019 11:39 PM
buragazz replied at 18-10-2019 12:31 PM
Ok aku ada sorang kawan perempuan dia ni nak jadi kan cerita bapak yang tinggal dengan dia tu bapak  ...


Elak makan ubat. Anti depressants ni selalu buat orang bunuh diri.

Takyah jumpa doktor. Jumpa doktor pon tak guna. Doktor tak membantu pon bagi akak.

Dia kena ubah mindset dia jah. Orang luar takleh tolong. Dia ja boleh tolong diri sundri.

Sentiasa percaya pada Tuhan atau whatever kuasa, something, yang kontrol alam semesta ni. Percaya if ngkau positif, hidup ngkau jadik positif.

Tak perlu jadik religious. Just be spiritual.

Ngkorang pula jangan layan depression dia sangat. If nak marah, marah ja. Tambah dimanja dikesian, tambah dia self pity, tambah teruk heshe jadinya. Akak tahu ummah depression ini energy vampire. Ngkau jangan ikut rentak dia. Memang tak membantu.
Quote buragazz 19-10-2019 08:00 AM
dua_chzy replied at 18-10-2019 11:39 PM
Elak makan ubat. Anti depressants ni selalu buat orang bunuh diri.

Takyah jumpa doktor. Jumpa ...

Terbaik... ini yang cuba kitaorang buat tapi orang keliling macm cakap kitaorang kejam...

Quote buragazz 19-10-2019 08:05 AM
Artemesiaa replied at 18-10-2019 01:05 PM
Selain dari sokongan kawan dan orang sekeliling dia sendiri kena kuat melawannya sendiri, kalau seka ...

Ini yang cuba kitorang lantakkan kat lubang telinga dia.. dia ni siap ada komitment bayar rumah bayar kereta.. dah le kete mahal bulanan walaupun kecik... tapi ntah la.. susah nak cakap...
Quote najib888 19-10-2019 12:49 PM
dua_chzy replied at 18-10-2019 11:39 PM
Elak makan ubat. Anti depressants ni selalu buat orang bunuh diri.

Takyah jumpa doktor. Jumpa ...

Seriously your suggestion tak membantu. Lebih kepada nasihat orang kampung.com..
memang lah ape2 hal, diri sendiri kene berubah. Tapi, dengan depression ni, sapa yg kena tau la. Nak ubah diri& mindset? Pada ketika tu, depa pun tak tau apa yg ada dlm mindset. Berserabut, bercelaru.. last2, depa pun tak tau apa yg depa pikir. Terlampau serabut—> kosong/lost hope/despair... yg selalu bermain dlm kepala, nak bunuh diri je.

Makan ubat tu salah satu jalan. SSRI type-selective serotonin reuptake inhibitor.. commonly prescribed Prozac. Ubat ni pun ada side effects, tapi at least ia boleh la stop kejap idea nak bunuh diri. Satu lagi, orang sekeliling kena bnyk bersabar.. cuba dengar luahan depa.. tapi jangan dilayan dengan penuh empati.. kalau boleh, jangan biarkan depa berseorangan.

Cara yg ok gak,  galakkan depa menulis/melukis apa yg terbuku dihati dan otak. Tulis je la apa pun..

Jumpa psychiatry tu is a must.
Quote dua_chzy 19-10-2019 01:04 PM
najib888 replied at 19-10-2019 12:49 PM
Seriously your suggestion tak membantu. Lebih kepada nasihat orang kampung.com..
memang lah ape2 ...


Akak ummah depresi la. Akak tau la apa akak taip. Pi la jumpa psiaktri dan telan ubat berkoyan2. Tengok kondisi ngko gets better or worse. Samada ubat tu mampo hilangkan depresi ngko atau eventually ngko perlu dos yang lagik tinggi hinggakan lama2 ngkau pi bunuh diri. Atau terfikir nak mati. Ngkau ingat Prozac tu bagus sangat takda side efek?

Ummah yang berjaya bebas dari depresi bukan karna bantuan doktor atau ubat dek - tapi will yang kuat dari diri sundri.
Quote dua_chzy 19-10-2019 01:06 PM
najib888 replied at 19-10-2019 12:49 PM
Seriously your suggestion tak membantu. Lebih kepada nasihat orang kampung.com..
memang lah ape2 ...

If takat makan ubat dan jumpa doktor boleh sembuhkan depresi, takdanya Chester Bennington tu gi mati.
Quote najib888 19-10-2019 01:06 PM
Aku tulis ni pun atas kapasiti aku yg pernah mengalami MDD. Major Depressive Disorder. Terpaksa aku extend study dkt setahun. Mood swing jgn cerita la. Within 10 minutes, boleh ada 4,5 mood. Boleh gelak terbahak2 then menangis dalam masa yg lebih kurang sama. Tak bercakap sepatah haram dengan housemate dekat 2 minggu. Final exam,  masuk 15 minit trus  aku keluar dewan, menangis sorg2. Nak makan tgh hari,  aku naik moto sorg2 nak makan kat kedai A, dah sampai kedai A, dengar suara halus bisik dalam hati, jom p kedai B. Trus ke kedai B. Sampai sana, suara tu cakap sini tak best. Last2,  balik rumah terus.. tak makan.
Bila tgk tv atau dengar lagu, rasa seolah2 tv & radio tu perli/ bercakap tentang aku.. I
Mcm2 lagi kot.

Ramai kot pakcik makcik yg skeptikal dengan medication hospital ni. Kata macam2. Tapi aku peduli apa. Almost 4 years kot suffer. Alhamdulillah, aku boleh cope dengan dugaan tu.
Quote jazaa100 19-10-2019 05:33 PM
buragazz replied at 18-10-2019 12:31 PM
Ok aku ada sorang kawan perempuan dia ni nak jadi kan cerita bapak yang tinggal dengan dia tu bapak  ...

Refer dia ke psikiatri....dia rasa kosong le tu....

Mcik kau pun sihat lepas dpt treatment psikiatri kannn
Quote jazaa100 19-10-2019 05:37 PM
dua_chzy replied at 18-10-2019 11:39 PM
Elak makan ubat. Anti depressants ni selalu buat orang bunuh diri.

Takyah jumpa doktor. Jumpa ...

Klu bawak pi jumpa psikiatri...bkn dorang di brain wash dulu ke...then klu tak blh, baru bg mkn ubat....

Akk tak tau procedure sebenar...tapi tu lah..nk bgtau, kena ada sesorang bg dia smangat sbb dia rasa hidup dia dah kosong...
Quote supernaturalee 19-10-2019 08:29 PM
najib888 replied at 19-10-2019 01:06 PM
Aku tulis ni pun atas kapasiti aku yg pernah mengalami MDD. Major Depressive Disorder. Terpaksa aku  ...

Alhamdulillah

So skrg depression u under control ke
Ape usaha u untuk cope the situation

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.063416 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top