CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Cerekarama "Dosa Semalam" Sentuh Hati Penonton, Lakonan Janna Nick Dibanjiri Pujian

21-10-2019 10:41 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 25091| Komen: 148|Original author: Myeonir

Siapa yang tonton telefilem "Dosa Semalam" yang ditayangkan menerusi slot Cerekarama di saluran TV3 kelmarin? Dua jam duduk melekat di hadapan kaca televisyen berjaya membuatkan hati penonton berkecamuk dengan pelbagai emosi.


Bertemakan perkahwinan dua darjat, "Dosa Semalam" membawa penonton mengharungi kisah hidup seorang gadis penjual nasi lemak bernama Khadijah watak yang dibawa oleh Janna Nick, yang berkahwin dengan Azlan iaitu lakonan Izzue Islam.

Ingatkan diterima ibu mertua yang kaya, namun sangkaan itu meleset apabila Khadijah siang malam didera secara fizikal dan mental di luar pengetahuan suaminya.

Kredit foto: Instagram
Bukan setahun dua dia bertahan tetapi Khadijah berjaya memendam perasaan sehingga 17 tahun lamanya sebelum bebas daripada cengkaman wanita tua itu.


Rata-rata penonton turut terkesan dengan beberapa babak dalam drama menyentuh jiwa itu. Salah satunya babak di mana belakang Khadijah telah ditekap dengan seterika dek kerana ibu mertuanya naik gila.

Kredit foto: Youtube
Serta babak Khadijah merobek lengannya sendiri dengan gunting bagi mengeluarkan implan perancang kehamilan selepas dia mendapat tahu bahawa ibu mertuanya menipu tentang penyakitnya yang dikatakan tidak boleh mengandung.

Kredit foto: Youtube
Kebanyakan penonton memberi pujian melambung kepada Janna Nick kerana berjaya membawakan watak Khadijah yang polos dan sanggup menghadapi deraan ibu mertuanya dengan tabah. Naskhah ini turut membuktikan bahawa Janna merupakan seorang pelakon yang versatil.

Tonton telefilem "Dosa Semalam" di sini:


Sebak tengok drama ini. -CARI
4

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lifeline 21-10-2019 10:44 AM
best tapi kejap sgt hehehehe
Quote chocobozhere 21-10-2019 10:47 AM
Edited by chocobozhere at 21-10-2019 10:48 AM

cite bangang.... ada ke kena seterika pun laki tak tahu. dah kena dera  pun kau lansung tak bagitau suami atau suami tak perasan.  pastu baik melampau... siap maafkan lah perbuatan mil tu sampai derma buah pinggang bagai. masa dia tahu dia takde talesemia tu boleh pulak pegang gunting igtkan nak bunuh mil sekali gi toreh tangan sendiri utk keluarkan alat implan tu. gila punya kerja.  bagi aku cite ni bangang sebangangnya....kalau ada sependapat dgn aku.. aku ulas lagi pjg. kalau sume cakap best aku reserved comment aku yg lain2.
Quote blue^panther 21-10-2019 10:53 AM
Best ker?? Menyesal tak tengok, aku tengok cerita si Mikel Ang. Kemahen propa kata seram giler, tapi biasa jer. Sebab banyak sangat bab2 terkejut tu aku dh jadik x terkejut, sbb dh boleh agak. Part yg menarik tp x highlight kn sangat mcm part anak jiran dia bunuh mak sendiri pastu bunuh diri, patut part tu seram tp sekejap sgt so x sempat nk seram... eh sorry aku dh off topic, tapi nanti aku tgk kt youtube tv3 ea....
Quote NameTag 21-10-2019 10:58 AM
last hakak-hakak talesemia pi meroyan kat fb cakap cerita ni takde fakta. fakta wak lu.dah sah-sah mak dia reka-reka cerita. mmg la mak dia pusing cerita dan fakta pasal talesemia. tu la tengok cerita sekerat2 pastu gigih nak ulas macam kau tu pengarah 100 drama.
Quote chocobozhere 21-10-2019 11:00 AM
NameTag replied at 21-10-2019 10:58 AM
last hakak-hakak talesemia pi meroyan kat fb cakap cerita ni takde fakta. fakta wak lu.dah sah-sah m ...

part talesemia tu mmg lah mil dia reka reka tapi laki dia kenapa benak sangat tak pergi cek kat spital.. setakat nurse mai rumah terus laki bini percaya ada talesemia siap kawen baru..... hihi
Quote damian_lee 21-10-2019 11:02 AM
JS Picture ke? tanya jeeee
Quote fa1982 21-10-2019 11:15 AM
Tengok gak..tapi sumpah x sampai sedihnya tu walaupon beriya janna nick nangis mengongoi2..campur soundtrack sedih sekali..tettapppp iols x sedih

But gotta give it to kathy azean la, sheols berlakon rilek2 je tapi terkesan..cuma silap plot lemah sikit kot
Quote nasbab86 21-10-2019 11:25 AM
mmg citer ni cliche mlampau. ngn ank xmcm umur 15thun. nyampah tol.
Quote Kurex 21-10-2019 11:25 AM
Comelnya raja atiq.. Manis je senyuman..
Quote MatDeghem 21-10-2019 11:28 AM
wanita melayu redha jika nasib mereka jadi begini.... Kerana dunia hanya sementara. Yang penting jgn durhaka dgn ibu... Ibu mentua... Doa sorang ibu mustajap. Sebelum kawin syurga di tapak kaki ibu. Selepas kawin di tapak kaki suami....

#powertapakkakimelayu

  
Quote beta_carotene 21-10-2019 11:28 AM
Tahukah anda sistem pencernaan anda?
Quote Adeakukesah11 21-10-2019 11:30 AM
beta_carotene replied at 21-10-2019 11:28 AM
Tahukah anda sistem pencernaan anda?

Wakakakakaka

Quote rosli_nurizzati 21-10-2019 11:33 AM
dok buat cerita toxic mcm ni lagi.. laki bengap, menantu senyap, mak mentua evil.. yo.. zaman internet , media sosial, gugel la.. cerita mcm ni, indirect message dia, mcm menyokong perbuatan abuse, asalkan disayang suami.. aku tak leh cerita2 mcm ni, jadi geram.. melayu ja dok sedih2 puji cerita mcm ni
Quote prizadane 21-10-2019 11:33 AM
chocobozhere replied at 21-10-2019 10:47 AM
cite bangang.... ada ke kena seterika pun laki tak tahu. dah kena dera  pun kau lansung tak bagitau  ...

Hahhaa...sama la komen uols cam iols. Awal awal cerita pun nampak sangat tak logik. Yang kena pukul sampai lebam bawah mata etc, suddenly izzue balik, mak mertua dia terus pretend janna jatuh kerusi. Wth! Pastu laki dia percaya..bangang. apa jadah jatuh kerusi sampai lebam lebam gitu. Eh, iols tak boleh nak tengok dah lepas tu sebab tak logik. So iols skip tengok certain part sebab switch channel tengok ruffedge kat tv2. Bila part dato gelang n geng nyanyi, switch back to tv3, tapi asyik la iols menyumpah betapa tak logik nya cerita ni
Quote LauraRichis 21-10-2019 11:34 AM
chocobozhere replied at 21-10-2019 10:47 AM
cite bangang.... ada ke kena seterika pun laki tak tahu. dah kena dera  pun kau lansung tak bagitau  ...

Setuju citer ni bangang. Kemon lah nak masuk 2020 dah tapi drama masih bangang. Storyline di buat buat utk memintak simpati penonton tp sbb bangang sgt iols tak rasa sekelumit sedih pun watak janna paling bangang..memang ko jelah sorg manusia paling baik hati dlm dunia ni! sori sikit pown tak rasa simpati weh kalau dah tahap bangang cmtu

Tertengok pun sbb tengah makan time ni
Quote Melorqe 21-10-2019 11:43 AM
rosli_nurizzati replied at 21-10-2019 11:33 AM
dok buat cerita toxic mcm ni lagi.. laki bengap, menantu senyap, mak mentua evil.. yo.. zaman intern ...

finas dah tak tapis ke cerita2 mcm ni?
nanti budak2 muda pun terikut la nak jadi isteri mithali
tak reti nak pertahankan diri sendiri

Quote chicozinn 21-10-2019 11:46 AM
citer ni kalu zaman 40-50an aku rasa ok lagi sbab slalunye laki jenis berdagang naik tongkang so dia takkan tau bini kena seterika bagai sbab kalu mak mertua jenis alert dia akan dera menantu b4 anak dia balik ke rumah..tapi ni citer zaman serba canggih tapi storyline cm org dduk gua so aku xminat sbab nampak kebodohan watak2 kat situ..org skang hp berjahit kat tgan hokeyhhh
Quote jijilaaa 21-10-2019 11:50 AM
apa komen sis?? panass tak dek janna job non stop sejak kena buang dgn sis duluuu
Quote kakyungpilah85 21-10-2019 11:57 AM
chocobozhere replied at 21-10-2019 10:47 AM
cite bangang.... ada ke kena seterika pun laki tak tahu. dah kena dera  pun kau lansung tak bagitau  ...

aku setuju ngan ko...bagi aku bangang laa perempuan dah macam2 mil ko wat ttbe baik ati bagi buah pinggang ko kat dia...padahal anak2 dy ada kot...dendam tetap dendam

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.502886 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top