"Betul ke rakyat Malaysia ni memilih kerja?" Itu persoalannya.
Apabila Menteri dan ramai lagi yang menyatakan orang Malaysia atau lebih tepat anak muda sekarang menganggur kerana memilih kerja, ianya kurang tepat. Golongan ini sebenarnya tidak memilih kerja, hatta sanggup melakukan kerja rencam atau 3D (Dirty, Dangerous, Difficult) asalkan gaji yang diperoleh banyak. Masalahnya, gaji yang baru diluluskan kabinet pun baru RM1,200, bagaimana dengan gaji mereka yang bekerja 3D pula, mestilah kurang dari jumlah tersebut. Jika menyamai sekalipun mestilah kerjanya berbelas jam sehari, hampir tiada cuti atau hanya sehari atau dua hari sebulan.
Jadi, anak muda ini menegaskan pendirian mereka. Yang sebenarnya faktor gaji adalah faktor utama untuk bekerja, bukannya jenis pekerjaan itu sendiri. Bayangkan jika gaji tukang sapu berjumlah RM5,000 sebulan, pasti ada yang sukarela bekerja kan? Sememangnya inisiatif kerajaan mewujudkan pekerjaan boleh diberi kredit, tetapi dengan gaji yang sangat minima, lebih ramai memilih untuk terus memilih kerja atau pun bekerja di luar negara, misalnya Singapura. Antaranya kerja sebagai tukang cuci di Singapura yang bila ditukar mata wang Malaysia, gajinya adalah RM7,000 sebulan. Selain itu, ramai juga berebut peluang pekerjaan yang rendah keperluannya tetapi menawarkan gaji lumayan seperti staf penerbangan walaupun mereka mempunyai ijazah dan Master. Sedangkan gaji untuk pekerjaan eksekutif sendiri pun tidak setimpal dengan beban kerja, inikan pula kerja 3D yang lebih terdedah dengan bahaya tapi gaji sangat mengecewakan. Ternyata luahan anak muda ini ada benarnya kerana Khazanah Research Institute (KRI) pernah membuat kajian yang golongan belia tidak memilih kerja. Setelah kajian dilakukan badan berwajib dan luahan anak muda, isunya sekarang ialah bagaimana untuk menaikkan gaji sesuai dengan situasi semasa. Anda ada idea? - CARI |
noradaniez: Anak aku baru habis belajar. Bulan depan konvo. Skg tgh cari kerja tetap. Tp sblm dpt tu dia kerja kat mitec. Ambil upah cuci pinggan dan kerja kateri ...
chinta89 replied at 20-10-2019 03:06 PM
sb tu ramai student kalau duk oversea sanggup kije basuh pinggan mangkuk, kije cuci toilet.. tp kala ...
noradaniez replied at 18-10-2019 06:40 PM
Anak aku baru habis belajar. Bulan depan konvo. Skg tgh cari kerja tetap. Tp sblm dpt tu dia kerja k ...
ADVERTISEMENT