MARC Marquez mencukupkan 10 kemenangan podium pertama dalam siri Kejuaraan Dunia MotoGP 2019 setakat ini di Twin Ring Motegi, GP Jepun. Aksi di Jepun kali ini bukanlah apa-apa buat Marquez kerana beliau sudah pun merangkul kejuaraan kelas premier itu di GP Thailand sebelum ini. Apa yang menarik perhatian adalah apabila pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah dirakamkan menunda jentera Marquez yang kehabisan minyak untuk kembali ke pit dengan penuh bergaya, ngam-ngam selepas perlumbaan dihabiskan.
Biarpun menamatkan saingan di tempat ke 19, sikap keprihatinan dipamer Hafizh mendapat pujian dunia. Hafiz turut memuat naik momen tersebut di instagram peribadinya. "Uber towing 😜, Sportmanship & Respect," tulis Hafizh.
Aksi tersebut sebenarnya sudah menjadi kebiasaan dan merupakan 'skill' asas ilmu rempit dan tanda brotherhood mat motor di Malaysia. Terima kasih dan tahniah Hafiz. Walaupun tidak bergelar juara, anda tetap memang di hati rakyat Malaysia. Malaysia Boleh! - CARI |
ADVERTISEMENT