"Ini harta saya dunia akhirat. Saya redha tapi kepala otak ni asyik Kalau...Kalau...mereka masih hidup." Itu luahan Dato Seri Vida apabila memuatnaik gambar lama yang memaparkan keempat-empat anaknya di laman Instagram. Dua daripadanya ialah Cik B (Nur Edleen Zamilin), 14 dan Kacak (Muhammad Eric Zecquan), 12 manakala dua lagi ialah puteranya yang meninggal dalam kebakaran pada tahun 2013 iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie. Ketika kejadian masing-masing berumur 11 dan 10 tahun. Dengan menyatakan umur arwah sekarang adalah 16 dan 17 tahun jika masih hidup, ternyata Vida sangat merindui kehadiran anaknya. "Dah 6 tahun mereka pergi, dalam kebakaran rumah staf saya di bulan Ramadan. Mereka tak terbakar tapi lemas sebab asap. Berbaring kaku berpelukan, dalam tandas, bawah sinki." Sebagai seorang ibu, Vida terlalu terkejut hingga dia tidak mampu melihat wajah arwah di dalam kain kapan kerana terlalu sedih. "Masa tu, rasa tak kuat, sedih sangat, memang tak boleh tengok. Cukuplah memori bersama mereka pakai baju baru, baju raya. Kalau lah mereka masih hidup..." Ketika menulis kapsyen ini, Vida turut merasai sebak yang amat sangat, tekak terasa tercekik dan air mata mengalir mengenangkan yang telah pergi. Vida juga sempat menitipkan pesan mereka yang masih mempunyai ahli keluarga betapa beruntungnya mereka, jadi hargailah semuanya. Tiada apa yang diharapkan hanyalah kembali bertemu di akhirat nanti dalam situasi gembira. Jadi, benarlah kata orang, mereka yang mempamerkan kegembiraan di khalayak mungkin menyembunyikan seribu kesedihan yang kita tidak fahami. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.- CARI |
BicaraHatiku replied at 21-10-2019 02:14 AM
Comelnya Cik B kecik2. Tapi kan.. orang tua2 cakap makin kita tua, makin kita kan terkenangkan benda ...
RatuDunia94 replied at 21-10-2019 10:27 AM
Haha.. kacak pakai baju butang terlebih..
ADVERTISEMENT