CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurujual Wanita Langgar Mati 8 Remaja Main Basikal Lajak Dilepaskan Dan Dibebaskan

29-10-2019 09:24 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 8413| Komen: 19|Original author: Tukang Tulis

Kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dipandu Sam Ke Ting (gambar kecil) dan sekumpulan remaja menunggal basikal lajak di Johor Bahru pada Februari 2017. Kredit foto: mStar dan Facebook

Seorang jurujual wanita yang dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada awal 2017 dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 28 Oktober.

Memetik laporan MyMetro, keputusan itu dibuat oleh Majistret Siti Hajar Ali terhadap Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada 18 Februari 2017 itu.

Ketika membentangkan penghakimannya, Siti Hajar menyatakan bahawa mengambil kira faktor pemandu yang menggunakan jalan, keadaan jalan yang berselekoh serta situasi pada waktu malam yang menyebabkan pemandu tidak menyedari kewujudan basikal lajak.


"Bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada 3 pagi.

"Selain keadaan bahaya itu dicipta oleh kumpulan basikal lajak itu sendiri," katanya.


Beliau menambah, kemalangan bukan disebabkan oleh cara pemanduan dan tertuduh tidak memotong kenderaan lain, tidak melawan arus serta tidak berlumba.

"Isu tertuduh menggunakan lorong kiri atau kanan tidak menjadi masalah dan dia berhak melalui lorong terbabit, selain tidak mencipta situasi bahaya," katanya.

Siti Hajar turut menyatakan bahawa aktiviti basikal lajak merupakan gejala sosial yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur malah operasi telah dijalankan dua hari sebelum kemalangan.

Aktiviti basikal lajak dikatakan gejala sosial yang melibatkan kanak-kanak. Kredit foto: Carian Google
Mereka yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14, dan Haizad Kasrin, 16.

Sebaik-baiknya semua pemandu sentiasa peka dengan keadaan di jalan raya manakala ibu bapa pula sentiasa mengawasi kegiatan anak-anak dan tidak membenarkan mereka berada di luar rumah sehingga lewat malam. - CARI

2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Asdan 29-10-2019 09:31 AM

cantik   
Quote pakatanhancing 29-10-2019 10:00 AM
untung la . malam nanti mesti seleberek toge sampai crot
Quote pejol 29-10-2019 10:08 AM
tahniah..yeehaaaaa
Quote MelahJanda 29-10-2019 10:23 AM
ke syurga katanya ya
lol
Quote skullcandy 29-10-2019 10:35 AM
My gosh....8 mangsa
Quote rosasen 29-10-2019 11:39 AM
mmg betul pn. bukan salah dia.
Quote Artemesiaa 29-10-2019 12:46 PM
Dah banyak kali berlaku sampai ada yang cedera atau hilang nyawa pun mana pernah nak dengar nasihat.  Nak bicara dalam mahkamah pun belum tentu boleh dibela.
Quote slavehunter 29-10-2019 12:53 PM
Walaupun terlepas knowing 8 budak mati di tangan dia....ermmm harap boleh tidur dengan nyenyak la yea. Kot2 malam nak tidur jer...terbayang.
Quote Ina8895 29-10-2019 02:01 PM
Mesti trauma amoi ni
Quote Melorqe 29-10-2019 02:13 PM
aku nak tau kenapa ada orang jual basikal lajak?
kalau dah tak ada faedah utk budak2 guna basikal lajak kenapa ada juga kedai2 yg menjual basikal lajak?
aku cuba cari online, banyak kedai yg masih menjual dan mempromosi basikal ni secara online.
budak2 melayu siap bg testimoni.
mak bapak pun sama tak tengok ke basikal anak bagaimana rupanya.
kalau tak ada yg menjual , tak ada la budak2 ni nak membeli.
Quote lemak_masin 29-10-2019 02:26 PM
Melorqe replied at 29-10-2019 02:13 PM
aku nak tau kenapa ada orang jual basikal lajak?
kalau dah tak ada faedah utk budak2 guna basikal l ...

Yg jual kedai cina.. yang beli orang melayu.. yang untung apek cina yang kojol anak melayu..

Yang berganda bangang dan rugi mak bapak bdk melayu tu.. duit abis, anak abis,...
Quote Melorqe 29-10-2019 02:28 PM
lemak_masin replied at 29-10-2019 02:26 PM
Yg jual kedai cina.. yang beli orang melayu.. yang untung apek cina yang kojol anak melayu..

Y ...

yes dats raight
aku berharap anak tokey kedai tu sekali sekala buat la testismoni turun bukit ke kan?
baru la mantap

Quote manjalara_01 29-10-2019 02:33 PM
Melorqe replied at 29-10-2019 02:13 PM
aku nak tau kenapa ada orang jual basikal lajak?
kalau dah tak ada faedah utk budak2 guna basikal l ...

manja x sependapat part kalau xde sape jual xde sape beli

dlm ape2 business skali pun, jual dadah ke pelacuran ke , kalau xde demand baru la xde supply

kalau xde sape nk isap dadah or sape2 nak langgan pelacur..rasanye lame dah they all gulung tikar xde la sampai skrg masih berkembang maju business ni
Quote legal_jue11 29-10-2019 02:41 PM
Basikal lajak tu budak2 tu sendiri modified kan katanya..al fatihah untuk 8 orang kanak2 tersebut..tapi pengajaran untuk yang lainnya, majistret yang buat keputusan pun berat nak bagi such decision sebab kes dah tarik perhatian umum, but then segala bukti memihak kepada pemandu wanita, tak kan nak sabitkan kesalahan juga ..nanti disabitkan, peguam merayu, hakim mahkamah tinggi tengok alasan dan tak sepadan dengan bukti, majistret ni nanti yg kena tegur sebab khilaf dalam keputusan, awatla orang x salah kau sabit hukuman..malah kesalahan bawah seksyen kecuaian yang hanya denda sebagai hukuman pun x dapat nak dikenakan dakwaan sebab memang amoi ni tak salah based on report2 adjuster, chemist, IO..
Quote Melorqe 29-10-2019 02:42 PM
benda yg boleh dibendung kenapa nak diabiarkan berleluasa
sama seperti dadah
ada demand tapi pihak berkuasa boleh membendung
sama spt basikal. haramkan penjualan
budak2 tu nanti mesti beli basikal biasa.  masih ada permintaan
atau sebab bsikal lajak boleh dijual dgn harga 2 kali ganda
peniaga nak fikir untung tak fikir musibah kepada masyarakat?
Quote Ina8895 29-10-2019 02:55 PM
Memang undang2 haramkan basikal lajak. Tapi budak2 melayu ni berani tak bertempat. Tengok mat rempit cukup la. Kalau dah berani sangat, apasal tak masuk askar? Ada jugak gunanya.
Quote farlis 30-10-2019 09:46 AM
Bdk2 melayu ni kreatif x bertempat... Basikal.lajak la.. Pernah terserempak dgn bdk2 cuba melintas jalan, hb i stop bg laluan, rupa2nya diorang nk amim tayar basikal ja.. Bila tanya basikalnya mana, diorang gelak ja..  Dah x psl2 kereta blkg marah kami sbb berenti tgh alam.. Sabar jelahhh..

Lagi 1rltiap2 tahun, kes hilang jari.main mercun, bdk melayu jugakkkkk.. Raya cina deepavali.ke hapa, x pernah dgr ada kes
Quote orgsepang 30-10-2019 09:51 AM
Kalau dia tak bersalah memang wajarlah dilepaskan. Semoga boleh jadi pengajaran buat mereka yang mahu belajar.
Quote Ina8895 30-10-2019 10:49 AM
Panjang lagi cerita ni kot. Mak bapak budak2 tu tak puas hati

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037480 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top