Seorang lelaki tampil menepis dakwaan bekas penyewa rumahnya yang membuat pendedahan di Twitter kononnya rumah di Shah Alam itu berhantu. Memetik mStar Online, wanita terbabit dan suaminya mendedahkan mereka berasa pelik rumah dua tingkat yang sudah diubah suai itu tiada pembeli walaupun dijual bawah RM500,000. Dalam perkongsian mereka di media sosial, pasangan itu mendakwa mereka berdepan gangguan pelik termasuk bau setanggi di satu sudut tempat meletak berhala oleh tuan rumah. Katanya, mereka tidak tahan diganggu setiap hari selama beberapa bulan mereka menyewa di situ. Pemilik rumah itu, Tamil Selvam Sinnaiah, 44, tampil menepis dakwaan itu, sebaliknya mendedahkan dia meminta pasangan suami isteri terbabit berpindah secara baik selepas beberapa bulan mereka menyewa di kediamannya. Jelasnya, dia tidak tahu motif sebenar wanita terbabit membuat dakwaan sedemikian. Ketika membuat pemeriksaan, Tamil Selvam dapati ada 10 sangkar kucing yang diletakkan di luar rumah selain bau busuk najis kucing yang tidak dibersihkan. "Bukan sekali dua saya dapat aduan daripada jiran tetangga mengenai sikap lepas tangan pasangan berkenaan terhadap kucing-kucing yang mereka bela sehingga membuatkan saya meminta mereka segera berpindah," ujarnya. Katanya, wang deposit RM1,000 dipulangkan dan pasangan itu keluar dengan cara baik, malah tiada sebarang pergaduhan berlaku. Selvam bagaimanapun mempersoalkan motif wanita itu menularkan mengenai rumahnya yang kononnya berhantu ketika dia dalam proses menjual kediamannya dan bukannya selepas dia berpindah dahulu. Jelasnya, penyewa baru selepas pasangan suami isteri terbabit tidak pernah mengadu mengalami sebarang gangguan atau kejadian pelik sepanjang dua tahun menyewa di situ. Difahamkan, Selvam membuat laporan di Balai Polis Taman Sri Muda Shah Alam pada Isnin terhadap fitnah yang dilemparkan wanita berkenaan sebagai perlindungan. Katanya, kediamannya itu berjaya dijual minggu lalu pada harga RM470,000 dan sedang menunggu kelulusan pinjaman bank. - CARI
|
cikja replied at 22-10-2019 12:37 PM
X puas hati sbb kena pindah...tu yg bt crite rmh berhantu... tp sbnarnya mmg haukkk klu dpt jiran yg ...
hatikudus replied at 22-10-2019 02:10 PM
Untunglah siapa yg beli tu, murah sgt dr harga pasaran
karlmax8 replied at 22-10-2019 02:25 PM
Kalau tengok dari kelebaran rumah tu, dalam 16 kaki je, so ni adalah rumah kos rendah, maybe kat s ...
ADVERTISEMENT