Alahai, manis bersemut sangat si suami yang satu ini. Ada sahaja cara untuk membuat kejutan kepada isteri sempena hari lahirnya. Menerusi satu hantaran di Twitter, dapat dilihat seorang lelaki mengajak pengguna jalan raya yang lain untuk membunyikan hon kepada isterinya, sebagai tanda ucapan hari lahir ke-26 wanita itu.
Dia menampal nota tersebut di belakang kereta Perodua Bezza milik isterinya yang berbunyi, “Hari ini hari kelahiran isteri saya yang ke-26. Dia sedang memandu kereta ini.” “Minta ‘double’ hon dan senyum kepada isteri saya ye. Anda semua sangat ‘sporting’. Pandulah kenderaan dengan berhemah. Yang benar, suami,” tulisnya di nota itu.
Seorang pengguna Twitter yang lain memuatnaik gambar nota pada kereta itu dan menulis, “Selamat hari lahir pemandu Bezza di Shah Alam! Suami awak sayang awak sangat,” katanya. Ramai warganet berasa teruja dan kagum dengan gelagat romantis si suami ini. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
pearl.silver replied at 24-10-2019 07:50 PM
Tulis halus camtu xkuasa nk baca.
Kang dok nk baca sgt tersondol bontot bezza tu. Rasakn. Nk sangat ...
ADVERTISEMENT