CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Umpama Filem Hindustan! 'Profesor' Ini Sanggup Bunuh Suami, Keluarga Demi Harta

31-10-2019 11:00 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 5877| Komen: 19|Original author: Oleh: Pink Lily

Mangsa yang terdiri daripada enam sekeluarga (kiri). Gambar Jolly Joseph yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan keluarga itu (kanan). Kredit foto: The News Minute

Seorang balu yang bergelar profesor juga menjadi tonggak utama komunitinya ini dipandang tinggi oleh jiran tetangga.

Beliau juga rajin mengunjungi gereja dan dilihat sebagai seorang yang alim walaupun sering diuji dengan pelbagai tragedi. 


Namun, beliau kini dilabel sebagai pembunuh bersiri India yang licik dan paling dikehendaki. Berbekalkan racun sianida sebagai senjata utamanya, Jolly Joseph membunuh mangsanya melalui sup, makanan ringan dan minuman ayurveda. 

Memetik The News Minute, pihak berkuasa menyatakan yang Jolly telah mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan enam sekeluarga dalam tempoh 14 tahun termasuk suami, ibu bapa mentua dan anak buahnya berusia 2 tahun. 

Motif pembunuhan adalah untuk mendapatkan harta pusaka dan lain-lain aset yang dimiliki oleh keluarga suaminya.   

Dahulunya, dia digelar sebagai 'Cikgu Jolly' oleh jiran-jiran dan dia sendiri menggunakan gelaran 'profesor'nya dengan bangga selama 17 tahun berada di Institut Teknologi Kebangsaan di Calicut, dengan membawa moto institut berkenaan, 'dari kegelapan, membawa kami kepada cahaya'.

Terbaru, polis mendakwa identitinya itu adalah palsu semata-mata dan dia tidak pernah bekerja di universiti terbabit.

Jolly dikatakan berpindah ke rumah ibu bapa Roy Thomas di Koodathayai, sejurus selepas mereka berkahwin pada tahun 1997. Lima tahun selepas itu, ibu mentuanya, Annamma Thomas yang bertanggungjawab menguruskan kewangan keluarga meninggal dunia. 

Pihak penyiasat mendapati Annama mati selepas menghirup sup kambing yang dibuat Jolly, namun tiada tuduhan ditimbulkan. Joseph kemudian mengambil alih urusan keluarga tersebut, menggantikan mendiang ibu mentuanya.


Rumah keluarga yang menjadi rebutan. Kredit foto: The New York Times

Isu perebutan harta mula timbul, dengan Jolly mengarahkan rumah keluarga itu diwariskan kepada dirinya dan suami. Pada 2008, bapa mentua Joseph, Tom Thomas pula meninggal dunia selepas memakan makanan ringan. 

Jolly dikatakan menemui tubuhnya yang longlai di atas lantai. Sejurus itu, muncul pula satu wasiat yang menamakan Roy Thomas sebagai satu-satunya pewaris harta bapanya, namun wasiat tersebut tidak mempunyai sebarang tarikh, lalu dianggap tidak sah.

Apabila Roy Thomas meninggal secara mengejut pada 2011 selepas muntah-muntah di dalam tandas berkunci, Jolly memberitahu orang ramai bahawa kematian suaminya itu disebabkan serangan jantung. 

Setahun kemudian, wasiat kedua dari Tom Thomas pula muncul menamakan Roy dan Jolly Joseph sebagai pewaris utama. Ia ditandatangani seorang saksi yang langsung tidak dikenali ahli keluarga mereka. Setelah Roy meninggal, wanita itu merupakan satu-satunya pewaris kesemua harta keluarga terbabit.

Pakcik Roy, Mathew Manchadiyil berasa musykil, lalu memohon agar autopsi dilakukan. Keputusan autopsi mendapati kesemua kematian disebabkan keracunan sianida, namun Jolly tidak berkongsi laporan ini dengan ahli keluarga lain. 

Dengan linangan air mata, dia memberitahu keluarga yang Roy mati akibat bunuh diri dengan meminum sianida kerana ketagihan alkohol akibat tekanan kewangan.

Manchadiyil yang giat berusaha menyiasat kematian keluarga Thomas dan wasiat-wasiat yang muncul, akhirnya ditemui mati pada 2014 tanpa sebarang penyebab kematian yang kukuh. Sekali lagi, Jolly yang menemui tubuh si mati. 

Mangsa seterusnya merupakan isteri dan anak Shaju Zacharias, sepupu mendiang suaminya.

Setahun selepas kematian isterinya, Zacharias mengahwini Jolly. Segala syak wasangka Renji dan abangnya Rojo, terhadap Jolly semakin memuncak selepas perkahwinan tersebut apabila prebutan harta di antara Jolly dan adik-beradik suami pertamanya masih berterusan. 

Pada Januari, Renji memfailkan tuntutan mahkamah untuk mencabar pemilikan sebidang tanah dan melalui tuntutan itu, beliau mendapati laporan autopsi kematian abangnya mendedahkan satu kesilapan yang menjerat Jolly.

Wanita itu mendakwa Roy meninggal dunia akibat sakit jantung ketika dia sedang memasak makan malam. Maklumatnya dikatakan tidak selari dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan Roy meninggal dalam keadaan perut kosong, sekali gus bertentangan dengan keputusan autopsi yang menyatakan bahawa suaminya itu telah meninggal beberapa minit selepas memakan hidangan kari yang dimasak Jolly. 

Renji dan abangnya membuat keputusan untuk membuat laporan polis beberapa bulan kemudian yang membawa kepada penangkapan Jolly.


Renji dan Rojo ketia ditemubual oleh media. Kredit foto: Times Now News


Apabila ditanya, tentang apa yang akan dikatakan kepada Jolly sekiranya mereka bertemu lagi, Renji berkata, "Terima kasih kerana tidak membunuh anak-anak kamu, kerana kini mereka adalah anak-anak saya, dan sekarang saya ada lima anak.


"Paling tidak, saya dapat selamatkan mereka yang juga darah daging saya," katanya. 


Fuh, macam adegan drama Bollywood. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. - CARI

4

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissLana 31-10-2019 11:09 AM
mmg betul2 cerita tamil yenadeiiii
Quote batmana 31-10-2019 11:14 AM
penyakit wahan ni, cinta dunia sgt, smpai bunuh bagai..
Quote iloveselangor 31-10-2019 11:21 AM
Mati Tak payah tinggalkan harta...wasiatkan derma pada Rumah jagaan warga emas je...lebih baik
Quote any42 31-10-2019 11:42 AM
kejamnya. rajin g gereja mintak doa mohon ampun ke ape tiap kli bunuh org. lena ke tido ek kje bnuh org je. tiap kli sblum tido pk next victim & cra nk bnuh agaknya.
Quote mdhelmi 31-10-2019 11:44 AM
aku terbayang isu ceo cradle fund
Quote Boomibulat 31-10-2019 11:44 AM
Blh tahan jgk rupa paras cikgu jolly tu..mcm madhuri dixit zmn muda2 dulu..
Quote justchu 31-10-2019 12:26 PM
Mmg drama tamil padu punya, dah buat post mortem kunun dah terang2 kena racun bole plak spital dendiam kan je, yg tukang report pun dendiam tak g tanye
Quote Artemesiaa 31-10-2019 12:32 PM
Jenis mental je yang sanggup berbuat macam tu.  Sebab tu jangan mudah terpedaya dengan penampilan luarannya saja perangai sebenar ramai  yang tak tahu.
Quote awanysss 31-10-2019 01:51 PM
nasib baik ade yg bijak.. kalau tak senang la jolly berjoli ngan harta2 tu..
Quote putericahaya999 31-10-2019 01:59 PM
Kalu mekap jelita tu
Quote nuryakmal 31-10-2019 02:08 PM
jolly by day, killer by night
Quote sarah82 31-10-2019 02:57 PM
Fuhhh.. Mcm kes2 yg selalu aku tgk kat Deadly women
Quote cmf_almondpecan 31-10-2019 03:17 PM
MissLana replied at 31-10-2019 11:09 AM
mmg betul2 cerita tamil yenadeiiii


Diaorg ni bangsa malayalee kat kerala
Quote lalalxlx 31-10-2019 03:50 PM
fuhh dasyat cerita ni..bila tamakkan harta bunuh suami pun sanggup
Quote Catpaw 31-10-2019 09:46 PM
Drama hindustan betul
Quote Queenmastani 1-11-2019 02:22 AM
Tk sabar nk tgk movie ni..jln crta yg menarik
Quote Perawankota 1-11-2019 03:16 AM
Hebat perempuan ni..
Quote sukacactus 1-11-2019 06:49 AM
Orang gila.
Dalam kes ni gila harta
Buat apa pun sanggup
Do you feel jolly now acik Jolly?
Quote ichaliza 12-11-2019 08:27 AM
kerana harta jadi zalim mcm ni..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.131459 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top