CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kan Dah Jatuh Fitnah" - Lelaki 'Paw' Peniaga Asing RM5 Rupanya Bukan Orang DBKL

18-10-2019 10:55 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5520| Komen: 30|Original author: natrahn

Kredit foto: Sinar Harian

Satu rakaman video insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki tular di media sosial di mana seorang daripadanya mendakwa sebagai anggota DBKL.

Rakaman berdurasi 56 saat itu menunjukkan kejadian dipercayai berlaku di kaki lima hadapan sebuah kedai.


Punca pergaduhan itu bermula apabila lelaki 'DBKL' meminta wang sebanyak RM5 daripada peniaga yang menjual di kaki lima.

Ekoran keengganan peniaga memberikan wang, lelaki itu terus bertindak kasar terhadap peniaga dan memukul, menampar, herdik dan memarahi peniaga tersebut.

Namun begitu, jurucakap DBKL mengesahkan lelaki itu bukan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Peniaga asing meniaga tanpa lesen yang sah di tempat yang tidak dibenarkan adalah suatu kesalahan. Namun begitu, menyamar sebagai penjawat awam dengan niat menipu orang awam juga  merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Semoga bermanfaat. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 18-10-2019 10:59 AM
pok chik...slamat menjawab kat neraka nanti....rmi menyumpah pak chik di pagi JUmaat nie
Quote sapeka 18-10-2019 11:03 AM
Mohon pihak berwajib tangkap dan dakwa acik baju merah yang feeling jadi penguatkuasa dbkl dan memeras ugut orang awam
Quote Forfoxache 18-10-2019 11:05 AM
Kesian Rohingyan Madey nak buat little bangladesh kt kaki lima kotaraya kena penendang styrofoam ikan ntah bilanya stok. Ni baru sorang.

Bro Melayu tu pun temper kemain. Tak memasal pasal 5 hengget skang kena berdepan hukuman penjara atau denda atau dua2 skali.

Anyway, ada ke bukti dia mintak 5 hengget?
Quote hatikudus 18-10-2019 11:11 AM
Lebih sudu dari kuah...terlebih dbkl plak dia
Quote ikanmasin 18-10-2019 11:21 AM
tangkap lah penyamar2 yg mengaku keje gomen ni..bahaya btl
eksen betul ya siap pukul2 org,dgn kol konon2 panggil geng penguatkuasa
Quote reenz013 18-10-2019 11:37 AM
ni mesti ada apply keje kt dbkl x dpt
Quote Mfzg89 18-10-2019 11:52 AM
pakcik ni kaki drama.. call member x sampai 1 saat terus hello..

mohon ambil tindakan.. nak buat taik guna nama penguatkuasa...
Quote dekmieDandy 18-10-2019 11:53 AM
pok cik ni mesti babi ngan arak tak makan kan
Quote natrahn 18-10-2019 11:54 AM
Forfoxache replied at 18-10-2019 11:05 AM
Kesian Rohingyan Madey nak buat little bangladesh kt kaki lima kotaraya kena penendang styrofoam ika ...

khabarnya pakcik ni dah well known kat situ minta duit pada semua peniaga rm5.. kali ni ada orang rakamkan ..
moga pakcik ni kena tangkap, dakwa dan dipenjara atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam.
Quote natrahn 18-10-2019 11:55 AM
hatikudus replied at 18-10-2019 11:11 AM
Lebih sudu dari kuah...terlebih dbkl plak dia

terlebih dbkl <<<< lawak tau hahahaha
Quote natrahn 18-10-2019 11:57 AM
ikanmasin replied at 18-10-2019 11:21 AM
tangkap lah penyamar2 yg mengaku keje gomen ni..bahaya btl
eksen betul ya siap pukul2 org,dgn kol k ...

kan... jurucakap dbkl cakap

"Banyak pihak boleh mengaku mereka adalah dari DBKL, tapi orang awam boleh lihat perbezaan antara yang menyamar dengan anggota sebenar. Biasanya penguatkuasaan akan dilakukan secara berkumpulan. Jika ada anggota tidak memakai baju penguat kuasa, biasanya akan ada pula pegawai lain yang bersama mereka memakai uniform ketika bertugas"
Quote Artemesiaa 18-10-2019 11:58 AM
Dalam kes dua2 pun bersalah.  Yang satu sebab menyamar untuk dapatkan wang dan yang satu lagi meniaga tampa lesen di kaki lima jalan.
Quote Forfoxache 18-10-2019 11:58 AM
natrahn replied at 18-10-2019 11:54 AM
khabarnya pakcik ni dah well known kat situ minta duit pada semua peniaga rm5.. kali ni ada orang  ...

Menyebabkan kecederaan tak kena chas?

Senang member angkat tangan.

Kalau orang yang disalahi tu Pati haram camner plak?
Quote natrahn 18-10-2019 11:59 AM
Artemesiaa replied at 18-10-2019 11:58 AM
Dalam kes dua2 pun bersalah.  Yang satu sebab menyamar untuk dapatkan wang dan yang satu lagi meniag ...

kan..kantoi la dua-dua..
ntah-ntah memang ada DBKL sebenar mai pau kot huhu
Quote natrahn 18-10-2019 12:01 PM
Forfoxache replied at 18-10-2019 11:58 AM
Menyebabkan kecederaan tak kena chas?

Senang member angkat tangan.

pati nak report polis mesti takut...
masa buat report awal-awal mesti minta pengenalan diri which is passport..selalunya takde
jadi redha la dorang bayar duit aja n kena pukul macam ni hari-hari sebab ada orang ambil kesempatan atas kesempitan dorang berkelana dan meniaga secara haram kat situ
Quote Forfoxache 18-10-2019 12:03 PM
natrahn replied at 18-10-2019 12:01 PM
pati nak report polis mesti takut...
masa buat report awal-awal mesti minta pengenalan diri which ...

Senang masuk Msia.

Penguatkuasa makan duit sekepala berapa ratus kasi/kali lepas?
Quote natrahn 18-10-2019 12:07 PM
Forfoxache replied at 18-10-2019 12:03 PM
Senang masuk Msia.

Penguatkuasa makan duit sekepala berapa ratus kasi/kali lepas?

Awak..tu memang berita benar...
Saya ada dapat info pasal betapa senangnya masuk Malaysia ni guna tongkang... takut nak share sini huhuhu
Quote Forfoxache 18-10-2019 12:14 PM
natrahn replied at 18-10-2019 12:07 PM
Awak..tu memang berita benar...
Saya ada dapat info pasal betapa senangnya masuk Malaysia ni gun ...

Tongkang indon dia set-up business kat kg bharu/chow kit/ acheh support system

India muslim tongkang all the way from India dan Bangladesh ker? Jauh tuu

Ker Rohingyan yg dibelai kasih jemput dtg Malaysia dorang ni? Welfare dorang sapa nak jaga? India muslim sini amik pot ker?

Tu membiak tepi jalan cam little bangladesh dah jadi. Tak kan nak pergi Brickfields little india? Bloodshed nanti

Catch 22 situation. Why bring in problem when You cannot contain it?
Quote pokaibanktokyo 18-10-2019 12:47 PM
natrahn replied at 18-10-2019 03:54 AM
khabarnya pakcik ni dah well known kat situ minta duit pada semua peniaga rm5.. kali ni ada orang  ...

Takde bukti

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.042406 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top