CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sarah Hildebrand Kahwin Dengan Jejaka Filipina-Amerika 3 November Ini!

29-10-2019 02:52 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 23993| Komen: 105|Original author: Oleh: LilRose

Kredit foto: IG



Wah, Cepatnya! Pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand, 29, mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang pada 3 November ini!

Memetik Harian Metro, pernikahan Sarah dengan jejaka kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, akan dilangsungkan di masjid berhampiran kediaman keluarganya di Lembah Keramat.



Katanya, mereka buat keputusan bersama untuk membina mahligai bahagia selepas lapan bulan berkawan rapat.

"Sebenarnya, saya dan Otto kawan lama yang terpisah ketika sama-sama menuntut di sekolah tinggi di Amerika dulu.

"Saya bertemu semula dengannya ketika melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat awal tahun ini.

"Namun, kami kembali berkawan rapat sejak Februari lalu selepas hubungan saya dengan bekas kekasih berakhir," katanya.



Lah, kenapa sorok-sorok hubungan dengan pelukis itu selama ini?

Katanya, dia tidak mahu menjaja kisah cinta kerana serik sejarah pahit berulang.



"Justeru, selepas kami sepakat untuk berkahwin, saya pastikan perancangan untuk berkahwin berjalan lancar dulu barulah berkongsi berita baik ini dengan semua.

"Selain itu, banyak dokumen berkaitan urusan pernikahan yang perlu diuruskan kerana saya bakal berkahwin menggunakan wali hakim nanti," jelasnya.

Sarah sebelum ini menjalin hubungan cinta dengan pengacara Nabil Mahir selama lima tahun, namun terkandas di tengah jalan selepas putus pada awal tahun ini.

Semoga semuanya berjalan lancar! - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boojaat 29-10-2019 03:00 PM
Bgs sarah.. cpt jer move on... Congrats
Quote MsKathryn 29-10-2019 03:06 PM
Congrats... kawen kwn high school lgpn dh lama kenal
Quote duri_durians 29-10-2019 03:07 PM
nampak helok la daripada bekas kekasih yg selebet, keanak-anakan dan takde perancangan..

Quote beta_carotene 29-10-2019 03:09 PM
Wajah hala2 ke bumiputra etnik borneo gitu kan.. Mcm kawan bidayuh meols gitah paras wajah.. Congrats Sarah n Otto
Quote silampumeja 29-10-2019 03:11 PM
Alhamdulillah. Hikmah Allah atur dia akhir ngan nabil mcm tu. Tp sbnrnya Allah nk tmukan dia dgn jdohnya ini kan....semoga bahagia....smoga jauh dr lelaki tokxoc mcm nabil dh
Quote cicicumel 29-10-2019 03:11 PM
bad boy ni. tatoo penuh.. muslim convert ke heshe?
Quote yayasbs 29-10-2019 03:14 PM
kurexxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Quote mimi77 29-10-2019 03:14 PM
cicicumel replied at 29-10-2019 03:11 PM
bad boy ni. tatoo penuh.. muslim convert ke heshe?

uols stalk ig heshe ka?mana tau penuh tatoo?
Quote Kurex 29-10-2019 03:21 PM
Aku tk kenal dia siapa.. Apapun bagus la.. Bagus sarah ni tak memilih rupa walaupun boleh dapat jauh lebih elok.. Serious ingatkan lelaki ni lelaki malaysia
Quote fushimi 29-10-2019 03:25 PM
harap bukan toxic lagi lah yerrr
Quote Minyakyuyi 29-10-2019 03:27 PM
mimi77 replied at 29-10-2019 03:14 PM
uols stalk ig heshe ka?mana tau penuh tatoo?


[ig]https://www.instagram.com/p/Bvo2itbjQQ0/[/ig]
Quote salmon-suki 29-10-2019 03:27 PM
Laki ni ke y pernah terviral dgn tatu penuh di bdn tu?

Wateva laa sarah..jgn plak lps ni jaja citer lps kawin sudehhhh~{:smile
Quote notsospecial007 29-10-2019 03:28 PM
tahniahhhh.. cepat move on.. jgn pandang belakang lagi
Quote fliphair8 29-10-2019 03:33 PM
Taste dia bad boy la kurex, chuolsss good boy...tak tasty pada she...
Quote noell 29-10-2019 03:37 PM
awat kaki dia pengkaq? mesti masa baby tak dibedong nih
Quote dua_chzy 29-10-2019 03:39 PM
beta_carotene replied at 29-10-2019 03:09 PM
Wajah hala2 ke bumiputra etnik borneo gitu kan.. Mcm kawan bidayuh meols gitah paras wajah.. Congrat ...

Memang pon. In fact takajut akak lehat gamba berbaju biru tu, seropa sangat dengan boipren Iban adik akak.
Quote cicicumel 29-10-2019 03:39 PM
mimi77 replied at 29-10-2019 03:14 PM
uols stalk ig heshe ka?mana tau penuh tatoo?

ye sis ig heshe
Quote kucingitam 29-10-2019 03:40 PM
bukan pinoy ensem cam jericho rosales tu ke?

Quote umbut 29-10-2019 03:41 PM
Pikir 1000 x sarah.. jgn terus tangkap asal kahwin sebab kecewa cam adira.. last2... akak nasihat je...

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.273240 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top