CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Dicerai Melalui WhatsApp Selepas Viralkan Kecurangan Suami

22-10-2019 10:36 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 19264| Komen: 103|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang wanita yang berang dengan kecurangan suaminya telah mendedahkan perangai pasangannya itu di media sosial, baru-baru ini. 

Beliau bagaimanapun mendedahkan telah diceraikan melalui aplikasi WhatsApp apabila suaminya berang dengan tindakannya menularkan wajah wanita yang disyaki skandal suaminya itu.



Kredit foto: FB

Wanita itu, Hasyidatul Hanim telah bertindak mendedahkan kecurangan suaminya, seorang anggota polis selepas mendapat bukti mesej di antara mereka. Bagaimanapun, wanita kedua itu yang juga rakan sekerja suaminya menafikan mereka mempunyai hubungan sulit.

Kini, Hasyidatul mengeluarkan kenyataan panjang lebar mengenai kisah perkahwinannya dan turut mengesahkan beliau telah diceraikan, 

'Disebabkan egonya tidak mengaku curang, saya viralkan pasal wanita itu, kini saya diceraikan,' katanya.



Menurut Hasyidatul lagi, sepanjang perkahwinan mereka yang dikurniakan tiga cahaya mata, kesabarannya sudah diuji dan pernah meminta cerai.

Lebih malang, beliau mendakwa dipukul setiap kali berlaku pergaduhan, tetapi takut untuk membuat laporan kerana status suaminya sebagai pegawai polis.



'Aku sayangkan suami aku, tapi sudah berkali-kali dicurangi dan disakiti, saya sudah putus cara untuk menasihati, saya harap wanita di luar sana janganlah ganggu rumahtangga orang lain,' katanya lagi.




Foto: FB

Sememangnya beliau mempunyai mesej yang wajar untuk disampaikan kepada wanita lain tetapi wajarkah tindakan beliau mendedahkan kepincangan rumahtangga secara terbuka di media social? Apa pendapat anda?


Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cumi2 22-10-2019 10:44 AM
Bkn nk kata apa laa kan,polis2 mmg mcm tu...kaki skandel..
Quote meow_tompok 22-10-2019 10:44 AM
wow sgt produktif, kawen hujung tahun 2014 dah keluar 3 org anak

Quote Sang_Pencinta 22-10-2019 10:45 AM
Cumi2 replied at 22-10-2019 10:44 AM
Bkn nk kata apa laa kan,polis2 mmg mcm tu...kaki skandel..

Dan askar kah?? Opsssss
Quote tagas 22-10-2019 10:45 AM
yeke laki peg polis

bleh plak abam polis simpan janggut
Quote kentel 22-10-2019 10:46 AM
Cumi2 replied at 22-10-2019 10:44 AM
Bkn nk kata apa laa kan,polis2 mmg mcm tu...kaki skandel..

miskin pun masih nk berskandal ke?
Quote nia_salina 22-10-2019 10:50 AM
Awatla suka share hal cmni kt socmed
Quote Cumi2 22-10-2019 10:51 AM
kentel replied at 22-10-2019 10:46 AM
miskin pun masih nk berskandal ke?

Tu laa pasal...jnji ada stok gurau2 senda gitu
Quote meow_tompok 22-10-2019 10:55 AM
Cumi2 replied at 22-10-2019 10:44 AM
Bkn nk kata apa laa kan,polis2 mmg mcm tu...kaki skandel..

ada satu kes zaman takde fb lagik,
bini photoshop gamba bogel skandal si laki
pastu print byk2 letak kat parking kereta tempat pompuan sundel tu kerja
savage to the max

lagi satu kes, org yg aku kenal pegi skandal dgn suami org
bini org tu tahu
dia hantar satu email jer kat pompuan tu
siap kasik details suami pompuan tu, then siap ckp kalau aku bole tahu email tempat kerja ko, aku bole hantar ni kat satu bangunan petronas siap carik mak pak mertua ko sekali
ayat bini org tu every the intelligent in smart english language
dgn satu email tu je si slutty bitch tu terus shut down dia punye blog

si bini polis ni reti beranak je, kesian plak dah la laki kaki curang kena pukul byk kali pulak tu



Quote yuki812 22-10-2019 11:05 AM
kenapa dia tutup muka somi dia ye. viralkan lah muka tu..mana tau kot2 boipren aku ke... takde lah kita semua ppuan tertipu.
ini..dia viralkan muka sendiri..nk cepat berlaki ke apa ke.
Quote makita 22-10-2019 11:05 AM
Kata da byk kali dicurangan di sakiti. Ujung2 warning perempuan diluar sana jgn ganggu rumahtgga org lain.
Pegi la warning laki tu lepas tu nape x file cerai je instead dedahkan muka perempuan tu. Pegi la jadikan bahan bukti kt mahkamah je. Letak pic kt socmed dpt apa?
Quote Kurex 22-10-2019 11:15 AM
Aku tak suka dengar sebelah pihak.. Tapi aku sebelah bekas suami dia.. Sawo matang kulit bekas suami dia
Quote chinta89 22-10-2019 11:17 AM
ustaz2 kata x leh aibkan hal rumahtangga dan x leh cter keburukan suami.

itu je la ustaz ustazah tahu kata? habis tu kalau teraniaya mcm ni, nk mengadu kat sape? pegi pjbt agama, diorg bukan kisah sgt pun sb deols lelaki. pahtu tau nasihat sabar la ape la laki boleh kawin lbh satu la, bab nafkah n penderaan mental fizikal ade ko nk ambik tindakan???

kalau dh viral mcm ni, baru la sesetngah kes tu mcm dpt perhatian. yg lelaki pun tau nk serik, yg menyundal pun tau plk malu??

so ape pilihan org prmpuan ada sbnrnya jika teraniaya??

ak bukan pertikai bab ustaz kata x leh buka aib suami dan rumahtangga, aku pertikaikan kalau dh x leh guna cara viral yg diyakini byk keberkesanannya, maka ape fungsi jabatan agama akan bantu????
Quote Sang_Pencinta 22-10-2019 11:18 AM
yuki812 replied at 22-10-2019 11:05 AM
kenapa dia tutup muka somi dia ye. viralkan lah muka tu..mana tau kot2 boipren aku ke... takde lah ...

Cari yang blurkan muka jantan tu, prosedur biasa undang2 sebab kes tak masuk mahkamah

Kat FB wanita tu tak blur pun wajah lelaki tersebut
Quote Sang_Pencinta 22-10-2019 11:20 AM
chinta89 replied at 22-10-2019 11:17 AM
ustaz2 kata x leh aibkan hal rumahtangga dan x leh cter keburukan suami.

itu je la ustaz ustazah ...

Wanita yang sebar macam ni mungkin dah putus harapan kot

Bukan sekali dua kena, tak ada pilihan lain

Mungkin dah bincang dan tegur banyak kali laki dan skandal tapi tak berjaya

Susah juga nak salahkan
Quote zuriey 22-10-2019 11:24 AM
chinta89 replied at 22-10-2019 11:17 AM
ustaz2 kata x leh aibkan hal rumahtangga dan x leh cter keburukan suami.

itu je la ustaz ustazah ...

Apa u ckp btl
Ustat pjbt agama tu mmg bertubi-tubi sembur pihak ppuan
Lelaki sahaja lah yg btl.kena ikut perintah suami walau suami jahat..tak guna ustat2 tu semua .buang masa je hadap muka diorng.
Quote skullcandy 22-10-2019 11:25 AM
Cukup curang sekali.....tinggalkan terus lelaki tu. Byk lagi lelaki kat luar tu, pandai2 lah pilih.

Seriously, hidup kamu akan lebih bahagia dan tenang tanpa perlu kamu bersusah hati pening kepala fikir kenapa, bila, bagaimana etc dia curang
Quote sonatalady 22-10-2019 11:27 AM
Last2 pompuan gak salah.
Dia mungkin dh buat mcm2 cara..tp yg  viral pilihan terakhir..mana kita tau.
Sapa nak kena cerai.pokok pangkal..lelaki..kawen ke..cerai..tetap ada pompuan gilerkan.
Dunia...masalah...dunia..
Quote grouper 22-10-2019 11:41 AM
Suami curang p viral dlm fb..patut p cuba selesaikan masalah bukan tambah masalah.. motif utk viral tu utk apa..
Quote Sangkar_Emas7 22-10-2019 11:48 AM
kesian anak kecik2 lg. semoga bertabah kak...

mak2 mcm kite ni...dpt skjp je nk sedih sbb cerai, pstu kene cpt2 bangkit...nk kene fikir ape anak2 kita nak makan, pakai minum dia...

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.068893 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top