Sejak dulu lagi perbuatan hina menghina di laman media tidak dapat dibendung. Sufi Rashid dan Isteri telah menjadi mangsa penghinaan netizen sehingga dia terpaksa membuat laporan polis, semalam.
Keluarga Sufi menjadi sasaran netizen apabila sebuah video tular yang memperlihatkan isterinya Nurulain meninggalkan pelamin sewaktu ibu Sufi datang untuk bersalaman. Kecaman netizen terhadap keluarga Sufi semakin kritikal sehingga mereka terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Apabila amaran itu dimuat naik isterinya, ramai netizen memohon maaf menerusi mesej peribadi. "Alhamdulillah, selepas post pasal laporan polis, ramai yang tampil meminta maaf. Bukannya mengharapkan permohonan maaf atau apa-apa, cuma saya sekeluarga hanyalah manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan," katanya kepada mStar.
"Laporan polis itu telah dibuat, cuma saya memilih untuk merahsiakan identiti individu terbabit," katanya lagi. Sufi dan isteri kini bahagia sebagai pasangan suami isteri dan segala urusan mereka lebih tersusun dan banyak masalah yang mereka selesaikan dengan lebih tenang setelah isteri berada di sampingnya. Pasangan berkenaan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hasli Othman pada 21 september lalu. |
misuke replied at 22-10-2019 01:37 PM
xleh hadam baju kawen kotak2 gitu
Atata replied at 22-10-2019 05:23 PM
Aku tak paham mcamana sufi ni boleh sesopan dan sebaik ni bahasa dan kesabarannya padahal biological ...
ADVERTISEMENT