CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Keluarkan Plasenta, Doktor Tersalah Rentap Keluar Rahim Pesakit

18-10-2019 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7983| Komen: 71

Seorang doktor Rusia berdepan tiga tahun penjara atas dakwaan menyebabkan kematian seorang pesakit wanita ketika melahirkan akibat rahimnya direntap keluar secara tidak sengaja.


Mangsa, Alisa Tepikina,22 mati akibat kesakitan yang teramat apabila doktor cuba mengeluarkan plasenta yang tertinggal dari rahimnya selepas dia melahirkan anak perempuannya. 

Namun, kesilapan berlaku apabila keseluruhan bahagian rahimnya telah direntap keluar sehingga menyebabkan wanita ini koma, lapor Daily Mail.

Bayi dan keluarga mangsa. Kredit foto: Dailymail

Dikatakan juga kejadian di Nizhneserginskaya, Rusia ini, mangsa hanya mampu tersenyum ketika melihat bayi perempuannya sebelum dia meninggal dunia selepas itu. 


Menurut ahli keluarganya, mereka mendengar jeritan mangsa ketika menunggu di luar.

Kesilapan yang dilakukan oleh doktor ini menyebabkan kehilangan darah yang banyak, kejutan dan kegagalan pada jantung pesakit.

Kredit foto: Dailymail

Ibu mangsa, Svetlana Malyukova, 42 berkata,

"Tiada maaf untuk doktor itu dan jangan cuba menghubungi kami lagi."

Bayi perempuan itu kini yang dinamakan Anya, dijaga oleh ibu  dan suami mangsa. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 18-10-2019 04:00 PM
Allah sakitnyaaa..
Quote jpbstarlife 18-10-2019 04:01 PM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote thetimes 18-10-2019 04:02 PM
Ngeri dengar
Quote shernazz 18-10-2019 04:05 PM
Mati disebabkan sakit yang teramat wei
Tak terjangkau dek akal
Quote holothurian 18-10-2019 04:06 PM
allahuakbar... kesiannya dia...
Quote haryatie 18-10-2019 04:07 PM
Ya Allah...ngeri nyaa
Quote Artemesiaa 18-10-2019 04:08 PM
Amat mengerikan takziah buat keluarganya
Quote chicozinn 18-10-2019 04:11 PM
actually masa aku pas bersalin pun nurse b4 tarik tali pusat utk kluarkan uri dorang akan picit2 perut bagi uri keluar skit baru tarik..tapi brita atas ni buatkan aku seriaau lak nk beranak..
Quote ell768 18-10-2019 04:20 PM
adussss....sampai koma dibuatnya...seriau aku dgr
Quote Eric.n9 18-10-2019 04:23 PM
Uh ni yang @Boomibulat  cerita tadi .
Aku yang lelaki ni pun seriau dengar
Quote fliphair8 18-10-2019 04:24 PM
Allahu, baca pun dah rasa nak pitam....puak2 rusia ni mmg laaa hooligan...
Quote orgsepang 18-10-2019 04:28 PM
Ngilu membayangkan.
Quote Bunga88 18-10-2019 04:35 PM
Saiz rahim ni kecik je kan..
Quote CiliPadiSedap 18-10-2019 04:51 PM
chicozinn replied at 18-10-2019 04:11 PM
actually masa aku pas bersalin pun nurse b4 tarik tali pusat utk kluarkan uri dorang akan picit2 per ...

beranak keluar perut je sis, ceaser tak perlu tarik placenta kira bedah perut jahit semula. cukup 6 anak ada sixpack
Quote seri_mawr 18-10-2019 05:00 PM
ell768 replied at 18-10-2019 04:20 PM
adussss....sampai koma dibuatnya...seriau aku dgr

bukan takat koma...mati.......
Quote tri-max 18-10-2019 05:29 PM
arrgggghhh gilu baca.....

Quote ikanmasin 18-10-2019 05:32 PM
sedih nya baca..mati disebabkan kesakitan yg amat sangat..
sampai family bole dengar tu di luar ..bayangkan lah betapa
sedih pilu family perempuan ni..baby pun hilang mak..
Quote clarizsa 18-10-2019 05:42 PM
Menakutkan
Kesian dia
Baby nama comel
Cam nick forumer senior
Anya
Quote Malaysia.Doom 18-10-2019 05:46 PM
Nyeri pepek Dan perut meols

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.162563 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top