CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Siapa Body Shamer Sebenarnya?' - Netizen Dedah Azfar Firdaus Pun Pernah Buli Siber

29-10-2019 10:10 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 11892| Komen: 30|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Baru-baru ini, heboh di media sosial apabila rancangan Malaysia Hari Ini yang membincangkan topik Hentikan Body-Shaming menemukan beberapa panel, antaranya dua pengguna Twitter iaitu Azfar Firdaus (@Azfarovki) dan Shazwan (@ibnuzafran) yang mengaku pernah menjadi mangsa buli siber.  



Kredit foto: TV3 / Burhan_Plays

Azfar, 25, seorang model yang mengaku sering dibuli di Internet kerana Albino, manakala Shazwan juga pernah dikecam kerana memperagakan badan sado, kononnya untuk menarik wanita.

Bagaimanapun, suasana perbincangan beberapa panel menjadi panas apabila Azfar tiba-tiba menuduh Shazwan sendiri kaki buli dan pernah mengejeknya. 

'Shazwan, pada 20hb Ogos, kamu ulang kicau artikel mengenai kanak-kanak Albino di Tanzania dan mengatakan tolong buru dan kerat Azfar sekali,' kata Azfar kepada Shazwan.


Kredit foto: TV3 / Burhan_Plays


Shazwan hanya mampu terkulat-kulat tidak dapat berbuat apa-apa apabila didedahkan sebagai seorang kaki buli siber.


Kredit foto: WOB / Twitter

Bagaimanapun, selepas video mengenai rancangan TV3 itu tular, netizen kini mendedahkan Azfar sendiri sebenarnya pernah mengeluarkan kenyataan berupa body shaming!

Dalam satu status Twitter Azfar yang digali netizen, beliau dikatakan telah menghina wanita bertubuh gemuk bernama Arlina.

'I pernah kena lempang dengan Arlina, perempuan gemuk sebab I suruh dia makan sihat, dia dah deactivate Twitter cakap nak bunuh diri, dah enam kali cakap benda sama,' kata Azfar dalam Twitter lama itu. 


Kredit foto: Twitter

Pendedahan itu menyebabkan ramai menggelar Azfar sebagai hipokrit.

'Siapa yang follow Twitter Azfar pasti tahu dia suka gila bahankan orang,' kata seorang netizen.

'Azfar sama je dengan Shazwan, dia pernah kutuk saiz badan Arlina,' tambah seorang lagi.

Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, ada juga yang cuba mempertahankan Azfar.

'Kes Azfar menghina tu 2016, dah lama dan dah minta maaf,' kata seorang netizen mempertahankan beliau.

'He learned and grow from it, unlike some people who refuse to understand and be emphatic,' kata seorang lagi.


Kredit foto: Twitter

Susulan pendedahan itu juga, Azfar sekali lagi tampil dan mempertahankan dirinya.

'Saya tahu orang ramai akan menggali status lama saya susulan kemunculan di TV itu, tapi saya sudah belajar daripadanya,' katanya.


Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, ramai yang masih tidak berpuas hati dan berkata, Azfar berlagak suci mempermalukan Shazwan dalam rancangan TV3 itu dan tidak mendedahkan beliau juga sebenarnya bekas kaki buli. 

Persoalannya, siapa sebenarnya kaki buli? Dan sejauh manakah kedua-dua mereka (dan orang ramai) mendapat pengajaran daripada rancangan TV tersebut?  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 29-10-2019 10:16 AM
Pls la sang pencinta, not u too petik twitter utk jd bahan berita.sighhh.
Quote Foxey 29-10-2019 10:21 AM
A pot calling a kettle black
Quote grouper 29-10-2019 10:40 AM
Tweet bodoh2 pun dah kira viral ke..apa isu yg layak viral x kan dari twitter je..isu yg acah viral dari twitter biasanya bodoh2 je..lagi baik isu dari fb or utube lagi ramai org tau dr twitter yg byk bbnu je main
Quote hyie 29-10-2019 10:41 AM
pabila bbnu berbicara...
Quote palmolive 29-10-2019 10:43 AM
gaya budak2 sekarang bergaduh
Quote Themilo 29-10-2019 12:46 PM
i tengok porn jaa kat twidder..

kosser la nak ambik tau pasal BBNU sakai semua ni..
Quote chinta89 29-10-2019 12:58 PM
dua2 x leh pakai.
Quote Artemesiaa 29-10-2019 01:23 PM
Sebab tu orang selalu nasihatkan beringat dulu sebelum nak kongsikan apa2 pendapat kalau silap bertindak sendiri juga yang malu akhirnya
Quote belacan_gurl 29-10-2019 01:27 PM
Themilo replied at 29-10-2019 12:46 PM
i tengok porn jaa kat twidder..

kosser la nak ambik tau pasal BBNU sakai semua ni..

Hahahaha u nih ...
Quote belacan_gurl 29-10-2019 01:29 PM
Mcm i...twitter hanya utk follow retis luar negara je...sbb nak tau kehidupan dorang kosser nak follow budak2 muda malaysia
Quote whadda 29-10-2019 02:01 PM
azfar ni model ape?? tak penah tengok pon
Quote Orix 29-10-2019 02:17 PM
cmtu jd model ? haiyohh!
Quote Modngengade 29-10-2019 02:55 PM
x padan dgn albino....mulut puaka jugak kau yer sis....cash
Quote CinnamonR 29-10-2019 03:01 PM
Sape ntah ni
Quote buragazz 29-10-2019 04:20 PM
Dua2 hamlau.. padan la muka ko dua2 kene malukan.. diorang macam tak terfikir yang ini adalah balasan cash untuk korang dua orang...
Quote uori 29-10-2019 05:37 PM
aku ada twitter sebab nak tau update kekalau air takde ke apa.
takpun kalau lrt wat hal.
senang nak maki direct


Quote unguaurora 29-10-2019 05:43 PM
Fadan mukaaaaaa
Quote yoppoy 30-10-2019 02:12 AM
I terus korek porum lepas terjumpa isu ni kat fb. Terserlah ummah porum tak pernah mengkuciwakan

Aku saspek mamat albino ni bakalan menjadi opposite Haneesya. Merentan ketiadaan melanin sampai ke sudeh. Beza nya mamat ni ada fashun lebih sikitttt dari Hajarul Haneesya
Quote wanokakaka 30-10-2019 08:30 AM
uori replied at 29-10-2019 05:37 PM
aku ada twitter sebab nak tau update kekalau air takde ke apa.
takpun kalau lrt wat hal.
senang na ...

twitter i nk tgk plus trafik punya update dikala cuti..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.042834 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top