Korea Selatan semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sebagai destinasi pelancongan idaman. Pendedahan budaya Korea melalui Internet dan rancangan-rancangan televisyen telah membuka hati pelancong untuk memilih Korea Selatan sebagai destinasi percutian.
Negara ini mempunyai pelbagai hidangan traditional yang menyelerakan. Siapa yang pernah ke Seoul pasti sangat tahu dengan Myeongdong Street. Syurga belanja di Seoul ini sangat popular sebagai tempat kegemaran kaki travel 'berkumpul' apalagi di malam hari. Suasananya yang begitu hidup dan ramai sehingga terasa sangat menyenangkan untuk menghabiskan waktu di Myeongdong Street, tak terkecuali pelancong Muslim yang begitu mudah ditemui di sini. Terbaru, seorang pengguna Twitter, Najib Ayub berkongsi video beliau di Myeongdong Street. Dalam video tersebut, papan tanda yang memiliki logo halal diletakkan di bawah dan papan tanda dengan gambar menu khinzir tertera di kedai. Menurut Najib, terdapat peniaga di sana hanya memaparkan papan tanda Halal jika terdapat pelanggan Islam, namun berbuat sebaliknya dengan menurunkan papan tanda itu apabila terdapat pelanggan yang bukan Islam. Malah, ada segelintir peniaga makanan di sana yang memalsukan logo tersebut semata-mata untuk menarik pelancong Muslim supaya membeli makanan di gerai mereka. Licik betul! Selain itu, melalui sebuah posting restoran halal di Seoul turut mengesahkan bahawa kebanyakan makanan jalanan di Myeongdong Street tidak halal. Ia adalah sesuatu yang tidak menyenangkan dan mengejutkan!
|
Melorqe replied at 29-10-2019 02:27 PM
tudiaaa
selama ni korang yg pergi sana main serbu saja ke wehhh
korang ingat orang korea ni sekeli ...
shida81 replied at 29-10-2019 02:11 PM
Street food yg ak mkn kt sana adalah churos shj... X berani nk mkn lain... Letak la halal pun
siputsedut replied at 29-10-2019 01:26 PM
nak selamat..pergi je makan kat kedai halal area Itaewon tu..makanan pakistani or ereb...
sebab ora ...
damian_lee replied at 29-10-2019 03:20 PM
Koserrr aku nak gi korea tu
Disiniskan jer ummah berkerak asia tenggara kalau pegi sana
ADVERTISEMENT