Pasangan kembar Instafamous popular, Siti Norsyahfiqah Tajudian (Ikah) dan Siti Norsyakirah Tajudin (Iera) yang lebih dikenali sebagai kembar 7G mengaku menjadi mangsa buli semasa zaman persekolahan mereka.
Menceritakan kejadian itu kepada lebih 500k pengikut mereka di Instagram, mereka berkata personaliti dan paras rupa mereka menjadi perhatian orang ramai sehingga menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak termasuk guru-guru. 'Kami diugut, dibuli, dicaci, dan dibenci semasa di bangku sekolah setiap hari menyebabkan sampai satu tahap kami memutuskan untuk berhenti sekolah' kata mereka lagi.
Ini menyebabkan keputusan peperiksaan pasangan duo beradik itu sangat teruk. Lebih menyedihkan kata mereka, rakan karib mereka sendiri mendedahkan keputusan peperiksaan 7G, 2E itu kepada umum sehingga mereka menanggung malu. Mereka berdua yang mulanya mengecam pihak sekolah dan guru kemudiannya meminta maaf namun berpendapat sesetengah pihak yang membuli mereka juga turut bersalah dalam hal itu termasuk orang yang menyebar Salinan IC mereka. Kini Kembar 7G mahu membuktikan walaupun sudah berhenti sekolah, mereka mampu berjaya dengan sokongan ibubapa. Dipercayai, mereka kini mengaut pendapatan lebih RM12K sebulan hasil daripada dunia media social. Sememangnya buli bukan boleh dipandang mudah tetapi diharapkan agar pasangan Kembar 7G ini akan meneruskan persekolahan mereka sebagai contoh kepada pengikut muda mereka.- CARI |
armin replied at 19-10-2019 12:15 PM
Betul ke? Jarang la orang cantik kena buli lg2 kat sekolah. Selalu disanjung tinggi dan famous. Acah ...
thetimes: Cantik-cantik macam ni pun kena buli.Yeke?{:question
ADVERTISEMENT