CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Tahniah, Ustaz Menang Di Dunia Tapi Jumpa Di Robbul Jalil Round 2’ – Ibu Mangsa Liwat Tahfiz

21-10-2019 02:04 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 21357| Komen: 126|Original author: Sang_Pencinta

Johanna Sarah Harun Ronald, ibu kepada kanak-kanak mangsa cabul pada tahun 2006 di sebuah sekolah tahfiz meluahkan kekecewaannya di Facebook selepas kes itu digugurkan oleh Peguam Negara  (AG) Tan Sri Tommy Thomas di bawah Artikel 145(3) baru-baru ini.



Kredit foto: FB


Dalam statusnya bertarikh 17 Oktober, wanita itu meluahkan kekecewaannya kepada pihak pendakwaraya yang dikatakan menutup kertas siasatan tanpa mengenalpasti tertuduh dan juga terhadap pegawai penyiasat yang gagal melampirkan laopran psikitari dan doktor dalam kertas siasatan tersebut.

Walau bagaimanapun, Johanna mengucapkan terima kasih kepada Majistret yang memberikan keputusan memihak kepada keluarganya dan juga kepada peguam yang mewakili mereka.

'Kepada pendakwaraya, 'terima kasih' kerana tidak mendakwa mereka yang melakukan jenayah terhadap anak saya' sindirnya. 


Beliau merujuk kepada beberapa orang pelajar senior yang mencabul anaknya di Maahad Tahfiz al Barakah milik Ustaz selebriti, Datuk Kazim Elias (UKE). 


Kredit foto: FB
Kredit foto: FB



Menurutnya lagi, pihak polis tidak mematuhi SOP ketika menyiasat kes tersebut termasuk tidak meminta mangsa mengenalpasti suspek, mengenalpasti lokasi dan tidak merakam keterangan mangsa bawah umur dalam video. 


Kredit foto: FB
Kredit foto: FB



Beliau turut meluahkan kebimbangan kes ini akan menjadi rujukan bagi kes mangsa bawah umur gagal mendapat keadilan melibatkan buli, liwat, rogol oleh golongan elit walaupun terdapat bukti. 


Kredit Foto: Berita Harian


Dalam kes anaknya Mahkamah Majistret awal tahun ini memutuskan aduan ibu bapa kanak-kanak itu berasas tetapi akhirnya digugurkan atas permintaan AG.

Kredit foto: Azhan.co


Dipercayai Ustaz Datuk Kasim Elias tidak lagi memiliki Tahfiz tersebut dan mangsa yang kini berumur 13 tahun masih menjalani terapi psikitari di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. - CARI 


Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsPercy 21-10-2019 02:12 PM
pasal kes ni la, aku dh x suke ustaz kazim duke.
sian budak tu. AG pon teruk. ntah ape nk jd dgn negara ni pon xtau.
Quote CinnamonR 21-10-2019 02:16 PM
Nyampah tgk muke yg kt bawah tu
Quote krustykrab 21-10-2019 02:16 PM
Bila tommy tippee tu dpt tan sri? Mcm x ngam plak dgn dia
Quote Kurex 21-10-2019 02:18 PM
Kenapa panggil duke weh.. Aku ketinggalan
Quote Asdan 21-10-2019 02:21 PM

kenapa pusat tahfiz banyak liwat ?
Quote Asdan 21-10-2019 02:22 PM

dulu byk terbakar,  sekarang byk liwat, akan datang byk apa pula ?
Quote JohnnySins 21-10-2019 02:23 PM
Asdan replied at 21-10-2019 02:22 PM
dulu byk terbakar,  sekarang byk liwat, akan datang byk apa pula ?

hang tu pi pakai seluaq arsedone...wakakakakakakakakkakaa
Quote sukacactus 21-10-2019 02:24 PM
Kurex replied at 21-10-2019 02:18 PM
Kenapa panggil duke weh.. Aku ketinggalan

Datuk Ustaz Kazim Elias
Quote tumpanglalu74 21-10-2019 02:26 PM
Aku pon tak suke.  AG ni saje nak kasi ongmelayu havoc jah..  Nak menyebok masok campor ape pasal?  Nak kasi ongmelayu kutok balik DUKE ni ka?

Quote Kurex 21-10-2019 02:28 PM
sukacactus replied at 21-10-2019 02:24 PM
Datuk Ustaz Kazim Elias

Ok.. Jadi tak payah la guna duke lagi kalau dah pangkal tu ada ustaz kazim.. Tq atas pencerahan
Quote Asdan 21-10-2019 02:47 PM

aku macam mimpi, ibubapa hantar anak ke tahfiz adalah kejam, moga cuma mimpi
Quote Sang_Pencinta 21-10-2019 02:47 PM
Kurex replied at 21-10-2019 02:18 PM
Kenapa panggil duke weh.. Aku ketinggalan

Ribgkasan Datuk Ustaz Kassim Elias
Quote Sang_Pencinta 21-10-2019 02:49 PM
Comment FB UKE masih dipenuhi penyokong dan pemback up. Sebab tu masih banyak jemputan ceramah sana sini
Quote Sang_Pencinta 21-10-2019 02:52 PM
Asdan replied at 21-10-2019 02:21 PM
kenapa pusat tahfiz banyak liwat ?

Teori aku pelajar tak didedah disiplin antara student banyak tak hormat rakan terlalu pandang rendah org lain yg lebih mudah

Dan mungkin sbb tak ada student lain gender so nafsu dia tu lain sikit.
Quote Boomibulat 21-10-2019 03:02 PM
Betul ke kejadin thn 2006..lamanya
Quote Boomibulat 21-10-2019 03:05 PM
Sang_Pencinta replied at 21-10-2019 02:49 PM
Comment FB UKE masih dipenuhi penyokong dan pemback up. Sebab tu masih banyak jemputan ceramah sana  ...

Yg dituduh sape..ada hubungan dgn uke ke..?
Quote Asdan 21-10-2019 03:14 PM

tak ada kempen keadilan untuk budak tahfiz ke ?
Quote JohnnySins 21-10-2019 03:16 PM
Asdan replied at 21-10-2019 03:14 PM
tak ada kempen keadilan untuk budak tahfiz ke ?

dah2...pi pakai seluaq arsedone...wakakakakakakaka
Quote Asdan 21-10-2019 03:17 PM
Sang_Pencinta replied at 21-10-2019 02:52 PM
Teori aku pelajar tak didedah disiplin antara student banyak tak hormat rakan terlalu pandang rend ...

hafal quran dijamin masuk syurga,

kalau dah dijamin, apa nak risau

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.037247 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top