CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Sambung Buang Balik, Budak 7 Tahun Putus Jari Panjat Pintu Jeriji

23-10-2019 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2937| Komen: 12

Tindakan kanak-kanak berusia 7 tahun memanjat pintu jeriji rumahnya membawa padah apabila jari kelengkengnya putus selepas tersangkut kira-kira 1 tengah hari pada Jumaat lalu, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, apabila Muhammad Najwan Faiz Mohammad Nasron mahu turun dari pagar itu, pintu bergerak menyebabkan jarinya tersangkut.


Kredit foto: Sinar

Menurut kakaknya, Noraznira Mohammad Nasron, 28, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, Gua Musang, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Chiku untuk mendapatkan rawatan.

"Dia menangis dan darah keluar banyak. Kami mencari jari yang putus tapi tak jumpa lalu terus bawa adik ke Klinik Kesihatan Chiku 03.

"Tiba di klinik, adik terus dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan kami jumpa jarinya tersangkut di bunga pagar besi itu," katanya.

Mereka kemudian bergegas membawa jari mangsa ke hospital, di mana doktor terus meletakkannya ke dalam ais kerana ia masih hidup.


Katanya, pembedahan menyambung jari adiknya itu memakan masa lebih dua jam.

"Doktor memberitahu, ada satu urat sahaja yang masih boleh disambung kerana yang lain semuanya hancur," ujarnya.


Kredit foto: Sinar

Lebih menyayat hati, jarinya terpaksa dibuang semula kerana sudah mati.

"Bagaimanapun hari ini, jarinya terpaksa dibuang semula kerana ia sudah mati dan kehitaman. Adik menangis apabila diberitahu jarinya terpaksa dibuang," katanya.  - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Foxey 23-10-2019 06:44 PM
Ouchhh... Tengok gambar pun tak sanggup.
Quote mamarock 23-10-2019 06:59 PM
Camna boleh terbuka tu?

Takpe lah dik.. satu jari aje.. yang lain masih berfungsi.
Quote RatuDunia94 23-10-2019 08:14 PM
Padah x pergi solat jumaat..
Quote Psfzi 23-10-2019 08:46 PM
Kesian budak ni
Quote misuke 23-10-2019 10:02 PM
ngerinyaa.. sakit amat tu
Quote dua_chzy 23-10-2019 10:06 PM
Elok la 1 jari putus daripada kepala yang putus.
Quote any42 24-10-2019 02:05 AM
eiii rsa sengal2 je jri sndri tgk gmbar jri adik ni. ksian ko dik btabahlah. dah serik la tu nk pnjat2.
Quote Eric.n9 24-10-2019 02:40 AM
Jeriji yg jenis mcm mana ek dak ni tersangkut jari?
Quote rospinki 24-10-2019 09:24 AM
budak2 umo ni kalau kita sbgi org tua tak prihatin mmng byk risiko sekeliling. meja dapo yg berbucu tu tiapkali ke dapo tiap kali tu lah dia terhantok kepala..smpila satu haritu aku balut bucu tu dgn kain dan selotep..dia langgar lagi dan kepelikan. kena alert demi keselamatan anak2. benda yg kita guna utk kegunaan tapi berisiko pada anak2 kecil. jarum benda2 tajam. aku ngeri pikir masa biar anak2 kt umah arwah mil..tiap hari ada je jatoh sana sini bersarah patah tangan sgala. mujur selamat.
Quote dekmieDandy 24-10-2019 11:11 AM
tajamnye bunga pagar tu

ke budak ni main rentap je jari dia

teringat cerita 127 hours
Quote nuyuqtn 24-10-2019 04:45 PM
bunge pagar tu camne?? ngeri pulak bce..
Quote addved 29-10-2019 03:04 PM
Kesian adik ni..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.048537 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top