CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Komik Putar Belit Fakta Sejarah Diedar Di Sekolah, Netizen Gesa Tindakan Tegas Kerajaan

18-10-2019 10:25 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 9913| Komen: 50|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Fakta sejarah berkaitan PKM telah diputarbelitkan dalam komik ini. Kredit foto: Facebook


Pengedaran komik berunsur politik secara percuma di sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) telah menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai.

Berdasarkan gambar-gambar yang tular di media sosial, komik berjudul 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' itu diterbitkan oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia.


Surat daripada Raymond Chong kepada pengetua sekolah dan prakata komik. Kredit foto: Twitter

Memetik surat bertarikh 8 Oktober 2019 yang ditandatangani Pengurus Muzium Kebudayaan Asia, Raymond Chong, komik tersebut bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang asal-usul, pembangunan, peluang dan cabaran yang dihadapi oleh inisiatif berkenaan.


Katanya, komik yang dihasilkan melalui kerjasama kurator muzium tersebut, Dr Hew Kuan Yau dan pelukis komik, Chong Po Ling atau lebih dikenali sebagai Tomato menerima sambutan yang menggalakkan di negara ini dan China.

"Buku komik ini juga dihadiahkan kepada Presiden Republik China, Xi Jinping oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25hb April 2019 sempena kunjungan beliau ke Forum Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Jalan Kedua yang berlangsung di Beijing," jelasnya.


Hew Kuan Yau merupakan seorang pemimpin DAP yang sering mencetuskan kontroversi kerana menyinggung sensitiviti perkauman. Kredit foto: Carian Google

Komik yang kontroversi itu dicetak dalam bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Melihat kepada dua muka surat yang tular dalam media sosial, komik tersebut didapati memutarbelitkan fakta sejarah berkaitan Parti Komunis Malaya (PKM) yang didakwa menjadi mangsa dalam operasi kerajaan menumpaskan anasir subversif dan pengganas ketika Zaman Darurat dahulu.

Komik tersebut turut memuatkan propaganda politik DAP khususnya yang bertujuan memburuk-burukkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Propaganda politik DAP turut diketengahkan. Kredit foto: Twitter

Sensiviti perkauman juga disentuh dalam komik itu dengan mendakwa kononnya orang Melayu tidak akan menerima Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri semata-mata kerana dia berketurunan Cina.

Netizen yang kesal dengan penyebaran komik berkenaan di sekolah-sekolah meminta Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengambil tindakan tegas bagi mengelakkannya daripada berulang.


Kredit foto: Twitter

Sementara itu, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan media bertarikh 17 Oktober menyatakan tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran komik tersebut ke semua institusi pendidikan termasuk sekolah.

"Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal," kata kementerian itu.


Kredit foto: Facebook

Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa kerana perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh menjejaskan keharmonian masyarakat di Malaysia. - CARI
1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cookingholic 18-10-2019 10:36 AM
1. Kita akan kaji
2. Kita akan bermesyuarat
3. Kita memberi amaran keras

Ulang balik no 1 sampai kiamat
Quote chicozinn 18-10-2019 10:37 AM
apa lagi tangkap la pihak2 berkaitan tu..cinkies da naik kaduk da ni nk tukar MALAYsia jadi CINAsia
Quote puteribaya 18-10-2019 10:39 AM
anak kecil main api......
Quote Forfoxache 18-10-2019 10:39 AM
Kay apa LKS PM

(Bikin panas)
Quote Ina8895 18-10-2019 10:45 AM
Buduh punya superbeliau hew kuan yau
Quote sapeka 18-10-2019 11:06 AM
Wah
Macam cara guna nak racun fikiran
Quote dino 18-10-2019 11:07 AM
ni la pujaan @dodolgemok. talibarut dap
Quote Kakalongmu 18-10-2019 11:08 AM
Depa nih, semakin diberi muka semakin memijak kepala
Quote chinatsu 18-10-2019 12:12 PM
diorang ni ingat melayu akan berdiam diri ke tengok benda macam ni berlaku?
Quote pumpkingirl 18-10-2019 12:15 PM
Dap ni memang sesuai jadi pembangkang jah..
Bodo2 manalah yg pilih deme ni jadi pemimpin
Quote kakyungpilah85 18-10-2019 01:19 PM
sejak PHancing memerintah ni makin melebih2 pulak puak2 ni kan
Quote epal21 18-10-2019 01:23 PM
Ni nak meracuni fikiran budak2 sekolah sebab #undi18. Pembangkang kena fikir strategi utk memenangi hati generasi twitter dgn budak2 bakal #undi18 ni. Iols cadangkan buat janji palsu sampai ke bintang,lepas tu buat2 terkejut menang pilihan raya and standby alasan "manifesto bukan kitab suci".
Quote Melorqe 18-10-2019 02:32 PM
mulanya aku ingat KPM yg suruh buat, rupanya suparman yg punya idea main edarkan je kat sekolah.
kalau mcm ni boleh masuk tong sampah je.
dah la bahasa malaysia pun tunggang langgang.
aku masih tak berapa faham  kat page Prakata tu dia nak sampaikan apa.
ayat tunggang langgang.

kalau korang ingat tahun lepas diaorang ada cadangan untuk ubah sejarah
memandangkan diaorang dpt tentangan, so diaorang guna cara mcm ni

- boikot lawak kampus

Quote CinnamonR 18-10-2019 02:40 PM
Lawak kampus tu kartunis sama ke yg buat??
Quote Lulong 18-10-2019 02:58 PM
Melorqe replied at 18-10-2019 02:32 PM
mulanya aku ingat KPM yg suruh buat, rupanya suparman yg punya idea main edarkan je kat sekolah.
ka ...

Alamak..anak akk mmg penggila komik ni..nk kena boikot la mcm ni
Quote Melorqe 18-10-2019 03:04 PM
Lulong replied at 18-10-2019 02:58 PM
Alamak..anak akk mmg penggila komik ni..nk kena boikot la mcm ni

sama la
my kids pernah beli, tapi i warning tak bg baca
dengan bahasa yg tak betul, lawak pun mcm kurang ajar.
Quote Eric.n9 18-10-2019 03:13 PM
Ayat dekat prakata tu ayat google translate ke?
Aku baca, aku sendiri pening balik.

Bagaimanapun, hati2 la semua, anasir2 ni dah makin kuat ada kat mana2.
Secara sedar atau tak sedar...
Quote R2D2 18-10-2019 03:43 PM
dh terang lagi bersuluh bila DAP dpt jawatan dlm kabinet
Quote dino 18-10-2019 03:44 PM
Eric.n9 replied at 18-10-2019 03:13 PM
Ayat dekat prakata tu ayat google translate ke?
Aku baca, aku sendiri pening balik.


level bm paling busuk. penggunaan perkataan ‘dan’, ‘hanya’ berulang2 dlm satu ayat.

mmg bermotif politik... tp mahacai ttp backup kan? mana @dodolgemok munafik?

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.149761 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top