Tugas pramugari dan pramugara sering disalahertikan sebagai hanya pelayan restoran di atas kapal terbang. Sebenarnya, mereka mempunyai tanggungjawab lebih berat daripada itu, terutamanya melibatkan keselamatan penumpang. Sebab itulah, penumpang perlu mematuhi arahan mereka sepanjang masa.
Seorang model cantik, Sabee Chin, 23, yang juga peserta akhir Miss International Malaysia baru-baru ini, bengang dengan tindakan pramugari penerbangan itu yang menghalangnya ke tandas dalam satu penerbangan. Model itu kemudian merakam pramugari tersebut kemudian memuat naik rakaman itu di media sosial dengan tujuan untuk memalukan penerbangan itu.
Bagaimanapun, tindakannya itu memakan diri apabila netizen mengecam perbuatannya yang dikatakan 'tidak ada otak'. Rupanya, Sabee yang memulakan kerusuhan itu kerana ingin menggunakan tandas pada masa yang salah. Dipercayai, kejadian bermula apabila Sabee ingin menggunakan tandas ketika penerbangan hendak mendarat. Mengabaikan pengumuman bahawa penggunaan tandas tidak dibenarkan lagi ketika mendarat, model itu marah ketika pramugari Airasia menyuruhnya kembali ke tempat duduk. Dia kemudian memuat naik video itu di media sosial dan menulis kata-kata cacian. 'AirAsia! This is AirAsia ok,' kedengaran suaranya dalam video. Bagaimanapun, netizen sebaliknya mengecam tindakannya yang kurang ajar itu dan memuji layanan tegas daripada pramugari penerbangan itu. 'Ini first time naik flight ke? Amoi ni tak tahu ke peraturan sebelum landing tak boleh ke tandas?' tegur seorang netizen. 'Model tak ada otak, big boobs small brain,' kecam seorang lagi. Ada juga di kalangan netizen yang berkongsi pengalaman bersama penumpang yang turut berkelakuan kasar terhadap kakitangan AirAsia. Akhirnya tidak tahan menerima kecaman, model itu memadam status dan kejiannya tetapi malangnya ianya sudah disebarkan oleh netizen. Tahniah diucapkan kepada kakitangan AirAsia yang menunjukkan tindakan tegas dan profesional walaupun menerima kata-kata cacian demi keselamatan penumpang lain. - CARI
|
Kurex replied at 24-10-2019 11:07 AM
Suara kau dah kenapa..
Sang_Pencinta replied at 24-10-2019 11:10 AM
Keluar garau suara dia, marah sangat kot
grouper replied at 24-10-2019 11:14 AM
Cantik amoi ni...bagi le die masuk tandas..sian dia
ADVERTISEMENT