Pelakon Rita Rudaini tampil membuat laporan polis terhadap pengguna media sosial yang didakwa memfitnah dirinya serta status taraf dua anak lelakinya, baru-baru ini. Beliau berkongsi mengenai perkara itu di instagram peribadinya.
Memetik laporan portal Media Hiburan, individu menggunakan akaun instagram @ahmadsan81 telah bertindak keterlaluan memberi komen menghina dan mempersoalkan mengenai status taraf anaknya. "Entah anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer," tulisnya. Peguam yang dilantik Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan memberi tempoh 14 hari untuk tampil bersemuka memohon maaf secara terbuka. Jika ingkar, individu berkenaan bakal berdepan saman sivil. Tindakan yang dilakukan Rita adalah bagi menjaga maruah anak dan keluarganya serta nama baik mereka. Malah, Rita turut menyeru rakan artis lain mengambil tindakan sama sekiranya ada individu bertindak melampau terhadap mereka. Tiada toleransi untuk komen berunsur fitnah serta berniat jahat. Maka, berhati-hatilah netizen semua ya. Komen kita, tanggungjawab kita. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|