CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bagi Bayi 37 Hari Minum Air Masak, Ibu 'Dibimbokan' Warganet Kerana Tak Tahu Perkara Asas

23-10-2019 05:24 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7599| Komen: 27|Original author: Shimmer shine



"Bakal mak moden ni masa ngandung memang sibuk online cari baju ya, sampai tak tahu baby diharamkan minum air masak."

Kecoh di media sosial mengenai sikap 'bimbo' bakal ibu yang bertanya soalan aneh (asas) mengenai penjagaan bayi. Seolah-olah mereka langsung tiada pengetahuan dan bergantung harap kepada orang asing di alam maya.

Ibu sebegini ditempelak oleh pihak yang merasakan ianya tidak logik. Nampaknya memilih bilik tidur bayi lebih penting berbanding apa yang bayi ini perlukan!

Twitter


Walaupun pertanyaan itu di dalam grup khas untuk ibu hamil, namun warganet tetap merasakan ianya satu pertanyaan yang tidak wajar.


Sedangkan fakta yang sebenar, bayi bawah 6 bulan hanya menyusu ibu atau susu formula sahaja. Tiada istilah air masak pada tahap umur ini. 

Bagi masalah warna putih di lidah, ia hanyalah kulat susu yang tidak bahaya. Ia akan beransur-ansur hilang.

Ig

Begitu juga dengan soalan warna najis bayi dan sebagainya, ia harus diketahui oleh ibu-ibu. Sementelah lagi info pun di hujung jari.

Selain masalah asas sebegini, ibu-ibu juga disarankan 'berguru' dengan mereka yang lebih mahir seperti ibu sendiri, kakak dan lain-lain.
Google

Dan jika mahu bertanya di alam maya sekalipun, seelok-eloknya carilah 'key word' di dalam grup terlebih dahulu sebelum bertanya soalan asas. Sekurangnya-kurangnya soalan sama tidak berulang hingga membuatkan orang lain pula menyampah! - CARI

3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-10-2019 05:33 PM
Tak bosan ke news yg diceduk dari twitter ni?
Quote CARI-MAMS 23-10-2019 05:45 PM
takpa la ada variasi drpd amek dr portal berita lain...
Quote CARI-MAMS 23-10-2019 05:47 PM
dan korang tak tgk ke lifestyle portal lain pun skrg mmg trend mcm ni..sumber dr social media..bukan main cedok ja..ada la ulasan nya..mmg trend skrg ya uols...trend kan berubah...mgkin lps ni cara lain pula..peace!
Quote sheqim 23-10-2019 05:52 PM
Tak jenguk ig mommynis ke? Hahaha sllu mak2 muda suka ig sheols.. hahaha
Quote Artemesiaa 23-10-2019 06:10 PM
Jenis nak semuanya bersuap tanya je terus nak jawapan tampa ada usaha nak cari tahu sendiri dulu macam tu lah jadinya.  Kalau sekali dua orang sukalah nak bantu tanya tapi kalau dah berpuluh2 asyik ulang tanya soalan yang sama yang ikhlas nak bantu pun mau menyampah dan malas tolong  jadinya
Quote isseliparjepun 23-10-2019 06:36 PM
I guess pempuan tu tak kerja kot? Kalau kerja mesti akan tanya rakan sekerja yang dah ada pengalaman beranak 2 3 kali, tak perlulah tanya dalam group medsos macam tu. Takpun boleh tanya dalam group wasap kengkawan pempuan aje. Tapi umm..37hari dah bagi minum air masak? Masa berpantang sapa jaga ibu muda ni? Pantang sendiri ke? Kesian pulak tak pasal pasal bayi jadi mangsa minum air masak.
Quote Lolalala 23-10-2019 06:53 PM
Kadang tu dah masuk group fb tapi x reti nak search dalam group tu. Sehari sampai 10x laaa posting soalan sama. Dasar pemalas.
Quote lalalxlx 23-10-2019 07:16 PM
kesian anak dapat mak bimbo..
Quote amatur 23-10-2019 07:52 PM
Masa mengandung tu hosp xwat ceramah penyusuan susu ibu ke
Quote Sazida 23-10-2019 08:23 PM
Aku ade apps theAsianparent. Wadeheknyaa, dlm tu tanpa rasa malu cerita mengandung kan ank luar nikah. Soalan bodoh pun byk. Satu hri 100x naik kt feeds soalan sama. Belum lg yg ambik gmbr selak perut suh tgk baby girl ke boy.,
Quote Psfzi 23-10-2019 08:39 PM
Ramai je yg xde persediaan nk jadi parent
Quote Armand2018 23-10-2019 09:49 PM
Jangan lupa tanya mommynis. Serbatahu taw dia. Pandai urus keluarga , niaga dan friendship .
Quote clarizsa 23-10-2019 11:20 PM
i dulu masa first ada org konon nk bg anak angkat terus i google study cara jaga baby semua
Masa tu lagi sebulan kot dia nk beranak
Lepas beranak tiba2 tak jadi bagi
I dh siap amik hormon nk bg keluar susu tek
Brg semua dah beli
Kemurungan i sebulan menangis tak keluar rumah dgn tek sakit bengkak lagi

Pastu 2nd pun sama janji tak jadi jugak
Kali ni dh x nangis
Tapi terus study jugak cara jaga baby

Last2 kali ke 4 kot dapat juga baby

First timer
I berjaya jaga baby

Cuma baby i hampir mati kat wad sbb mak dia xtau apa langsung dan x bagi susu sbb x reti
Nurse bo layan

Hmmmm

Kesimpulannya mmg ada je mak2 yg x ambil tahu hal jaga baby


I pulak sbb lama sgt tunggu so banyak masa utk berangan sambil study sndri cara jaga

Quote venomlady 23-10-2019 11:30 PM
masalah mak2 vongok sekarang.. tepon dah jahit kat jari..baca nye malas yg amat. Pls jgn tunjuk bongok sgt boleh tak..no brainer la. Bila jumpa gynae pi tanya soalan bukan buat sangap..then balik rumah hadap FB forum bagai baru gedik2 tanya netizen. Ko ingat netizen tu specialist ke? Memang banyak species mak2 mcm ni..species membawang mmg terer..species nak menuntut knowledge  mmg malas tahap gaban! Sick Malaysians!!
Quote armin 23-10-2019 11:39 PM
Ada org tua ni suruh anak aku makan coklat cadbury masa anak aku umur 2 bulan. Sebab nampak lapar katanya. Coklat ke apa dah boleh makan. Mmg tu last la aku bawak anak aku jumpa. Dah la merokok.
Quote seramado 24-10-2019 12:31 AM
Apo makin ramai ibu2 bimbo
Quote VespaSilbe 24-10-2019 12:38 AM
Dulu time preggy dapat buku dari dumex
Gigih khatam sampai habis
Nasibla dpt paed tiptop... Tanya je soalan
Jawab pun rajin
Masalahnya nak kena bagi air pun tatau
Masak air pun tak reti le tu
Main tadah je heh kat filter
Kembung la anak hampa nanti
Quote sapeka 24-10-2019 07:44 AM
inilah yang terjadi
kalau orang nak kahwin ko pon nak kawin
orang nak ada anak
ko po nak ada anak

belajar cara2 menjaga anak xnak
nak bergedik menghela nak
kan dah kene bodoh oleh netizen
Quote rosli_nurizzati 24-10-2019 09:33 AM
clarizsa replied at 23-10-2019 11:20 PM
i dulu masa first ada org konon nk bg anak angkat terus i google study cara jaga baby semua
Masa tu ...

wah sis.. congrats.... how's the baby sekarang?

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062029 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top